Thursday, December 9, 2010

Kau dan aku, ubi kayu dan sos tomato

*sememangnya tajuk post ni takde kena mengena ngan isi post ni~

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sekali,

Salam Maal Hijrah bagi tahun 1432H/2010M dan juga bulan Muharram sekali lagi merupakan detik permulaan, bagi kita ---> manusia untuk berhijrah dari sifat yang sedia kini kepada yang lebih baik. Setiap orang mesti nak menuju ke arah yang lebih baik kan? Ada tak orang mintak - eyh, aku harap aku ni jadi cam ____sifat mazmumah___

Takde kan? Jadi, pasang azam yang berguna, berfaedah jangan pasang azam macam aku nak kahwin!!! Hoi, baru akil baligh ada hati nak nikah?! Hailahh... Then, harap masalah sosial remaja kat negara ni makin berkurangan... Ameen~

Okayh, catatan perjalan kat utara tanah air.

04122010

0825 bergerak. Kat highway, nampak kereta hias-hias tulis 'Just Married'. Tapi kat dalam kereta tu nampak ada seorang lelaki je. Mungkin malas nak buang kot atau nak publisiti. Hee.. Pastu, nampak satu papan tanda iklan, ada iklan BERAS REBUS. Nak tengok gamba beras tu tau, tapi alangkah malangnya, ada treler panjaaaaaang halang. Sabar je lah.
Kat Tanjong Karang, ada satu kedai perabot pulak, namanya agak pelik sikit. PUSAT PERABOT LAMA TAK JUMPA. Hooo... Pelik sungguh.. Mungkin bila nak masuk kena cakap, LONG TIME NO SEE MAA! WA DAH LAMA TALAK JUMPAA SAMA LUU!
Ekspres pergi malam. Masa tu tengok Majalah3, dia pasal Indah Water. Pastu, aku terlepas cakap kat mak;

"Betol lah air yang kita minum selama ni sebenarnya air taik!" [Maaf, penggunaan bahasa yang tak sopan]

Opah dengan lantangnya membantah

"Tak ada lah!! Mana ada air *taik!!! [maaf] Kat perak ni air bukit!"

Huish, bikin terkejut je opah ni. Yelah, cakap biasa-biasa je, tiba-tiba ada yang bantah ngan suara yang kuat... Adushh!!

Malam tu jugak ada india tu selang beberapa rumah, deme gendang-gendang tau... Bisingnya, memang tak tahan.Masa tuh, mulut dok terkumat-kamit baca ayat-ayat kononnya nak halau syaiton. Hee... Dah tu diselangi dengan anjing menyalak macam opera arf arf arf arf aaa!!!! Bisingnya! Dey, kalau kamu mau bela itu anjing banyak macham, handle itu anjing elok-elok aa... Kalau kamu ta bole handle itu macham, ta payah la kamu bela itu anjengg.. Hoiyoo...
bayangkan, gendang yang kuat amaat + anjing menyalak bak opera swasta = fikirkan sendiri.

05122010

Mandi pagi-pagi, air tempayan, punca air-->bukit = sejuk gggiggiiilll ggiigiiilll
Masak + makan nasi baryanni... Then, around pukul 3++, makan cakoi @ kuih kembar anak Cino cicah kaya resepi mokcek anne tepi tingkap [hentam saja nama diaa] Ada jugak terhidang keropok ikan, malas nak ambik pinggan baru taruk sos, makan je lah keropok ikan cicah kaya.
Kalau sesiapa yang tak pernah buat macam ni, try lah. Sedaaapppp!!! LABAMBA CHICAGO MILANO~ ceitt, tiru Master Chef Sabri pulak. Heee...

06122010

Sarapan pagi nasi baryanni~ (^.^) Sebelum tuh, masa tidur ada mimpi yanggg pelik. Macam mana entah boleh ada mimpi macam tuh... Pelek... Orait.. D.T.L.T. Keluar ambil angin udara segar nyaman. Pastu join abah lepak kat tangga depan. Tapi abah dok ceramah pasal EKONOMI. Heee.. Best jugak dengar. Ada perkataan baru yang tak pernah didengar sebelum ni. Ceritanya, dulu nelayan boleh simpan duit 2K, buat rumah, [Nilai dulu ngan sekarang tak sama] sekarang 80,000/- pun tak cukup nak buat rumah. Nak beli rumah ngan 80K tu apatah lagi. Sekarang sebijik rumah teres pun harga lebih 100K. Pastu pasal penyusutan nilai kereta.. Belajar struktur rumah tradisional - gelegar [tak ingat ejaan], rasuk, pasak.

Pastu beredar pergi pintu yang selalu keluar masuk. Pintu kat tangga JARANG digunakan. Masa abah berdiri, ada kucing [Anje] dok gesel-gesel badan dia kat kaki abah. Hui, lama jugak tuh, sampai seluar abah melekat bulu kucing dan seluar tu tak boleh dibawa solat sebab ada bulu kucing. Then, bergebang bagai. Masa lay-park kat atas sambil dengar lagu MZ, tetiba Chia, kezen ku layan karokz jiwang lah pulakkk. Adeiihhh... Lagu jiwang kalau tengok video dia mesti hampir sama tau. Elok lah tu.. Gabungan yang bagus. Aku = nasyeed Chia = geewang
Tension jek.

kat pasar malam. First, jalan-jalan nampak satu gerai jual laksa, bila tengok penjualnya ada iras-iras Nafiz. Orait lagik. Jalan lagi nampak seorang tuh, ada iras Haziq. Hoh, banyak kelon deme ni. Dah jalan tu, nampak lagi sorang muka macam Ziqmal Akri.
Siapakah itu? Hee... Orang tu mukanya campuran Ziqri + Akmal. Sampai kat satu gerai buah, mak nak beli nenas, dah beli, nak beli persimmon, [kalau tak tau klik atau tanya pakcik Google]
So, anak penjual buah tu, [cino] macam biasa mestilah promote kan. Sebiji tu 80 sen. Masa tu mak ambik 4 je, tapi budak tuh cakap

"Ambik lagi satu la jadi 2 ringgit"

Aku pun dok pikir, sebiji = 80 sen
5 Biji = 5 x 80 sen
= 4 ringgit

Nasiblah bapaknye selamatkan keadaan. Kalau tak, maunya deme tu rugi 2 linggit!

Lepas tu, pergi kedai nak belikan roti yang abah panggil hawaii-5-o --> cerita masa dedolu [high5 ]ngan kaya. Dah beli, ada pulak 2 mamat yang dengan bangganya ber-half-naked-tunggang-motor-sangkut-baju-kat-bahu-sengeh-bajet-bagoslah-sangat-macam-tuh.
Kalau kau eksiden ke, terseret ke, skkrrreeeoooottt!! Adoi! Aku yang bayangkan pon ngeri je... Maunya calar-balar luka-lakan darah-daran. huii...

Petang tuh, baru perasan Kundang [kucing] makin manja. Aku makan ayam goreng, tapi ada darah yang cair macam air sikit keluar tau. Buat pengetahuan korang [kalau dah tau, takpe] kalau kita makan ayam yang macam tuh, ada darah cair macam air keluar dari persembunyiannya, kita dah tak boleh makan ayam tu. Tapi, janganlah nampak seketul darah seekor tak makan. Bukan tau. Kalau darah yang kaler-kaler je tu, tak pe. Sebab, mak kata macam ni. Masa dia ada belajar kat masjid tu, ada ceramah. Jadi, ustaz tu cerita la. Then, baca doa awal n akhir tahun. Lepas tu makan kebab daging. Macam biasa, kalau makan kebab mesti makan roti dulu, baru isi dia. Bila nak makan isi dia, tengok tengok, bukan daging lembu yang real tu, tapi sintetik punya. Eh, bukan, ni daging punya burger daging untuk buat burger punya daging. Ada ke patut dia taruk burger daging punya burger. Tak patut betol. Lebih baik dengar cakap mak yang suruh beli kebab ayam spesel. Lagi sedap.

Then, tengok cerita Nur Kasih Di Jabal Rahmah. Baru perasan yang Fahrin Ahmad ni kacak [sila batuk sekarang] TAPI! Masa dia pakai jubah je... Baru terserlah... Heee...

07122010

Balik ke KJ, sampai rumah terus dikejutkan dengan haiwan peliharaan otaq iaitu...

KARAN dan KIRAN!!!

Sang Udang Karang!!!

Pelik sebab tak ramai yang bela udang karang kecuali untuk ternak n jual n makan. Heee... Seekor 4 ringgit. Then, pergi rumah oten.

Da End of Da Journey


Wassalam,
Firaz Muhamad

No comments: