Aku ternampak Inuyasha tolong seorang budak perempuan yang bila dia pejam mata automatik salji turun dengan lebatnya. Di dalam sebuah kompleks beli belah. Shopping mall. Ya, salji dalam mall.
Namun selepas itu, ada seorang tour guide yang aku tak pasti nak panggil seorang atau seekor sebab dia berupa Sonic. Alaaah, sonic yang rupa musang ke serigala tu yang kaler biru tapi kali ni dia warna merah. Jangan tanya kenapa. Aku seperti seorang YB yang dibawa ke sana sini dalam mall dengan tour guide segala bagai, oleh Sonic and ze Gang.
Dibawanya aku sampai ke sebuah tempat yang macam booth bubble t kat Kelana Mall ada display biskut biskut jejari yang bila nak makan haruslah celup dulu. Macam Nini Cekelat Celup tapi bukan. Ni bangsa lain punya versi. Bekas kaler hijau, ada tutup macam tutup bekas cupcake. Ok, ini sangat mengelirukan. Kemudian aku memilih satu tapi pada masa itu, seorang remaja lelaki yang langsung tak kukenali menghampiri tempat tu. Aku namakan sebagai 'that guy'. Dia turut memilih untuk membeli benda yang sama macam aku pilih. So, masa tu, pekerja di situ berkata;
".......budak lelaki.......menang......"
Sebaris ayat yang tidak kufahami dan aku tidak mengingati apa yang dikatakannya.
Secara automatiknya, kakiku melangkah ke sebuah vending machine untuk ambik satu benda sebab beli that so-called nini cekelat celup then kena redeem (pape ntah, dah beli, kena ambik benda dah tu redeem pulak) kat satu tempat ni. Duhhhhh, leceh gila tapi yang pasti time tu that guy dah sampai machine tu.
Entah macam mana aku dah beratur kat satu kedai. Yang lain kat situ yakni tementemenku pun ada. Sebelah kiriku ada Nash (bukan nama sebenar), Tma (bns). Depanku ada Nifa (bns) n depan/sebelah dia ada that guy. Sebelah that guy pulak ada Aziq (bns). Sekali lagi, aku keliru. Keliru dengan cara barisan ni. Then Nifa exchange tempat dengan Nash. Maka berlakulah drama. Drama apa?
Biarlah kusimpan sahaja drama itu sebagai rahsia.
Ecehh.
Oh ya, benda yang aku dapat tu sebenarnya pek dia macam Vico tapi ada satu part ni you can see thru the pack so yang aku nampak time tu adalah ajinomoto. Ajinomoto dalam pek Vico. Nak buat kena ada krimer sekali. Malas nak ambik, aku biarkan saja. Bila kutoleh kepalaku, samar-samar wajah emakku menjelma.
Sudah pagi rupanya.
Oh, barulah ku tahu bahawa ini hanyalah sebuah mimpi.
Haha.
Ok, jangan marah. Daku minta maaf.
Sambungan di alam realiti.
Sabtu 7 malam.
Telefon berdering dan pemanggil ingin bercakap dengan aku. Aku yang mamai setelah sedar dari tidur petang (tertidur) hanya menurut kata ayahku supaya menjawab panggilan itu. Gagang telefon ku capai dan butir bicara si pemanggil itu membuatkan mataku terbuntang.
WHAAAT PARTEHH TU BUKAN ESOK TAPI DAH TUKAR HARI NI???? LIKE SERIOUSLY???
Aku tak bukak facebook mahupun twitter jadi aku tidak tahu menahu tentang hal itu.Thanks NatRose ^^
Bila fikir balik, memang padanlah dalam mimpi aku diorang muncul rupanya partehh tu tukar hari sabtu. Chehh. Ada makna rupanya di sebalik kemunculan diorang tu.
Dan disebabkan holozoic - doesnt make own food, maka haruslah aku ke partehh itu.
Dont make our own food so we need to eat.
Tapi harap maaf, makaroni, nugget pizza memang tak ada gambar. Yang ada cuma kek.
"Bila larut malaammmm..."
![]() |
Reuse je yang untuk notice board 4A. (Baca : POTLUCK) |
Si kepala tak masuk dengan Wani, partner dalam our own english drama ahaksss |
Nas Natrose |
Natrose w food #1 |
Natrose w food #2 |
Qau Firaz |
Hugg (; |
Jack : "Mwehehehe..." |
![]() | |
JACKROSE 2013. Coming soon this February haha |
![]() |
JackRose moment. |
Adi tak ada, buku bio jadi rep xD |
it got stabbed. |
mangsa tikam tidak dibantu. sadis. |
*telengkan kepala* |
aeronautical engineer will-be & Mummy Chong |
![]() |
![]() | |||
Damai biru~ |
Brohug |
Brohug #2 |
Brohug #3 |
Brohug #4 |
Shine bright like the moon, eh- |
![]() |
Find Arman in this pic. |
The partehh was fun but still, we're gonna be 16. Satu stage di mana macam semut yang berkumpul dekat gula tapi bila kena percikan air, ada yang kesini, ada yang kesana. Im not saying that we're ants tapi tu cuma perumpamaan je. Faham tak faham belakang kira HAHAHA. So for those yang dapat asrama tu, good luck ^^