Saturday, August 6, 2011

IKLan GANGSTER Sangat KewLol :3

Assalamualaikum :D

Kalau korang nak gelakgulingguling sekarang ni, bacalah entri ni. Echehh, maksud saya, tonton filem terhangat di pasaran kat bawah ni yang bertajuk




jeng jeng jeeeenggg!!!




iKLan GANGSTER!




Credits : Tuan Director

Tekan gambar untuk ke belog tuan director yakni Encik Aaron Aziz The Second




Nak tengok,



Amacam? Tergelak guling guling tak?Yang tak tahan part iklan Vitagen ngan Nivea for Men tu /XD Tam-tam pun ada :3 Serius ni lawak, bagi sayalah. Kalau siapa yang tak ketawa even tak tersenyum nipis pun, sila contact saya ya. Saya nak tau siapa dia. *Motip?*

Dan, kalau dah tengok, mungkin ada terdetik di hati korang yang

"Eh, muka dia macam Aaron Aziz lah! :O "

Tak kenal Aaron Aziz? Sila google sendiri.

Ada? Ada tak?

Kalau perasan, hangguk. Kalau tak, sila tonton video ni pulak;




Sudah perasan?

Jadi, Aaron Aziz ada iras-iras dia :)

Actually mereka ni pekomik. Yang saya taulah, sebab hujung video iKLan GANGSTER tu kan ada credits tralalla. Tengok nama, sangatlah familiar sebab saya ni peminat KOMIK-M. Teehheee ^^

Oh ya, cakap pasal komik-m ni, komik-komik ni keluaran syarikat PTS tau. 100% Malaysia mu tau! Tade scene yang tak elok, lagha-lagha bagai. Lagi bagus daripada komik-komik yang dari negara matahari terbit nun sana tu.

Kurang yakin?



Amacam? Kalau ok, cepat rembat komik-komik ini dia kedai buku berdekatan dengan anda!

Kalau suka sangatsangatsangatsangat, sila LIKE PAGE KOMIK-M sekarang! /please


Sekian, saya Firzanah Muhamad, promoter komik-m tak rasmi lagi tak bertauliah, mengundur diri. Wassalam /bye


HeyThereKamu : Masih terasa kesakitan kepala dek terhantuk dengan bingkai pintu (taktau apa nama dia) van oren yang sangaaaattt 'comel'. Bunyi kuat sampai Nasiha yang telinganya disumbat benda pun boleh dengar. Siap KETAWA lagi. Chett. Marah ni, marah ni! *buat muka beruk* 

Tuesday, August 2, 2011

Hikayat Budak Kechil : Dulu VS Sekarang #1

Assalamualaikum!!!

Tengok tarikh entri sebelum ni.

Dah?

Cuba kira berapa lama jarak dia.

Dah?

Ini maknanya, SAYA LANGSUNG TAK MENULIS ENTRI DALAM MASA LEBIH KURANG 2 PURNAMA NI.

Genap 2 PURNAMA.

Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang rasa dirinya Islam dan patut berpuasa. *pakcik puasa sekarang dah lain kan? Kannn???*

Dah, dah! Ni saya nak merapu dah ni. *berdehem*

Sekarang ni, saya nak wujudkan satu slot yang macam kalau dalam TV3 ada slot Samarinda, Akasia, Lestary bagai, kan? Slot ni macam sesi men-flashback balik masa kekechik dedolu.

So, apa yang saya perhatikan selama ni, budak-budak sekarang yang kecik darjah 1 darjah 2  (perempuan) dah guna kata ganti nama AKU-KAU instead of KITA-AWAK.

Heh, advance kan diorang? Dulu, memang jarang nak dengar guna AKU-KAU sebab bila guna AKU-KAU, nanti ada yang cakap :


"MAK KITA KATA, KALAU GUNA AKU, BERDOSA TAU!"


Ok, siapa yang ajar tu? =="


Tapi memang baguslah tak guna AKU masa kecik-kecik sebab bila dah guna tu macammm....

...errr...

....tahap kecomelan seorang kanak-kanak tu KURENG sikit.



Sebab apa?



Sebab penggunaan KITA-AWAK tu lebih tinggi tahap kemanisan dia. *omputih kata so sweet~*




Dan penggunaan AKU-KAU masa kecik-kecik especially budak perempuan yang comel-comel ikat rambut air terjun, sangatlah GANAS.



Tak paham? :\


Saya bab eksplen bercakap bercerita berhikayat ni memang fail sikit. Huhu~




Jadi, biarlah gambar di bawah ini berkata-kata pasal situasi dulu dan sekarang.








Nampak beza kan? *nak nampak jelas, kelik gambar tu*



Lagipun, memang SWEET apa guna kita-awak ;)






(bukan TITEWW-AWUCKS, harap maklum)