Monday, January 31, 2011

Hai, nama saya Nur Pudina Selasih bt ...

Assalamualaikum.

Kali ni nak mengomel pasal nama.

Ada apa pada nama?

Nama itu macam mendoakan seseorang. Sebagai ibu dan bapa, hendaklah mereka memberikan nama yang sesuai kepada anak-anak mereka. Yang elok. Yang mempunyai nama yang baik.

Janganlah kalau Islam, bubuh nama anak, kalau perempuan, jadi CHRISTINA.

Takut terpengaruh weyh. Kalau QISTINA kan lagi sedap. Maknanya pun bagus.

Janganlah taruk nama macam kat tajuk entri ni.

NUR PUDINA SELASIH

Err, agak pelik kan nama tu. Kesianlah kat anak yang nama pelik ekstravaganza. Takut kena ejek @ diubah jadi perkataan lain.

Even nama yang okay-okay pun boleh terubah, contohnya lah, nama saya. Firzanah boleh jadi Pizza Hut. Izyan boleh jadi durian tak pun axion. Natrah jadi peanut butter. Qausar jadi solat qasar. Nasiha jadi nasi. Fatimah jadi timah. Aini pulak boleh terkonfius kalau ada orang camni;

"Makcik, nak AIR NI satu."


*Sesiapa yang namanya ada kat atas, maaf tau.

Inikan pula nama yang pudina bagai. Karang masuk darjah satu;

Hai, nama saya Nur Pudina Selasih bt ...

Kawannya tanya kenapa pudina ngan selasih?

Then, takkan lah jawab macam ni;

"Owh, mummy saya cakap, masa dia tengah meneran [push-push] biar saya boleh keluar, dia tengah makan chewing gum jenama Wrigley's rasa pudina. Then, tak sampai 3 minit, saya dah keluar.

Selasih tu pulak, daddy saya kata, masa mummy saya ngandungkan saya, dia suka minum air sirap selasih. That's why my name is Nur Pudina Selasih. Unique right? Not like yours, so cliche."

Sambil membuat muka yang bangga gilax ngan namanya.

Hamboi hamboi hamboi... Enak bangat lu ngomong nama guwe cliche iya?

Sambung balik.

Dulu masa kekecik baby dedolu, keluarga saya nak bagi nama kat saya tau. At first, mak saya nak kasi nama AFIQAH tau. Then, kakak saya bangkang. Sebab apa?

"Nanti takut kawan dia ejek jadi AFRIKA."


Okayh, otaq. =.=

Then, keluarga cadang nama NUR FIRZANAH.

Papepun, saya suka nama saya. Terima kasih keluarga terchenta ku. ♥

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Saturday, January 22, 2011

Testing 1, 2, 3.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Entri ni just nak test jadi ke tak cantikkan blockquote.

Watashi no namae wa Akuro Hiranuma desu!

Wassalam
Firzanah Muhamad

Friday, January 21, 2011

Lifebuoy Sihat Malaysia



Ayuh, kawan!
Jaga kesihatan
5 panduan doktor kecil Lifebuoyyyy!!!!

1!
Lifebuoy ketika mandiiii!!!!

2! 3! 3!
Ingat cuci tangan sebelum makaaaannn!!!!
Pagi, siang, malam!

5!
Jangan lupa lepas ke tandaaassss!!!

--------------------------------------------------------------------
Ekceli saya suka iklan Lifebuoy ni. Lawak gilax. Lagu dia ala-ala opera sikit. Hukhukhuk!!!

Lagi-lagi tang dia punya melodi masa baris - Jangan lupa lepas ke tandaaassss!!!

Harharharr!!!!

I like!!!

Firzanah Muhamad (^_^)

Realiti Tetap Realiti

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Rasanya sekarang ni asyik beli air Marigold rasa mangga je kat koperasi. ^^

Sabtu, ada sekolah ganti pulak... Sungguh malas rasanya nak ke sekolah. Haih...

Tadi, balik je dari sekolah, ada slot 'Kata Adik-adikku' kat TV1 sebelum azan Maghrib versi TV1.
Hari ni kali ke-2 tengok slot ni. Setakat ni, apa yang dia cakap, mesti terkena tepat kat aku.
First time tengok, pasal jawatan.

Masa tu, selang beberapa hari lepas mesyuarat kelab seni. Aku kan dapat BENDAHARI, jawatan yang bagi aku, agak susah kalau nak bandingkan dengan S/U.

Mana taknya, kena jaga duit, kalau hilang, ganti balik. Seiya~ Jadi, untuk mengelakkan duit tu hilang, dah kutip yuran, aku serahkan terus kepada chegu dan minta tandatangan cikgu, mengesahkan yang chegu dah dapat duit tu. Papehal terjadi, contohnya lah, chegu cakap duit hilang dan sebagainya tapi ekceli aku dah serah kat chegu, aku boleh tunjuk bukti chegu dah terima semua duit tu. Ngeh, ngeh, ngeh...

Itulah tips untuk menjadi bendahari. Chehhh, gaya macam aku sorang je yang tau tips ni.

Then, hari ni pulak, cerita pasal belajar, ilmu dan yang sewaktu dengannya lah. Esok kan ada sekolah ganti, jadi, sebagai seorang pelajar yang RAJIN, aku rasa macam malas nak pergi sekolah esok. Sebab selalunya datang, tapi tak belajar pun. Dah tu, chegu ada cakap, esok nak belajar topik baru. Kalau tak sekolah, nanti ketinggalan!!! Tamau!!!

O yeah, pasal slot Kata Adik-adikku yang hari ni punya, dia ada cakap something, bla, bla, bla, tetiba terpacul ayat, "Ilmu itu penting, kawan-kawan. Jadi, jangan ponteng sekolah, ya!" Lebih kurang macam tu lah.

Zappp!!! Siapa yang makan lemon, dia lah yang rasa masamnya. Macam ni lah yang aku rasa. Ergghhh, I like 'Kata Adik-adikku'. Huhuhuhuu.... Serius, suka gilax slot ni. Bermanfaat... Rugi tak tengok... (^^,) V

Sebelum tu, dalam van, aku terdengar Izzat ngan Harith cakap-cakap ngan Izwan. Ekceli bukan terdengar, tapi mendengar.

Perbualan diorang pasal buku latihan Maths yang banyak.

Kan chegu maths suruh guna 1 hari 1 buku. So, 5 hari 5 buku lah kan? Diorang cakap something lah... Tapi tak ingat sangat... Tapi diorang cakap buruk pasal buku maths yang banyak. 5? Okayh apa tu. 1 hari, satu buku. Senang apa. Kalau 3 buku, tapi 5 hari, kan susah tu. And then, diorang cakap, kalau banyak buku, banyaklah homework. Start dari situlah aku, Natrah ngan Nasiha bertikan lidah ngan Izzat ngan Harith. Woaahhhh!!! Habis bising satu van tu.

Then, status aku kat FB yang the latest punya, ada orang komen. Tanyalah pasal sekolah. Then aku tanya dia balik. Dia jawab "Ookay... KJ bosan en?"

Dalam hati aku, aku rasa macam, macam mana kau nak tau KJ bosan ke tidak? Kau tak sekolah pun kat SMKKJ, kan?

Even kakak aku yang ex-SP pun tak cakap "Kenapa kau sekolah KJ? Bukan bagus pun" atau "KJ bosanlah weyh. SP is the best"

Huish, tak faham aku.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

EHKAMUSEMUA : Sekarang ni masih malas nak ke sekolah esok. Huhuhu~

Wednesday, January 19, 2011

Realiti Dunia Fantasi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum!!!

Ey, ey, ey. Tadi kat sekolah memang banyak perisa. Perisa???

Huhuhu...

Ekceli, tadi siap-siap nak pergi sekolah, dah tu, Cik Pencherita blog ni memang jenis last-minute-punya-budak. So, lambatlah sikit sampai sekolah, kan? Sampai sekolah, tengok Fatin, Ain ngan Wee Vee still lepak kat kantin dan aku fikir tak start lagi lah kot. Then, Natrah ngan Izyan pun sampai. Lepak lagi masa tuh. Sampailah Nat ngan Ain merentasi tapak perhimpunan, beritau kitorang ekceli dah start. Aku pun macam, kenapa diorang tak beritau kitorang, haaaa?!!!! Hehhehh, kitorang pon tak check Bilik Seni tu, so, kitorang pun salah.

Takde aktiviti seni pun tadi. Just kemas+hias Bilik Seni je. Tapi best apa...
Kitorang lap meja, MENOREH GETAH, tampal lukisan yang cha
ntik. Masa tampal gambar tu, Wee Vee, Fatin ngan Nasiha jadi MODEL SAMBILAN. Eyh, bila masa Nas jadi ahli Seni Visual ni? Ekceli, dia tak ada kerja nak dibuat, so dia tolong kitorang. Hee, sankyuu, Nas. ;D Kitorang tercipta bahasa Nyam-Nyam sebab masa tuh ada anyaman yang nak dilekat so, terus bahasa Nyam-Nyam dicipta. Comell je. ;)

Tibalah drama yang kalut lagi kerut. Ekceli pasal WEE VEE ngan ZHAFREE. Kitorang yang kat bawah ni bagai nak tergelak je [memang dah tergelak pun]. Siapa yang dah baca blogg Natrah memang dah tau ceritany
a. Camni sebenarnya.


Wee Vee tampal satu lukisan setem ada gambar bunga raya yang bernilai RM1 yang jenis dah di-zoom [besar]. Bila dia dah tampal, resultnya = senget. Nak dijadikan cerita, kerusi yang WV panjat tu ala-ala shaky-shaky bak kata Nat. So, dengan penuh rasa concernnya [bantai je perkataan], Zhafree pelawa WV guna stool itam versi makmal yang dia guna. Oh, siap test-test lagi. Kalau nak lagi feel, pergi blogg Nat. *Chehh, promote blogg dia pulak, deyhhh* Then, Nat bising sumthing kat saya.

"Diorang tu macam bercinta je enn?"

Dah terdengar ayat tu, terus saya tergelak sampai WV perasan dan ugut aku cakap apa yang Nat cakap dan dia kejar Nat sampai dapat. Gaaahhh!!! Semattt jek. Then, kutip yuran, masuk kelas, pembelajaran bermula, English ada yang monyok [aku confirm monyok habis-habisan], kena buat esei lagi dehhh... Aku punya esei apa je? Kalau nak bandingkan dengan esei kawan saya yang lain, ayat diorang memang power habissss!!! Rehat, makan keropok lekor ngan air tin. Bahasa Melayu, kena masuk library, baca buku. Jumpa novel Interlok. Aku bermonolog; nak baca novel ni!!! Tengah baca buku, terdengar Raizzam cakap definisi fiksyen.

Fiksyen = cerita pasal binatang yang boleh bercakap.

Hailah~ Then, bell rang, masuk kelas, sambung belajar BM, masa Agama, pegi kelas 2B, tapi kelas kosong, kena pergi makmal komputer. Kesian Izyan, angkut kerusi dari kelas 2A, naik kelas 2B, turun balik 2A. Aku tak bawak kerusi sebab Qausar kan tak datang, so duduk je lah kat tempat yang Qausar selalu duduk.

Dalam makmal, panas walaupun air-cond dah buka. Ustazah cerita pasal cerita yang dia dengar kat radio. Agak sedih cerita tu. PJ time, tapi chegu tade. So, kitorang pergi padang. Ada yang main Ais dan Api, tapi aku ngan Fatimah duduk je, tengok diorang berlari-larian satu padang. Then, balik. Donat cheese, dalam van kami [saya, Nat ngan Nasiha] selongkar beg Izzi @ Izwan Aziz. Cek siapa owner txtbuk yang tahun lepas-lepas, cek tulisan dia n saya godek-godek dapat case spek dia. Paksa dia pakai spek tu. Orang suruh pakai seminit, dia pakai 1 saat. Siap ugut weyh! Bila dah pakai, nampak kecik pulak spek tu. Horhorhor... Oh, Pakcik kasi kitorang gegula Eclipse. Tapi tataulah nasib gegula tu sebab Nat yang simpan gegula tu ekceli.

Sampai rumah, terus ngapp bubur kacang yang mak buat. Yummmayyy!!! Ehh, baca Bismillah okeyh.

EHKAMUSEMUA :
Sekarang ni beg sekolah berat macam batu jek, kan?

Wassalam,

Firzanah Muhamad