Friday, January 14, 2011

Teori Kulit Cantik

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum!
Tadaima!

Dah berapa hari saya tak naiktarikh [update] blogg saya ni. Kasihan blogg saya ni.

Uhuks!

Dah naik bersawang dah blog ni. Eh, latarbelakang [background] blog dah ditukar? Ehermm!!! Secara serius saya kata yang saya ni suka tukar latarbelakang [background] blog saya ni.

Alhamdulillah, setakat ni kat sekolah best! Kekawan geguru, yeahuw yeahuw~

Perihal Sains, Natrah Mohd Anuar ada cakap macam susah nak hafal nama bahagian dalam kulit. Then, kita buat satu teori yang bernama; TEORI PANAS.

Kalau korang tengok diagram keratan rentas kulit kat dalam buku teks Sc form 2 vol1, ada satu diagram bentuk 3D.
TEORI PANAS.

Heat receptor : Kalau panas, kita mesti macam ta
k boleh duduk diam kan, macam cacing kepanasan kan, kat diagram tu, pain receptor macam awan kepul-kepul boleh disamakan dengan keadaan kita semasa panas.

Cold receptor : Dia bulat dan bertentangan dengan heat receptor, kalau kita sejuk ekstravaganza, secara auto dan manual kita capai apa benda yang boleh mengkaver badan kita, kan? Cold receptor = gambaran seseorang masa kesseejjukkann ekstravaganza.

Pain receptor : Kat lapisan epidermis. Kalau kita sakit, contoh kaki cucuk paku, luka dalam, mesti kita mengerang kesakitan kan? Pain receptor kat dalam buku tu digambarkan macam mengerang-ngerang. Just bayangkan je okeh.

Pressure receptor : Pressure lebih kurang macam stress. Kat diagram tu, gambar pressure recep ada benda dot-dot pusing-pusing, menggambarkan kepala otak kita yang dalam keadaan stress.

Sweat gland : Tukar sweat jadi sweet. Sweet = gegula. Ba
yangkan gegula jenis panjang yang kalerful.


Touch receptor : Dia dah nak sentuh lapisan epidermis.

Itu sahaja bagi Teori Panas ;D

Hari S-SH & Z-J sudah pun berlalu.

Pengasas Hari S-SH & Z-J ialah....

Rijq NurrQaushar dan juga Nur Firjanah.

Nama-nama budak 2A ditukar sewenang-wenangnya. Huhuhu...

English, perbincangan essay tu memang tak pernah dibuat seumur hidup. Bincang kat FB. Agak pening kat situ.

KH, suis togel 1Kutub 1Arah, [macam 1Malaysia pulak] suis togel 1 Kutub 2 Arah, suis loceng rumah, suis peti ais bukak ada tutup tak ada.

Ada hari tu, berangan nak bukak bisnes Tempe Chips, pastu ada rakan kongsi, huahahaha. Siapa berminat, hubungi saya orait! Nak dijadikan kisah, aku pergi Google 'tempe chips', yang keluar pasal ni. [korang akan terus dihantar ke Google Maps]

Tempe, USA!
[Kelik URL yang diberi untuk melihat kesahihannya]

Mungkin korang ada yang dah tahu, tapi aku macam O.@ bila tengok peta tu.

Lagi satu, aku sekarang sedikit obses ngan nama Firaz.

Jari-jemariku menari tarian tap di atas papan kekunci, menaip perkataan 'Firaz' di kotak carian Google.

Soalan : Apakah gaya bahasa yang diaplikasikan pada ayat di atas?

1, 2, 3....

Pelajar : Personifikasi, chegu!!!
Chegu : Pandaiiii anak murid chegu ni ya...
Pelajar : Biasalah chegu, tengok chegunya la...
Chegu : *Habis kembang mi megi yang dia masak kat rumah*

Resultnya pasal Firaz tu...

Battle of Firaz
[kelik jugak kalau rajin]

dan sekarang, dalam misi membuat jadual tugasan 2A, mungkin carta organisasi [rasa nak buat macam satu organisasi kerajaan sebuah negara] DAN dalam misi membuat komik untuk subjek Sejarah. Idea ni dapat lepas baca entri kat satu blogg yang sangat best, contengconteng.com, iaitu entri bertajuk Teknik Ayam dan Kura-kura. Blog ni Natrah yang rekemenkan. Cehh, perkataan 'rekemenkan' tu macam nak rekemen calon menantu pulak.

Heheee...

One more, video tiru macam artis AJL 25. Kelik kalau rajin. Muahaha~

Harini ada mesyuarat untuk unit beruniform, so, ciao!

"Woi, tak boleh ke kasi proper sikit???"
Owh, ok ok... *Muka bersalah*

Sekian,
Wassalam,
Firzanah Muhamad.

No comments: