Ekceli aku sekarang ni asyik fikir pasal aliran mana yang aku nak pilih. Antara
SAINS
atau
Ye, ye aku tau. Aku ni baru je form 2 kan, tapi dok kecoh-kecoh pasal stream-stream bagai ni. Kawan-kawan aku pulak mesti menyampah kan? Then, mesti korang fikir macam
Rilek la, baru form 2 je pun, dok bagi penin kepala pikir pasal benda stream ni pahal? Alahhh, benda ni kalau nak pikir pun, tahun depan boleh la. Just focus on PMR. Then, kalau nak buat solat istikharah sampai benjol kepala pun tak apa. Kot-kot kau mimpi kau cek keluar-masuk duit syarikat ke, sah-sah kau masuk kelas akaun.
Hurm, tapi , aku kalau mimpi benda ni, perkara yang sebaliknya akan berlaku. Contohnya lah, dulu kat sekolah rendah, mimpi result English dapat 98%, tapi hakikatnya, dapat 89%.
Haissshhhhhh!!! Orang lain senang je lah, sebab diorang dah tau kelas apa yang diorang nak masuk. Majoriti pilih SAINS. Aku, AKAUN.
Weyh, aku tatau lah dah dewasa nanti aku nak jadi apa. Masa kekecik dulu, dok sebutlah perkataan yang selalu didengar, as in my style, perkataan yang KLISE.
Nanti dah besar nak jadi apa? Ramai yang cakap, Doktor, Cikgu, Bisnesman, Polis, Saintis, Jurutera dan sebagainya. Masa sekolah rendah, aku cakaplah aku nak jadi AKAUNTAN, mesti kawan aku tanya, "apakah itu?" Aku pulak, automatik jadi BLURRED, tatau nak eksplen macam mana. Ini sebab abah aku sarankan aku jadi akauntan sebab aku nak jadi higher than abah aku yang dulu dia kerja ada kaitan ngan akaun. Tak ingatlah tapi ada perkataan Pegawai Pembantu Akaun, amenda entah. Aku main type je tak taulah benda tu wujud ke tak.
Tapi dengar abah cerita pasal akaun ni, macam best pulak. Kalau abah cerita, memang boleh naikkan semangat aku untuk pilih aliran akaun. Cubalah tanya 5 perkataan, abah akan eksplen beratus-ratus perkataan sampai tak boleh nak stopkan dia. Antara perkataan yang aku ingat, defisit ngan surplus. What's that? Discover it yourself. HAHAHAHA!!! Kay, aku beritau.
Defisit = kiranya macam apa yang kita dapat kurang daripada apa yang keluar. Senang cerita macam kalau berniaga, income tu kurang daripada modal lah. Contohnya; modal korang untuk berniaga masa hari aerobikton dalam RM200, tapi hasil jualan korang ialah RM100. Macam rugi lah.
Surplus = pendapatan melebihi apa yang keluar. Contoh; Wak Mat buat bisnes TEMPE CHIPS, modal permulaan dalam RM 100++, pastu hasil jualan TEMPE CHIPS, dia dapat RM 300.
Hah kau, dah sampai berbisnes dah ni. Bahayaaa~ Hahahaha XD
Jap eh, tukar gear jap. Dari AKU tukar kepada SAYA.
Orait!
Ouh ya, kawan abah saya punya anak, kiranya anak kepada kawan abah saya, semalam dia telefon abah saya, dia ceritalah, alaa kawan lama, kawan sekerja lah kan lama tak jumpa, dia cakap SPM ni anak dia dapat
9A aliran SAINS
TAPI!
Dia nak jadi AKAUNTAN
*Tukar gear balik*
Aku yang dengar ni serius terkejut. 9A sains tapi nak ambik akaun?!
Kenapaaaa?!!!
Pelik kan, maybe dia tak fikir sehabis yang mungkin.
: \
Sangat pelik.
Aku pun tatau nak pilih stream yang mana satu.
Tapi setakat ni
Akaun 60%
Sains 40%
Kekusutan otak yang masih terbelit masih belum dirungkaikan lagi.
Hurm, wassalam.
FirzanahMuhamad
3 comments:
FIR..AKU RASE KAU PATUT AMIK AKAUN..SBB KAU MMG PANDAI MATH N SESUAI JD AKAUNTAN...
BKN SEMUA YG AMIK ALIRAN SAINS..KHADIJAH KATA DIA NK AMIK AKAUN...
MANE ADE TERLALU AWAL...OK JE...TP MEMANG KITA KENA FIKIRKAN MASA DPN PON...SUPAYA X MENGGELABAH NNT...
INSYAALLAH FIR..ALLAH AKAN BG PETUNJUK...
Izzati, terima kasih untuk nasihat tu. Tapi kalau result aku bagus (amin) InsyaAllah aku ambik aliran sains.
Tapi kalo amik sains tulen, chances nk jadi akauntan tu ade x?
Post a Comment