Entri kali ni pendek je (mungkin) sebab dalam entri sebelum ni, saya ada kesilapan mengira sikit yang bab currency exchange tu. Yang saya kata 600,000,000 Yen sama dengan RM 24,000,000,000. Padahal tak betul pun. Saya tersilap kira akibat kerakusan terhadap duit yang banyak angka kosong dia. Woohoohh!!! ($__$)
Bila saya baca balik entri tu, tengok apahal kosong terlebih ni? Then saya cek kat website currency exchange dapat ni
Lebih kurang 24,000,000 ringgit dan bukannya 2,400,000,000 ringgit. Amboii over ehh.
Then saya kira kira kira, baru saya faham macam mana boleh over.
OKAY!
Tengok ni :
Lebih kurang RM 4
Jalan Kiraan yang benar-sebenar-benarnya
Kiraan mau cepat kayoo! -,-
Hehhehe, macam mana lah ni. Benda senang macam ni pun boleh jadi susah. Kerless, kelam kelibut -.-
Oklah, mungkin ada yang fikir, "kau buat entri ni dah macam kau tunjuk kebodohan kau dalam ilmu hisab. Diamdiam sudah"
Hmm, tak kisahlah. Asalkan saya tau kesilapan saya. Dan ni, saya nak terangkan dan mungkin boleh jadi nota untuk maths ^^
Dah berpurnama-purnama saya tak update blog. Ni saya update pun sebab nak buat reviewlah kononnya. Entah jadi ke tak reviewnya. Entah mungkin review sampah. HAHAHA. Dah merapu dah.
Review ni saya nak buat pasal komik Jepun. Alahh, komik shoujo. Entah kenapa sekarang ni saya dok layan komik shoujo ni. Lagipun kalau nak layan Komik-M, tak banyak tempat yang jual ouh. Ada pun MPH, Popular. Celah bila mana pulak nak pergi, kan? Tapi bila dah sampai tu, dah mulakan misi mencari komik-M di rak-rak komik, alahai~ Berapa tajuk je pun. Dah tu, tajuk yang saya target tak ada, memang frust gila-gaban-tahap-giga lah.
Dah tu, yang majoritinya komik shoujo yang berkuasa kat rak tu. That's why saya layan komik shoujo sekarang ni. Tak kiralah online ke offline ke, i layankan je. Yang penting, watak-wataknya comel, yang penting lagi, watak lelaki dia. Ngaaawwww~ Mesti yang kakkoii lagi kachak :3 (Eh, betul ke KAKKOII tu? Hentam je :p)
Ginilah cheritera yang benar sebenar benarnya sebab musabab saya layan semula komik shoujo ni setelah curang selama beberapa bulan (eh?). Masa 1 Disember ke bila entah, masa nak balik kampung sebab kezen nak kahwin, macam biasa, dalam perjalanan tu mestilah singgah RnR kan? Singgah Pagoh ah. Memang tempat feveret sebab ada bihun sup yang sejak berzaman lamanya memang tu jelah menu pilihan saya bila sampai Pagoh ni <3 Lagi satu, kat situ ada macam gerai-lah-jugak yang jugak majalah, suratkhabar, jajan-menan, KOMIK, etc etc. Selalunya bila lepas melahap barulah singgah gerai tu.
Bila dah sampai gerai tu, kena mencangkung lah sambil pilih komik sebab tu memang peraturan dia.
Eh, tak. Gurau je.
Tapi takkanlah nak berdiri je sebab dia punya rak-lah-jugak tu takat paras peha je. Jenuhlah macam tu. Sakit pulak belakang. Tak pasal-pasal duit melayang kena beli Panaflex sebab rasanya kat situ ada jual. Hehh. Then, masa tu saya terpandang tajuk ni; SI COMEL LOKEK YOMOGI (SCLY) atau dalam nihon-go tajuknya YOMOGIMOCHI YAKETA? Masa tu memang dah ada, complete bukunya dari no 1-4 kalau tak silap. Tapi entah kenapa, otak saya ni tak arahkan untuk pilih buku tu. Jadi saya pilihlah PAWANA RINDU by Nanajima Kana dengan RAWATAN CINTA kalau tak silap, by Iwaoka Meme. Then, masuk kereta, sambung perjalanan, baca komik tu dalam kereta. 2 tajuk ni bagi saya ok, orait. Best jugak :)
Then, hari Jumaat, pergi BP Mall. At first saya cadang nak pergi Summit tau sebab ada comic house kat situ walaupun kedai dia kecik, tapi bagi saya kedai tu umpama comic house yang macam WAAHHHHH BOLEH RAMBANG MATA SEYHH!
Oklah, pergi BP Mall dulu. Jalan sana, jalan sini, sampai POPular. Terjah section komik ngan novel. Saya beli komik PUISI CINTA LALU by Nanajima Kana sebab terpikat dengan gaya lukisan dia dalam PAWANA RINDU ^__^
Then pergi Pizza Hut makan piza yang banyak cheese tu. Sedap tapi tak larat. Tapau balik.
Then, balik.
Stesen berikutnya, SUMMIT BP. Next station, SUMMIT BP \ (^ O ^) /
Betapa eksaitednya hati ini. Nak borong komik kat situ.
Akan tetapi....
Ingatkan panas hingga ke petang, tapi rupa-rupanya hujan di
tengahari. (Aichehhh ayat, saya tak ingat yang betul punya ayat tapi
memandangkan ini bukannya esei untuk peperiksaan sekolah, hentam je.)
Tapi memang betul, dah nak hujan. Masa tu dekat traffic light simpang nak masuk Summit tu. Mak saya ngan kakak saya yang baru sampai-dari-Meru-naik-bas-sebab-tak-nak-balik-guna-kereta-sebab-sengsorang-jadi-mungkin-membazir-minyak tu kata
"Takpayahlah pergi. Dah nak hujan ni."
dan
"Kau pergi sorang, kitorang tunggu dalam kereta."
Ouh, ayat mandatori yang first tu memang buat rasa bagai aiskrim mewah lagi mahal berjenama yang cair di bawah terik mentari di tengah-tengah gurun pasir. Maksudnya angan-anganku yang bagaikan ba-bling ba-bling akhirnya musnah begitu sahaja. Ayat kedua? No wayy bebb! Kang sesat kang, naya beb, nayaaa...
(Ni still sejarah sebab musabab saya layan semula shoujo. Nak tengok review, bawah lagi yo!)
Then, Ahad - Balik rumah. Singgah Pagoh lagi nak sarapan. Singgah gerai tu lagi dengan harapan ada komik SCLY. Tapi hancusss, tak ada. Jadi saya beli je komik JIWA 16 by Aikawa Saki. Best woiii!!! Terleleh cecair dari dalam mata ni bila baca Jiwa 16 #2 T_T
18 Disember 2011. Hari yang saya pergi Alamanda. Sama dalam mimpi saya. Saya naik eskalator rata, terpampang depan mata, MPH sebesar besarnya. Saya masuk dan cari seksyen komik. Jumpa. Walaweh, banyak gila kot komik kat situ. Komik GempakStarz lah yang banyak. iOK je. Then cari komik idaman hati kat rak tinggi ni, jumpa SCLY #1 ngan #3 ngan ICE CREAM BABY Sugary by Neko. Cek rak tinggi kat sebelah, lerr komik ikhtiar hidup n lain-lain. Cek rak pendek, ada TWINX 3 dalam 1. Nak tapi target SCLY, so tak jadi. Cek bahagian lagi satu rak tu, jumpa SCLY #2. Alhamdulillah ^^ Tak lah ada lobong di tengah penceritaan tu kalau no 2 tade. Cek again, #4 tade. Pasrah. Then, rembat buku rujukan agama.
YATTAAAAA!!!!!
Nak tau rupa SCLY tu?
Ni dia.
Saya terlintas hati nak beli ni pun sebab lepas ternampak komik ni first time, saya gugel tajuk cerita ni. Then dah tau nama komikusnya, gugel lagi. Keluar result macam ni
klik gambar kalau nak pergi link tu ;)
Tekan, nanti taulah manga lain yang komikus ni buat. HEHEHE (^__^)b Bila saya baca komen kat bahagian bawah tu, orang macam suka gila kat BEAUTY POP tu. Saya pun start baca. Serius BEST GILA GABAN TAHAP GIGA! Sampai sekarang saya angaukan watak utama lelaki tu, Narumi Shogo <3
Tahun lepas, Kurosaki Tasuku, tahun ni, Narumi Shogo <3
Group picture : Scissors Project :D
Narumi gambar atas ni lagi comel :3 Lastly, Narumi kahwin dengan orang yang dia tak berapa nak suka, Koshiba Kiri yang super cool tapi takut lipas ngan gelap. Awww~ Diorang dapat kembar tak sama jantina tau. Yang perempuan ikut perangai Narumi, yang lelaki ikut perangai Kiri xD Nak tau perangai diorang? Bacalah Beauty Pop! Ada Beauty Pop Stage 2. Kiranya macam musim kedua lah :D
Time saya baca manga ni, saya asyik dengar lagu ni je. Kononnya macam lagu temalah xD Tapi cuma sesuai bila chapter yang Narumi dah suka kat Kiri :3
Saya jumpa lagu ni kat blog blogger lain masa tengah blogwalking. Dengar macam alololo comelnya lagu, terus saya suka. Hahahaha saya ni kalau suka lagu sebab dia punya melodi irama dia. Hehehe :D
TAPI MEMANG BEST GILA MANGA NI. TEMA DIA LAIN DARIPADA YANG LAIN :D
Then bila saya dah puas hati dengan Beauty Pop, saya nekad nak beli SCLY dan dah beli, rasa happy gila. Yang no 4 tu kononnya nak beli online sebab dah malas nak cari merata tempat. Kebetulan, Nasiha ada komik tu. Jengjengjenggg~
Tengahari tadi sampailah ni;
SCLY #4! Nasiha pinjamkan. Jyeahhhh!!! Terimakasih, Nas! Andalah penyelamat saya daripada dok pikir apakah ending cerita ni *aichehh*
So, ni saya nak mula cerita pasal komik ni. Alahhh, pasal watak utama je.
(Berdasarkan cover SCLY #4)
Yang perempuan tengah tu HARUNO YOMOGI
Mata duitan (bukan negatif), otak kalkulator bila sampai bab duit ni, sangat berkira pasal duit walaupun harga roti melon faveret dia naik 10 yen, sangat berjimat cermat, kedekut gila, boleh detect nilai duit yang jatuh ke atas lantai, berasal daripada keluarga yang sama je 20 kali 786 yen macam dia jugak. Sepesen je kalau tiba bab duit ni. Anjing dia pun sama. Kawan sejak kecik 2 hero kachak lagi kakkoii seperti berikut :
Lelaki buat peace, kenyit mata *cairrr* ngan jelir lidah tu SAYAMA NATSUME
seorang yang kachak, namanya bermaksud SUMMER (natsu) EYE (me) dalam english, dia ni mukanya macam Narumi + Kei dalam Beauty Pop :D Perangai dia ni macam... entahlah. tak tau nak describe. Tapi perangai dia memang i suka. baca je lah sendiri ya xD Yang penting saya suka dia :3
Lelaki rambut hitam tu KAKERU CHIWAKI (Wakky)
Seorang lelaki yang fokus gila gaban terhadap baseball. Seorang yang cool, protective, err... baca jelah sendiri xD
Pada mulanya, Yomogi suka Wakky then dia confesslah tapi Wakky macam reject lah. Then, dah lama tu, Wakky kata nak tarik balik rijekan dia tu sebab dia dah suka Yomogi tapi masa tuh, Yomogi tolak. Jengjengjenggg~
ENDING DIAAA....
Sebelum saya tahu ending dia macamana, saya gugel dulu. Adalah satu thread forum ni bincang pasal yang Yomogi ni nanti akan end up dengan siapa. Then saya scroll scroll scrollll, ramai pilih Wakky. Nooooo!!!! Okay, memang wakky sesuai, mungkin boleh jadi bf yang bagus. TAPI, bila scroll lagi jumpa yang ni
Tak nampak?
"For me i'd choose Natsume, but the characters are still pretty new, so i have no idea - i might change my mind later on. I guess since i chose Natsume was because of me reading Beauty Pop. >.< :)"
Yang tebal tu memang saya setuju. HAHAHA sama kott xD tapi yang tak tebal tu mungkin sebab yang online punya version setakat ni volume 1 pun tak lepas lagi, baru berapa chapter je so maybe lama lama dia pilih Wakky kot T.T tapi takpe, amiklah Wakky, saya amik Natsume xD
Ramai orang tak puas hati dan rasa kecewa dengan endingnya. Cakap ending dia sedih blablabla. Tapi iOk je.
Ending Si Comel Lokek Yomogi ialah, YOMOGI xx NATSUME! YATTA!!!Kiranya kalau diorang berkahwin, nama Yomogi bertukar lah ek? Jadi Sayama Yomogi. Err, taktaulah betul ke tak. Hehe.
Oh, ya. Wakky yang dirijek tu, dia fly ke USA, sain kontrak jadi pemain baseball yang bernilai 600,000,000 Yen! Gilalah kan? At first saya kira agak agak 100 yen tu dalam RM 3 lebih atau RM 4 lebih sebab dulu pernah saya nampak kat tv dalam RM3++ so saya genapkan jadi RM 4. Cek kalkulator, hah kau! RM 2,400,000,000! Then baru ni saya cek kat website currency converter, taktaulah betul ke tak tapi mungkin betul, ni hahh,
Walawehhh, jutawan muda Wakky ni. Bila Yomogi baca suratkhabar yang cakap pasal Wakky ni, terus dia kira then macam "Aku dah tersalah pilih ke?" xD Gila mata duitan doh xD Kesian Natsume xD
Then, kawannya Kanaya Moriko dah kahwin n dah ada anak dah. Pastu Kaina kawan baik dia jugak yang kena rijek dengan Natsume dah ada bf pewaris hospital swasta yang kaya gila :O Pastu Ookouchi Mami yang dulu nak rampas Wakky daripada Yomogi dia pun fly ke USA mungkin sebab nak jumpa Wakky, padahal masa tuh diorang berkumpul semula sebab Wakky nak balik ke Jepun. Wahahaha kesian kau Mami xp
Ouh, masa Natsume muncul lepas baru balik dari kerja, saya macam angau tengok dia xD Comell weyhhh~ Muka selepas beberapa tahun, mesti berubah sikit kan? >_^
Tapi yang tak bestnya, dia tak tunjuk Wakky sampai jepun :( Itu yang tak puas hati tu. Kalau ada SCLY #5 mesti best. Cerita pasal after beberapa tahun, progress diorang, tralala :T
NI REVIEW KE?
HAHAHHA SEBENARNYA NI PEMBONGKARAN ENDING SCLY JE XD Cuba tengok tajuk *angkatkening*
REVIEW SAMPAH? HANGGUK KALAU YA!
Oklah, Assalamualaikum ;D
HeyThereKamu : Asal pergi Giant mesti lagu Cinta MukaBuku berkumandang ouh. Banyak kali pulak tu. Agaknya orang Giant suka lagu tu. Boleh jadi lagu tema Giant dah lagu tu. Serius, ini benar beb.