Friday, January 21, 2011

Realiti Tetap Realiti

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Rasanya sekarang ni asyik beli air Marigold rasa mangga je kat koperasi. ^^

Sabtu, ada sekolah ganti pulak... Sungguh malas rasanya nak ke sekolah. Haih...

Tadi, balik je dari sekolah, ada slot 'Kata Adik-adikku' kat TV1 sebelum azan Maghrib versi TV1.
Hari ni kali ke-2 tengok slot ni. Setakat ni, apa yang dia cakap, mesti terkena tepat kat aku.
First time tengok, pasal jawatan.

Masa tu, selang beberapa hari lepas mesyuarat kelab seni. Aku kan dapat BENDAHARI, jawatan yang bagi aku, agak susah kalau nak bandingkan dengan S/U.

Mana taknya, kena jaga duit, kalau hilang, ganti balik. Seiya~ Jadi, untuk mengelakkan duit tu hilang, dah kutip yuran, aku serahkan terus kepada chegu dan minta tandatangan cikgu, mengesahkan yang chegu dah dapat duit tu. Papehal terjadi, contohnya lah, chegu cakap duit hilang dan sebagainya tapi ekceli aku dah serah kat chegu, aku boleh tunjuk bukti chegu dah terima semua duit tu. Ngeh, ngeh, ngeh...

Itulah tips untuk menjadi bendahari. Chehhh, gaya macam aku sorang je yang tau tips ni.

Then, hari ni pulak, cerita pasal belajar, ilmu dan yang sewaktu dengannya lah. Esok kan ada sekolah ganti, jadi, sebagai seorang pelajar yang RAJIN, aku rasa macam malas nak pergi sekolah esok. Sebab selalunya datang, tapi tak belajar pun. Dah tu, chegu ada cakap, esok nak belajar topik baru. Kalau tak sekolah, nanti ketinggalan!!! Tamau!!!

O yeah, pasal slot Kata Adik-adikku yang hari ni punya, dia ada cakap something, bla, bla, bla, tetiba terpacul ayat, "Ilmu itu penting, kawan-kawan. Jadi, jangan ponteng sekolah, ya!" Lebih kurang macam tu lah.

Zappp!!! Siapa yang makan lemon, dia lah yang rasa masamnya. Macam ni lah yang aku rasa. Ergghhh, I like 'Kata Adik-adikku'. Huhuhuhuu.... Serius, suka gilax slot ni. Bermanfaat... Rugi tak tengok... (^^,) V

Sebelum tu, dalam van, aku terdengar Izzat ngan Harith cakap-cakap ngan Izwan. Ekceli bukan terdengar, tapi mendengar.

Perbualan diorang pasal buku latihan Maths yang banyak.

Kan chegu maths suruh guna 1 hari 1 buku. So, 5 hari 5 buku lah kan? Diorang cakap something lah... Tapi tak ingat sangat... Tapi diorang cakap buruk pasal buku maths yang banyak. 5? Okayh apa tu. 1 hari, satu buku. Senang apa. Kalau 3 buku, tapi 5 hari, kan susah tu. And then, diorang cakap, kalau banyak buku, banyaklah homework. Start dari situlah aku, Natrah ngan Nasiha bertikan lidah ngan Izzat ngan Harith. Woaahhhh!!! Habis bising satu van tu.

Then, status aku kat FB yang the latest punya, ada orang komen. Tanyalah pasal sekolah. Then aku tanya dia balik. Dia jawab "Ookay... KJ bosan en?"

Dalam hati aku, aku rasa macam, macam mana kau nak tau KJ bosan ke tidak? Kau tak sekolah pun kat SMKKJ, kan?

Even kakak aku yang ex-SP pun tak cakap "Kenapa kau sekolah KJ? Bukan bagus pun" atau "KJ bosanlah weyh. SP is the best"

Huish, tak faham aku.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

EHKAMUSEMUA : Sekarang ni masih malas nak ke sekolah esok. Huhuhu~

No comments: