Entri kali ni pendek je (mungkin) sebab dalam entri sebelum ni, saya ada kesilapan mengira sikit yang bab currency exchange tu. Yang saya kata 600,000,000 Yen sama dengan RM 24,000,000,000. Padahal tak betul pun. Saya tersilap kira akibat kerakusan terhadap duit yang banyak angka kosong dia. Woohoohh!!! ($__$)
Bila saya baca balik entri tu, tengok apahal kosong terlebih ni? Then saya cek kat website currency exchange dapat ni
Lebih kurang 24,000,000 ringgit dan bukannya 2,400,000,000 ringgit. Amboii over ehh.
Then saya kira kira kira, baru saya faham macam mana boleh over.
OKAY!
Tengok ni :
Lebih kurang RM 4
Jalan Kiraan yang benar-sebenar-benarnya
Kiraan mau cepat kayoo! -,-
Hehhehe, macam mana lah ni. Benda senang macam ni pun boleh jadi susah. Kerless, kelam kelibut -.-
Oklah, mungkin ada yang fikir, "kau buat entri ni dah macam kau tunjuk kebodohan kau dalam ilmu hisab. Diamdiam sudah"
Hmm, tak kisahlah. Asalkan saya tau kesilapan saya. Dan ni, saya nak terangkan dan mungkin boleh jadi nota untuk maths ^^
Dah berpurnama-purnama saya tak update blog. Ni saya update pun sebab nak buat reviewlah kononnya. Entah jadi ke tak reviewnya. Entah mungkin review sampah. HAHAHA. Dah merapu dah.
Review ni saya nak buat pasal komik Jepun. Alahh, komik shoujo. Entah kenapa sekarang ni saya dok layan komik shoujo ni. Lagipun kalau nak layan Komik-M, tak banyak tempat yang jual ouh. Ada pun MPH, Popular. Celah bila mana pulak nak pergi, kan? Tapi bila dah sampai tu, dah mulakan misi mencari komik-M di rak-rak komik, alahai~ Berapa tajuk je pun. Dah tu, tajuk yang saya target tak ada, memang frust gila-gaban-tahap-giga lah.
Dah tu, yang majoritinya komik shoujo yang berkuasa kat rak tu. That's why saya layan komik shoujo sekarang ni. Tak kiralah online ke offline ke, i layankan je. Yang penting, watak-wataknya comel, yang penting lagi, watak lelaki dia. Ngaaawwww~ Mesti yang kakkoii lagi kachak :3 (Eh, betul ke KAKKOII tu? Hentam je :p)
Ginilah cheritera yang benar sebenar benarnya sebab musabab saya layan semula komik shoujo ni setelah curang selama beberapa bulan (eh?). Masa 1 Disember ke bila entah, masa nak balik kampung sebab kezen nak kahwin, macam biasa, dalam perjalanan tu mestilah singgah RnR kan? Singgah Pagoh ah. Memang tempat feveret sebab ada bihun sup yang sejak berzaman lamanya memang tu jelah menu pilihan saya bila sampai Pagoh ni <3 Lagi satu, kat situ ada macam gerai-lah-jugak yang jugak majalah, suratkhabar, jajan-menan, KOMIK, etc etc. Selalunya bila lepas melahap barulah singgah gerai tu.
Bila dah sampai gerai tu, kena mencangkung lah sambil pilih komik sebab tu memang peraturan dia.
Eh, tak. Gurau je.
Tapi takkanlah nak berdiri je sebab dia punya rak-lah-jugak tu takat paras peha je. Jenuhlah macam tu. Sakit pulak belakang. Tak pasal-pasal duit melayang kena beli Panaflex sebab rasanya kat situ ada jual. Hehh. Then, masa tu saya terpandang tajuk ni; SI COMEL LOKEK YOMOGI (SCLY) atau dalam nihon-go tajuknya YOMOGIMOCHI YAKETA? Masa tu memang dah ada, complete bukunya dari no 1-4 kalau tak silap. Tapi entah kenapa, otak saya ni tak arahkan untuk pilih buku tu. Jadi saya pilihlah PAWANA RINDU by Nanajima Kana dengan RAWATAN CINTA kalau tak silap, by Iwaoka Meme. Then, masuk kereta, sambung perjalanan, baca komik tu dalam kereta. 2 tajuk ni bagi saya ok, orait. Best jugak :)
Then, hari Jumaat, pergi BP Mall. At first saya cadang nak pergi Summit tau sebab ada comic house kat situ walaupun kedai dia kecik, tapi bagi saya kedai tu umpama comic house yang macam WAAHHHHH BOLEH RAMBANG MATA SEYHH!
Oklah, pergi BP Mall dulu. Jalan sana, jalan sini, sampai POPular. Terjah section komik ngan novel. Saya beli komik PUISI CINTA LALU by Nanajima Kana sebab terpikat dengan gaya lukisan dia dalam PAWANA RINDU ^__^
Then pergi Pizza Hut makan piza yang banyak cheese tu. Sedap tapi tak larat. Tapau balik.
Then, balik.
Stesen berikutnya, SUMMIT BP. Next station, SUMMIT BP \ (^ O ^) /
Betapa eksaitednya hati ini. Nak borong komik kat situ.
Akan tetapi....
Ingatkan panas hingga ke petang, tapi rupa-rupanya hujan di
tengahari. (Aichehhh ayat, saya tak ingat yang betul punya ayat tapi
memandangkan ini bukannya esei untuk peperiksaan sekolah, hentam je.)
Tapi memang betul, dah nak hujan. Masa tu dekat traffic light simpang nak masuk Summit tu. Mak saya ngan kakak saya yang baru sampai-dari-Meru-naik-bas-sebab-tak-nak-balik-guna-kereta-sebab-sengsorang-jadi-mungkin-membazir-minyak tu kata
"Takpayahlah pergi. Dah nak hujan ni."
dan
"Kau pergi sorang, kitorang tunggu dalam kereta."
Ouh, ayat mandatori yang first tu memang buat rasa bagai aiskrim mewah lagi mahal berjenama yang cair di bawah terik mentari di tengah-tengah gurun pasir. Maksudnya angan-anganku yang bagaikan ba-bling ba-bling akhirnya musnah begitu sahaja. Ayat kedua? No wayy bebb! Kang sesat kang, naya beb, nayaaa...
(Ni still sejarah sebab musabab saya layan semula shoujo. Nak tengok review, bawah lagi yo!)
Then, Ahad - Balik rumah. Singgah Pagoh lagi nak sarapan. Singgah gerai tu lagi dengan harapan ada komik SCLY. Tapi hancusss, tak ada. Jadi saya beli je komik JIWA 16 by Aikawa Saki. Best woiii!!! Terleleh cecair dari dalam mata ni bila baca Jiwa 16 #2 T_T
18 Disember 2011. Hari yang saya pergi Alamanda. Sama dalam mimpi saya. Saya naik eskalator rata, terpampang depan mata, MPH sebesar besarnya. Saya masuk dan cari seksyen komik. Jumpa. Walaweh, banyak gila kot komik kat situ. Komik GempakStarz lah yang banyak. iOK je. Then cari komik idaman hati kat rak tinggi ni, jumpa SCLY #1 ngan #3 ngan ICE CREAM BABY Sugary by Neko. Cek rak tinggi kat sebelah, lerr komik ikhtiar hidup n lain-lain. Cek rak pendek, ada TWINX 3 dalam 1. Nak tapi target SCLY, so tak jadi. Cek bahagian lagi satu rak tu, jumpa SCLY #2. Alhamdulillah ^^ Tak lah ada lobong di tengah penceritaan tu kalau no 2 tade. Cek again, #4 tade. Pasrah. Then, rembat buku rujukan agama.
YATTAAAAA!!!!!
Nak tau rupa SCLY tu?
Ni dia.
Saya terlintas hati nak beli ni pun sebab lepas ternampak komik ni first time, saya gugel tajuk cerita ni. Then dah tau nama komikusnya, gugel lagi. Keluar result macam ni
klik gambar kalau nak pergi link tu ;)
Tekan, nanti taulah manga lain yang komikus ni buat. HEHEHE (^__^)b Bila saya baca komen kat bahagian bawah tu, orang macam suka gila kat BEAUTY POP tu. Saya pun start baca. Serius BEST GILA GABAN TAHAP GIGA! Sampai sekarang saya angaukan watak utama lelaki tu, Narumi Shogo <3
Tahun lepas, Kurosaki Tasuku, tahun ni, Narumi Shogo <3
Group picture : Scissors Project :D
Narumi gambar atas ni lagi comel :3 Lastly, Narumi kahwin dengan orang yang dia tak berapa nak suka, Koshiba Kiri yang super cool tapi takut lipas ngan gelap. Awww~ Diorang dapat kembar tak sama jantina tau. Yang perempuan ikut perangai Narumi, yang lelaki ikut perangai Kiri xD Nak tau perangai diorang? Bacalah Beauty Pop! Ada Beauty Pop Stage 2. Kiranya macam musim kedua lah :D
Time saya baca manga ni, saya asyik dengar lagu ni je. Kononnya macam lagu temalah xD Tapi cuma sesuai bila chapter yang Narumi dah suka kat Kiri :3
Saya jumpa lagu ni kat blog blogger lain masa tengah blogwalking. Dengar macam alololo comelnya lagu, terus saya suka. Hahahaha saya ni kalau suka lagu sebab dia punya melodi irama dia. Hehehe :D
TAPI MEMANG BEST GILA MANGA NI. TEMA DIA LAIN DARIPADA YANG LAIN :D
Then bila saya dah puas hati dengan Beauty Pop, saya nekad nak beli SCLY dan dah beli, rasa happy gila. Yang no 4 tu kononnya nak beli online sebab dah malas nak cari merata tempat. Kebetulan, Nasiha ada komik tu. Jengjengjenggg~
Tengahari tadi sampailah ni;
SCLY #4! Nasiha pinjamkan. Jyeahhhh!!! Terimakasih, Nas! Andalah penyelamat saya daripada dok pikir apakah ending cerita ni *aichehh*
So, ni saya nak mula cerita pasal komik ni. Alahhh, pasal watak utama je.
(Berdasarkan cover SCLY #4)
Yang perempuan tengah tu HARUNO YOMOGI
Mata duitan (bukan negatif), otak kalkulator bila sampai bab duit ni, sangat berkira pasal duit walaupun harga roti melon faveret dia naik 10 yen, sangat berjimat cermat, kedekut gila, boleh detect nilai duit yang jatuh ke atas lantai, berasal daripada keluarga yang sama je 20 kali 786 yen macam dia jugak. Sepesen je kalau tiba bab duit ni. Anjing dia pun sama. Kawan sejak kecik 2 hero kachak lagi kakkoii seperti berikut :
Lelaki buat peace, kenyit mata *cairrr* ngan jelir lidah tu SAYAMA NATSUME
seorang yang kachak, namanya bermaksud SUMMER (natsu) EYE (me) dalam english, dia ni mukanya macam Narumi + Kei dalam Beauty Pop :D Perangai dia ni macam... entahlah. tak tau nak describe. Tapi perangai dia memang i suka. baca je lah sendiri ya xD Yang penting saya suka dia :3
Lelaki rambut hitam tu KAKERU CHIWAKI (Wakky)
Seorang lelaki yang fokus gila gaban terhadap baseball. Seorang yang cool, protective, err... baca jelah sendiri xD
Pada mulanya, Yomogi suka Wakky then dia confesslah tapi Wakky macam reject lah. Then, dah lama tu, Wakky kata nak tarik balik rijekan dia tu sebab dia dah suka Yomogi tapi masa tuh, Yomogi tolak. Jengjengjenggg~
ENDING DIAAA....
Sebelum saya tahu ending dia macamana, saya gugel dulu. Adalah satu thread forum ni bincang pasal yang Yomogi ni nanti akan end up dengan siapa. Then saya scroll scroll scrollll, ramai pilih Wakky. Nooooo!!!! Okay, memang wakky sesuai, mungkin boleh jadi bf yang bagus. TAPI, bila scroll lagi jumpa yang ni
Tak nampak?
"For me i'd choose Natsume, but the characters are still pretty new, so i have no idea - i might change my mind later on. I guess since i chose Natsume was because of me reading Beauty Pop. >.< :)"
Yang tebal tu memang saya setuju. HAHAHA sama kott xD tapi yang tak tebal tu mungkin sebab yang online punya version setakat ni volume 1 pun tak lepas lagi, baru berapa chapter je so maybe lama lama dia pilih Wakky kot T.T tapi takpe, amiklah Wakky, saya amik Natsume xD
Ramai orang tak puas hati dan rasa kecewa dengan endingnya. Cakap ending dia sedih blablabla. Tapi iOk je.
Ending Si Comel Lokek Yomogi ialah, YOMOGI xx NATSUME! YATTA!!!Kiranya kalau diorang berkahwin, nama Yomogi bertukar lah ek? Jadi Sayama Yomogi. Err, taktaulah betul ke tak. Hehe.
Oh, ya. Wakky yang dirijek tu, dia fly ke USA, sain kontrak jadi pemain baseball yang bernilai 600,000,000 Yen! Gilalah kan? At first saya kira agak agak 100 yen tu dalam RM 3 lebih atau RM 4 lebih sebab dulu pernah saya nampak kat tv dalam RM3++ so saya genapkan jadi RM 4. Cek kalkulator, hah kau! RM 2,400,000,000! Then baru ni saya cek kat website currency converter, taktaulah betul ke tak tapi mungkin betul, ni hahh,
Walawehhh, jutawan muda Wakky ni. Bila Yomogi baca suratkhabar yang cakap pasal Wakky ni, terus dia kira then macam "Aku dah tersalah pilih ke?" xD Gila mata duitan doh xD Kesian Natsume xD
Then, kawannya Kanaya Moriko dah kahwin n dah ada anak dah. Pastu Kaina kawan baik dia jugak yang kena rijek dengan Natsume dah ada bf pewaris hospital swasta yang kaya gila :O Pastu Ookouchi Mami yang dulu nak rampas Wakky daripada Yomogi dia pun fly ke USA mungkin sebab nak jumpa Wakky, padahal masa tuh diorang berkumpul semula sebab Wakky nak balik ke Jepun. Wahahaha kesian kau Mami xp
Ouh, masa Natsume muncul lepas baru balik dari kerja, saya macam angau tengok dia xD Comell weyhhh~ Muka selepas beberapa tahun, mesti berubah sikit kan? >_^
Tapi yang tak bestnya, dia tak tunjuk Wakky sampai jepun :( Itu yang tak puas hati tu. Kalau ada SCLY #5 mesti best. Cerita pasal after beberapa tahun, progress diorang, tralala :T
NI REVIEW KE?
HAHAHHA SEBENARNYA NI PEMBONGKARAN ENDING SCLY JE XD Cuba tengok tajuk *angkatkening*
REVIEW SAMPAH? HANGGUK KALAU YA!
Oklah, Assalamualaikum ;D
HeyThereKamu : Asal pergi Giant mesti lagu Cinta MukaBuku berkumandang ouh. Banyak kali pulak tu. Agaknya orang Giant suka lagu tu. Boleh jadi lagu tema Giant dah lagu tu. Serius, ini benar beb.
Yesso, dah lebih kurang 3 purnama saya tak update blog. Ya, ya, saya tahu korang semua memang tertunggu-tunggu entry saya yang kali ni, memang bagus warass lah! *hahaha, line bajet retiss sekejap*
Tapi kali ni, saya just nak post satu video ni. Video ni best sangat sangat tau :D Bila korang dengar lagu ni, mesti korang ulangulang dengar. Tapi tak jamin lah sebab mungkin ada yang tengok tajuk ; Erti AlFatihah - V.O.U, terus, "Alahhh, takat ni je ke lagunya"
Lalu tanda x kat tab menjadi pilihan qalbu.
Wey, weyyy! Dengar dulu lagu ni ya ;)
How, meh? Ok? Bagi sayalah kan, lagu ni cara yang paling senang nak hafal erti alfatihah kalau dari dulu nak hafal, tapi langsung tak ada magnet khas kat otak tu untuk erti surah ni. Maknanya tak boleh nak hafallah.
Lagipun, kalau korang dah hafal Al-Fatihah siap boleh baca dengan tajwid terbaik, tarannum menusuk qalbu, tapi kalau tak tahu maknanya, rasa macam ada something goes wrong somewhere. *Aichehh, ayat entah dari mana petik pun tak tau*
Lagipun, *lagi sekali* bebudak SARNY-ians hafal makna surah al-Asr dengan lagu. Lagi satu, hafal makna surah as-Syams dengan lagu jugak. Lagu apa? Cer check DEMI MATAHARI.
Dan, kalau nak nyanyi lagu ni, nyanyilah dengan accent budak kechik. *eh, betul kan accent budak kechik? main bantai je xD* Confirm terasa jiwa muda sentiasa ;)
Oh, ya. Lagi satu. Vlogger yang sorang ni, Abang MatLuthfi *ehemmmm* ok ok, Brother MatLuthfi ada buat video baru. Cuba try tengok :D Memang setuju gilak gilak ah. Lagu-lagu tu sekarang saya dok nyanyi je. Bila terkumandang dari video tu, memang gelak habisann lah xD
Ni video nya ;
Layannn~
Oh ya, lagi satu, D3100 ada keluar yang baru. Warna Merahnya Mak Ngah giteww. Tapi tak cantik menurut mata saya lah.
Cenggini ghopenya :
Dah macam Canon EOS 1100D dah jadinya.
Sama je kan? Tapi yang bab kaler ni, Canon menang. Yelah, lagipun *again* Canon dengan Nikon kan suka bersaing sesama sendiri.
Dan lagi satu, *tak habishabis* Soffiya trending worlwide! Weeewittt!
Tapi sekarang tengah konfius tengok drama ni -.-
Okay lah. Dok menaip je keje. InsyaAllah, kalau saya rajin, nanti ada entri baru. Ada kaitan dengan GESENG. Apakah itu? Ge... Geeeewhat? Geyser? Klu kedua, kita bakoo je!
Orait, assalamualaikum ;)
HeyThereKamu : Dah habis pun drama Soffiya tu. Ending dia... errr... tak best. Next, Tentang Dhia. Daann, Kekasih Awal dan Akhir by Aaron Aziz (TV9 - Rabu - 2030) Malam ni, Tihany (TV9) dan Cinta Elysa serta Jiwa&Lara (TV3)
Kalau korang nak gelakgulingguling sekarang ni, bacalah entri ni. Echehh, maksud saya, tonton filem terhangat di pasaran kat bawah ni yang bertajuk
jeng jeng jeeeenggg!!!
iKLan GANGSTER!
Credits : Tuan Director
Tekan gambar untuk ke belog tuan director yakni Encik Aaron Aziz The Second
Nak tengok,
Amacam? Tergelak guling guling tak?Yang tak tahan part iklan Vitagen ngan Nivea for Men tu /XD Tam-tam pun ada :3 Serius ni lawak, bagi sayalah. Kalau siapa yang tak ketawa even tak tersenyum nipis pun, sila contact saya ya. Saya nak tau siapa dia. *Motip?*
Dan, kalau dah tengok, mungkin ada terdetik di hati korang yang
"Eh, muka dia macam Aaron Aziz lah! :O "
Tak kenal Aaron Aziz? Sila google sendiri.
Ada? Ada tak?
Kalau perasan, hangguk. Kalau tak, sila tonton video ni pulak;
Sudah perasan?
Jadi, Aaron Aziz ada iras-iras dia :)
Actually mereka ni pekomik. Yang saya taulah, sebab hujung video iKLan GANGSTER tu kan ada credits tralalla. Tengok nama, sangatlah familiar sebab saya ni peminat KOMIK-M. Teehheee ^^
Oh ya, cakap pasal komik-m ni, komik-komik ni keluaran syarikat PTS tau. 100% Malaysia mu tau! Tade scene yang tak elok, lagha-lagha bagai. Lagi bagus daripada komik-komik yang dari negara matahari terbit nun sana tu.
Kurang yakin?
Amacam? Kalau ok, cepat rembat komik-komik ini dia kedai buku berdekatan dengan anda!
Kalau suka sangatsangatsangatsangat, sila LIKE PAGE KOMIK-M sekarang! /please
Sekian, saya Firzanah Muhamad, promoter komik-m tak rasmi lagi tak bertauliah, mengundur diri. Wassalam /bye
HeyThereKamu : Masih terasa kesakitan kepala dek terhantuk dengan bingkai pintu (taktau apa nama dia) van oren yang sangaaaattt 'comel'. Bunyi kuat sampai Nasiha yang telinganya disumbat benda pun boleh dengar. Siap KETAWA lagi. Chett. Marah ni, marah ni! *buat muka beruk*
Ini maknanya, SAYA LANGSUNG TAK MENULIS ENTRI DALAM MASA LEBIH KURANG 2 PURNAMA NI.
Genap 2 PURNAMA.
Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang rasa dirinya Islam dan patut berpuasa. *pakcik puasa sekarang dah lain kan? Kannn???*
Dah, dah! Ni saya nak merapu dah ni. *berdehem*
Sekarang ni, saya nak wujudkan satu slot yang macam kalau dalam TV3 ada slot Samarinda, Akasia, Lestary bagai, kan? Slot ni macam sesi men-flashback balik masa kekechik dedolu.
So, apa yang saya perhatikan selama ni, budak-budak sekarang yang kecik darjah 1 darjah 2 (perempuan) dah guna kata ganti nama AKU-KAU instead of KITA-AWAK.
Heh, advance kan diorang? Dulu, memang jarang nak dengar guna AKU-KAU sebab bila guna AKU-KAU, nanti ada yang cakap :
"MAK KITA KATA, KALAU GUNA AKU, BERDOSA TAU!"
Ok, siapa yang ajar tu? =="
Tapi memang baguslah tak guna AKU masa kecik-kecik sebab bila dah guna tu macammm....
...errr...
....tahap kecomelan seorang kanak-kanak tu KURENG sikit.
Sebab apa?
Sebab penggunaan KITA-AWAK tu lebih tinggi tahap kemanisan dia. *omputih kata so sweet~*
Dan penggunaan AKU-KAU masa kecik-kecik especially budak perempuan yang comel-comel ikat rambut air terjun, sangatlah GANAS.
Tak paham? :\
Saya bab eksplen bercakap bercerita berhikayat ni memang fail sikit. Huhu~
Jadi, biarlah gambar di bawah ini berkata-kata pasal situasi dulu dan sekarang.
Nampak beza kan? *nak nampak jelas, kelik gambar tu*
Saya terbaca blog kembar-dari-segi-birthdate saya, ini antara ayat yang menarik perhatian saya. Screenshot saja lahhh ;)
Ini bermakna, saya lahir pada 10 Jamadil Awal 1418 Hijrah ;D
Terima kasih banyak-banyak sebab membongkar rahsia ini :') *cehh rahsia. sebab selama ni saya naaaaak sangat tahu saya punya birthdate in hijrah. Haaaaaaa~ Alhamdulillah, tau jugak.
Actually, abah saya nak pergi jugak ke ekspo ke amendenya tah kat Masjid Negara tu. Tapi entahlah.
Daaaann, insyaAllah saya akan buat entry yang saya patut buat sebab di-dare oleh Cik Qausar dalam masa yang terdekat. Ehehh, ayat pun dah terbelit otak.
Saya ada cakap kat someone ni, yang saya ada edit gambar dia guna potosyop. Then, saya tanya dia nak tengok tak gambar tu, tapi takkanlah nak print tralalalala kasi kat dia so medium penyampaian yang saya nak guna ni ialah, post gambar tu kat entry ni. Ngehehhehe~
Ni antara gambar yang saya edit. Pea:ash, saya budak baru belajar so gambar tak lah WOWWWW!!!
(halakan arrow pada gambar kalau nak tengok lebih clear)
Suka gambar kaler macam ni ^^
Tengok mata beliau xD
Pantai Remis. Ni edit macam gambar 1st.
Terkezutt makk!!!
Setakat ni, yang ni jelah yang saya edit dan selamat di save kan. Yang lain tu doodle je lah memanjang.
Ngehehehe, dah lama tak hapdetbelog. Bagi saya lah. Ni hapdet pun pasal medley lagu yang saya, Qausar plus Natrah nyanyi semalam. Ni antara lagu yang saya ingat :D
Lagu pertama;
Because You Loved Me - Celine Dion
Dah try nyanyi lagu ni, lagu ni memang kena pandai menarik-nariklah senang cakap.
Lagu kedua;
Cinta Sate - Senario
Lagu kefeveretan masa zaman kechikkechik dedolu :'D
Lagu ketiga;
Cintaku 100% - Mas Idayu
Dangdut pulak xD
Lagu keempat;
Goyang Inul - Inul Daratista
Dangdut AGAIN. Sorry, the V.D.O is not available here.
Yang banyak merapu kat lagu Cinta Sate tu lah. Timun, bawang, kuah kacang, nasi impit, rabbit, halal segala bagai ada kat situ xD Tapi best ouh ^‿^
Tamau nak kona-kona bengkang-bengkok , straight terus nak wish,
HappybirthdayNURAINIYUSOF:D
♫220497♪
Sumber: Album profile pic
So, semoga diberkati lagi dipanjangkan usia, happyhappy selalu ;) Dikurniakan rezeki, ermm, so shweet <--- (kesalahan di situ. Aini, nak ajar mengeja ke tak? xD) sweet gambar kat atas tu :D
Dia partner saya masa nak bentangkan pasal topik dalam subjek Geografi, 2 minggu depan maybe.