Monday, November 29, 2010

Dengeki Daisy; Love Story ♥

Sunday, November 28, 2010

Itu hak aku! Kau jangan ambil!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Bangun pagi je, dah kena naik kereta nak beli sarapan pagi. Macam biasa, nasi lemak telur puyuh tu! Yum! Yum! Kat warung yang jual nasi lemak tuh ada jual suratkhabar. Jadi, abah beli je lah kat situ. Dah dapat suratkhabar, mesti lah belek-godek-belek-godek kan? Tengah baca tuh, ada satu artikel yang menarik perhatian aku. Tengok tajuk pun dah tertarik, apatah lagi isi artikel tuh.

Berita Minggu - Dunia - 28 November 2010

WANITA TUNTUT MATAHARI

MADRID:Selepas berbilion tahun menyinari bumi, matahari akhirnya akan mempunyai pemilik, apabila seorang wanita dari wilayah Galicia berkata beliau sudah mendaftar kepada pejabat notari awam tempatan, untuk menjadikan matahari sebagai kepunyaannya.

Angeles Duran, 49, memberitahu edisi online akhbar El Mundo, dia mengambil keputusan berbuat demikian September lalu selepas membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang mendaftarkan dirinya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet dalam sistem suria.

"Perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh menuntut hak milik ke atas planet atau bintang, tetapi tiada peraturan membabitkan pemilikan individu"

"Tiada masalah berlaku, saya membuat tuntutan mengikut undang-undang. Saya bukan bodoh Saya tahu undang-undang. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, tetapi sayalah orang yang pertama," katanya. - AFP

How?

Pelik kan?

Macam mana manusia nak memiliki matahari etc. kalau dia sendiri pun milik Tuhan.

Ayat akhirnya matahari akan mempunyai pemilik tu memang dah terbabas. Memang sejak sekian lama matahari dah ada pemilik. Siapa? Siapa? ALLAH la...

Apa? Macam mana kau nak 'memiliki' matahari tu? Kau ke cipta matahari tu? Bila kau cipta?

WAH, WAH, WAH!

Oooo... Kau lukis bentuk matahari masa kau dalam rahim mak kau, pastu kau campak ke luar, jadi matahari ek? Jadi, sebelum kau lahir kat dunia, dunia ni bergelap je lah ek? Oh... Macam tu rupanya ek... Baru tau...

Apa kau ingat 'memiliki' matahari tu macam jaga kucing ke hah? Alololo cayang cayang nak makan ek? Opocot! Kau gigit aku punya jari?! Kau ingat matahari tuh boleh dibelai? Heh. Malam sikit... Kalau kau nak milik matahari tu, kau kena lah jaga dia siang malam kan? Ha, masa ni kau kena terbit, masa ni kau kena terbenam. Macam tu?

"SAYA BUKAN BODOH. SAYA TAHU UNDANG-UNDANG. SESIAPA SAHAJA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN, TETAPI SAYALAH YANG PERTAMA" - Angeles Duran

Oh yeah?

Wassalam
Firzanah Muhamad

Friday, November 26, 2010

Kanak-kanak Ribena di Sekelilingku

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenarnya tengah baca komik Dengeki Daisy ngan Seishun Survival [Youth Survival]. TAPI, ada budak-budak yang tetiba je datang sini sebab nenek diorang ada kat sini... =,=" Agaklah, nak surfing kat internet pun macham... Haih...

HAHAHAHA!

Sengggaaallll jek... Sebenarnya diaorang kat tepi aku sekarang ni... Muahahaha!!! The leader of the group is Irfan Ammar [tak tau betol ke tak ejaannya] ngan Miza Aqilah [ini pun short form... panjang gila kottt... :3]

Then, the leader asyik bising je tanya aku macham-macham... Hoiyoooo... Suruh aku bukak citer Cik Han... [bukan Hans Isaac tu]

Memang nak baca online comic pun agak terganggu... [sori weh, akak tau korang tengah baca!]
Ni tengah update blog kan? Mr. Bean kata ni something macham chat lah kott... Hohhooohhhooo!!!!

Horhorhor!!! [semangat nak ketawa!]

ada satu scene dalam Dengeki Daisy tu memang lawak super gila Gaban Ottomen Doraemon Cincan lalala~ Ketawa bagai nak rak kot... Haih... Bijak betol Inche Motomi Kyousuke ni buat chiter.

Okayh. Nak sambung baca komik.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Thursday, November 25, 2010

Suka~ Betul-betul suka~

Bismillahirrahmanirrahim...

KUROSAKI TASUKU!!!

Fuh! Fuh! Fuh!

Tengah cuti sekolah, mestilah bosan. [Maybe sesetengah orang rasa cuti ialah seronok tahap Gaban+Ultraman+Doraemon!]
Jadi, hari tu ada lah godek-godek Mr Google pasal komik Motomi Kyousuke [encik pelukis yang melukis dengan cantik+teliti :3] jumpalah komik DENGEKI DAISY!!!

FUHHHHHHH!!!!

Then, baca kat onemanga tapi tak boleh... Search lagi DENGEKI DAISY, dapat n baca kat manga.animea.net.
Baca-baca-baca dan baca, terus jatuh-tangga-chenta ngan komik tuh! Wawawawawa!!!! Best gilak!!!!!!! Lagi-lagi the school janitor, KUROSAKI TASUKU!!!! Tak tahan!!! Gila caring-caring-caring ngan Teru [tak ingat nama dia] Dia sebenarnya Daisy, tapi Teru tak tahu sebab Teru tak pernah jumpa 'Daisy' secara muka ke muka [face2face]. Diorang berhubub=ng pun dengan sms je... Padahal Daisy ada di samping dia... Huawawawa!!! Rasanya komik tuh paling best dan manis [sweet] yang pernah dibaca.

KUROSAKI-SAN!!!!! Suka-suka-suka!!!!


Heylow! XD

Wassalam,
Firzanah Muhamad. :)

Tuesday, November 23, 2010

لغة العربية vs Nippon-go

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasanya nak belajar bahasa arab lah... Sebab bahasa arab pun macam best je... Tapi orang kata susah. Kalau tengok balik memang macam susah... Tapi BJ pun macam best... Tapi Ayan-sensei kata susah... Tapi bahasa arab lebih bagus sebab dia bahasa al-Quran... Nanti kalau masuk U nak pilih bahasa apa? Bahasa Arab mesti bebudak yang nak pergi Mesir... BJ mesti ramai bebudak engineering... Hailoh...

Lughatul Arabiyyah vs Nippon-go

Yang mana satu menang?

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Perjalanan ke selatan tanah air.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini semalam punya kisah sebenarnya. Kisah ini bukan sebarang kisah. Kisah datang semasa perjalanan ke Selatan tanah air.

Ceittt... Mukadimah je yang ala klasik. Yang lain jangan harap. Semalam pagi, ketika as-syams masih malu-malu mengenalkan dirinya kerana awan menyelimuti langit, hamba dan keluarga hamba memulakan perjalanan ke negri di selatan tanah air-Johor atau nama lamanya Tanah Ujong [adakah betol yang hamba perkatakan ini?]. Semasa dalam perjalanan, hamba tertangkap kelibat sang suria yang masih malu melaksanakan tugasnya, memancharkan chahaya menerangi alam Tuhan yang Maha Esa ini. Setoppp!!!!

Penat den pikir nak bikin ayat macham kat atas. Den buat bukan sodappp dibacho. sambung, masa tu hujan agak lebat tapi tak lebat sangat, memang sejuk lah masa tu. Dia sekejap hujan, sekejap tak. Masa tak hujan tu, tengok gunung, [mak kata Gunung Ledang] gunung tu diselaputi kabus yang agak tebal kat puncak gunung tu la. Cantekkk je. Subhanallah... Sambung lagi hujan... Masa hujan, kan airnya dah boleh jadi macam kabus masa bawak kereta, kiranya hujan lintanglah. Mak pulak macam susah nak bawak kalau masa macam ni, jadi mak bawak kereta tengok line putus-putus ngan kereta. Sahaja.

Dan-dan [bukan Lin Dan] dah hujan, bukak air-cond, mestilah sejuk... Mata yang sudah berat bertambah lagi dengan sejuknya, pun melabuhkan kelopaknya. Serius! Tak perasan pun bila tidur. Dah bangun tidur baru nak capai selimut ke-chenta-an-ku. Dah capai, tak mahu pulak tidur. Haih...

Bila dah sampai R&R Pagoh, keluar kereta terus serbu destinasi untuk mengqada' hajat - TANDAS aka JUMP-BUN. Masuk je kubikel tu, qada hajat. Tang tu jugaklah cleaner tandas yang berjaya mencuci tandas sehingga bersih secara bergilir-gilir [syukran!] buat satu bunyi;

Senggol-senggolan,
cubit-cubitan
aku bernyanyi
kau petik gitar....

Agak kuatlah dia nyanyi... Aku pun masa tu macam,

"Apakah?"

Dah tu, keluar tandas, pergilah makan... Kononnya, tak nak lah makan sebab dah makan makaroni kat dalam kereta. Tapi tengok bihun sup yang berasap nipis mak punya, teringinlah pulak... Hohoho!!! Genggada kau fir!

Dah habis makan tuh, pergilah satu kedai yang jual beg-barang-mainan ala kraftangan. Ternampak ada satu pensebok yang menarik hati [taklah setarik macam mamak buat teh tarik]. Tengok pensebok tu dekat-dekat, belek harga...


'Hohhh... Lagi bagus pensebok 5 ringgit kat kedai Hinode Shop tuh... Lagi chun! Punyalah mahal kat sini... LapanPerpuluhanKosongSembilanRinggit.'

BOOOOMMMMM!!!!!!!

Oraittt... Keluar dari kedai tuh, pergi kedai yang ada jual komik sementara mak beli buah jambu ayaq kat kedai sebelah. Cari komik sampai terduduk-duduk, jumpalah komik JIRANKU HIJIRI!!! Pelukisnya Yagami Chitose... Dia lukis memang Kawaiiii tahap best! Bayar komik tu. Tak silap komik macam tuh dulu 6.5o je. Sekarang 7.5o. (o.O)!!!

Pastu, sambung balik perjalanan. Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya. Then, pukul berapa entah pergi Super One nak beli barang-barang. Tapi tutup sebab semalam hari keputeraan sultan Johor atau senang nak paham- birthday sultan. Pergi lah satu kedai namanya pasar borong tapi dia bukan pasar borong kalau tengok suasananya. Boleh dikatakan kedai runcit tapi jenis besar lah. Beli-beli-beli-bayar. Dah bayar beli cendol. Santan untuk cendol tu diperbuat daripada kelapa sawit. Baru tahu kelapa sawit pon boleh dibuat santan. Then, pergi rumah ucu. Lalalala... Makan nasik... Minum cendolll banyak gilak... Sampai nak termuntah...Tapi tak termuntah la... Then, balik... Lepak jap kat umah mak ngah. Bergebang santai... Then, mak nak beli pucuk paku. Dah beli dari orang tu, lepak lagi... Masa tu aku tenung sama Irfan, kasi renungan ais sama dia... Pastu, ada ke patut dia cakap,

"akak ni garang lah~"

Then sorok belakang Arin si kecik yang comelll. Tengok, Arin yang kecik tu pun [taklah kecik mana] biasa je. Hapa lah kau ni Irfan, sososososo Mr.Bean lah dey!

Kepada sesiapa yang tengah baca ni [kalau ada yang baca], Cik Nur Firzanah Muhamad ni garang ke?

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Sunday, November 21, 2010

Be who you wanna be, B-A-R-B-I-E!

Bisillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa tiba-tiba je nak main game si ikon budak perempuan yang pinky-dinky-doo, Cik Barbara Millicent Roberts a.k.a Barbie. Alang-alang d
ah bukak internet pergi lah website dia untuk main game. Dah lama kot tak main game dia yang agak best [masa dulu]. Kalau masa enam-tujuh tahun asyik main paint ataupun game barbie ni. Dulu kalau ada patung barbie ni wajib jadi macam,

"yay, kita ada barbie doll, awak tak de... takpe kita ada lagi, main sesama ek?"

Tapi kalau sekarang, barbie doll yang dulu dibelai manja
ditukar baju dimandi-mandi di apa-lagi-entah dah tersorok kat bawah tangga dah.

Dulu masa zaman rambut nak bergaya tochang-air terjon kalau beli sticker kat pasar malam mesti beli barbie. Tak pun kartun yang popular masa tu.

Perempuan mestilah pasangannya lelaki. Jadi, kalau Barbie, mestilah dengan Ken Sean Carson [Ken]. Tang patung barbie versi lelaki tu ada tapi tak tau namanya apa. Tapi yang ing
at beli kat Giant tak silap. Siap dengan budak kecik [anak].

Hohoho... macham hensem je ken ni...



Smart je diorang ni... ;p

Ni lagi satu berita tergemparrr!!!

Cik Barbara Millicent Roberts dah convert!!!

"Ana sudah masuk Islam la~"

Hahaha!!! XD

Wassalam.
Firaz Muhamad

Saturday, November 20, 2010

Nak dengar burung bercakap takkk???

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi mak masak rendang ayam kerutuk ke kerutub namanya... tak ingat... dengan sup daging korban. cakap pasal daging korban, kalau nak suap daging ke dalam mulut, mesti teringat leher lembu yang membuak-buak darahnya keluar. kesimpulannya, macam tak lalu nak makan, tapi dah lapar, makan sajaa..

Lepas tu kata pukul 9.30 nak pergi keluar membeli dan membelah duit kat Kompleks PKNS, tapi bergerak lebih 9.30. Itu memang biasalah... Ingatkan pergi PKNS punya kompleks tapi pergi SACC mall. Orait je lah sebab ada MPH kesayangan. Masuk dalam tuh, nampak COKE AND SUNDAE melambak kat situ... Punyalah susah nak cari novel yang best tu kat tempat lain. Hiraukan pastu jumpa komik Aviasi Fantasi #2 dengan Dear Yayah the Comic #2. Pastu [banyaknya kau bubuh pastu!] nampak otaq main mainan cambest je. Kalau dia bebel suruh twist, kenalah twist dan yang seangkatan dengannya.

Sa-buah buku nota corak sakura pink-tanah kelabu dicapai. Bagi aku nampak comel cute-mute [hah kau bisu terus] bak kata orang yang duduk kat negara as-syams terbit - KAWAIII!!!
Pastu pergi Watsons, masuk kereta keluar dari sarang bawah tanah pergi ke PKNS nak pergi NAGOYA, Jepun. Masuk NAGOYA tak payah beli tiket tunjuk pasport langsung sebab ni nagoya jual beli kain bukan kat jepun nu. Beli kain untuk buat baju sekolah sebab baju siap-siap kat pasaran tu tak muat memandangkan badan yang gemok, gemok! bak kata gagak di atas pohon.

Dah turun tuh, otaq suruh beli buah yang segar mungkin. dah sampai situ, tak jadi pulak... beli pulak McFlurry milo yang enak milik McDonald rangkaian restoran segera milik yahudi, yeop oiii!!! hari ni pun dah meyumbangkan bantuan kepada mike... tapi aiskrim tu memang sedap.

Dah tu pergi Jusco. [Japan United Stores Company] nak beli samting. Dah keluar dari kereta tu adalah burung gagak kat atas pokok. Biasa lah kan, gagak buat bunyik bising... Time bunyik-bunyik tu, telinga aku tertangkap lah butir bicara sang gagak tuh...

"Gemok! Gemok!"

WOI! Aku taulah aku ni gemok kau kurus tapi tak payahlah nak ejek aku!!!

Sekian, Wassalam.
Firaz Muhamad.


Thursday, November 18, 2010

Onigiri satu lagi round!

Bismillahirrahmanirrahim... Ni gambar onigiri lagi selepas entry pasal onigiri lagi satu.


lagi satu....


Lagi onigiri...


Ni lagi satu makanan jepon yang pernah dibuat...


Orait, sesiapa yang tengah baca blog ni diharapkan baca entry pasal aurat ni ok?

Wassalam,
Firaz Muhamad





Wednesday, November 17, 2010

Isu serius!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini serius. [jangan ikut irama lagu wonderpets... wonderpets kami datang!]

Ini kes serius membabitkan kaum wanita dan juga remaja perempuan. Kita memang tau yang wanita Islam wajib menutup AURAT. Tapi, kat Malaysia ni, yang menutup aurat sepenuhnya ada berapa je? Cakap kat aku. Ada berapa?

"Weh... Aku dah pakai tudung tu kira tutup aurat lah weyh..."

Tapi kau tutup aurat ke tak? Ha? Okay, kita tengok diri kita dulu. Dah pakai tudung, Alhamdulillah. Baju long sleeve, tapi tengok kat kaki kita. Kaki pun aurat jugak kan? Tetapi, kenapa kita tak tutup kaki kita? Masa solat boleh kita tutup. Masa outing ke, apa ke, tak tutup pulak... HAIRAN...

Ada je orang yang pakai tudung tapi baju short sleeve.
Pakai tudung tak labuh ke dada dengan bangganya tayang double hill tang depan tu.

Tapi majoriti di kalangan kita dah tutup atas sampai bawah... tinggal kaki je yang terbuka. Adakah ini juga dikategorikan menutup aurat?

Aku tahu, aku pun ada banyak kekurangan. Tapi aku hendak memperbaiki diri aku sedikit demi sedikit.

Lagi satu, sekarang ni dah ada fesyen 'bonggol unta' kat kepala si pemakai tudung. Pi bikin sanggul tinggi-tinggi tuh pasai apa? Tahu tak itu pun berdosa? Ni ha->


Gambar ni aku ambik dari satu blog

Cuba tengok, tak ke kelakar fesyen ni?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Ni hadis sahih...

Lagi satu...


Keterangan:
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada
pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun
boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Ni gambar antara kesilapan yang sering kita lakukan...

Klik kalau tak jelas. Gambar ni diambil dari FB satu grup.


Bak kata Prof. Izzudin Hj Ali;

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Bak kata Nazrah Noor Rahmat;

BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.

TAMBAH ILMU, TAMBAH AMAL, WASSALAM.

Tuesday, November 16, 2010

Omusubi versi Melayu punya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ngappp...

Memandangkan esok Hari Raya Qurban, harini mak masak macam macam... Antaranya ketupat pulut. kan guna pulut, dah isi k
at dalam kelongsong ketupat; kalau taktau apa tu kelongsong ketupat, tanye inche google. dah isi tuh ada lebih. apa lagi... kukus untuk dibuat omusubi.
"weh, amendenya omusubi tu?

Omusubi ialah... Onigiri daaa~ Jadi, aku dengan penuh 'keeksaitedan' bentukkan onigiri tuh dengan pembentuk dia. kat Daiso Japan melambak... Masa buat tu, pulut dia melekat-lekat. Aku buat stail melayu lah. Taruk pulut kat basement dia. taruk seketul rendang daging kat tengah. Timbus balik dengan pulut. Jadilahhh~



Beberapa ketul nigiri-o-sushi yang enak+mengenyangkan.
Serius... Baru makan berapa ketul dah kenyang.

Burppp... Alhamdulillah... (^_^) V


Monday, November 1, 2010

Ke sana, ke sini....

Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai blog, [sebab aku tahu takde orang baca blog aku ni] semalam, ikut Otaq pegi jenjalan. aku pun orait lah. mula-mula pegi jualan gudang. ada jual barang-baju-beg-kasut yang ada kaitan ngan sukan. masa masuk tempat tuh, siapa yang begnya nampak besar n muat untuk masukkan @ curi barang kena masuk dalam beg plastik. pastu ikat. aku pun masa tu memang dah takde mood nak tengok segala bagai yang ada dalam tuh. then, pusing tengok barang. otaq macam berkenan jek ngan barang kat situ, especially kasut. aku tak masuk sangatlah bab kasut sukan perempuan ni, sebab kaki aku ni jenis lelaki punyer. lagi panjang daripada tapak kaki kakak aku. da abis pusing, terus keluar tanpa membawa keluar apa-apa beg plastik yang berisi barang xcept plastik yang dah kurung beg aku. masuk kereta, "membazir beg plastik betullah."

pegi sunway piramid, nak cari paku. pergi ace hardware, pusing punya cari, akhirnya dapat. then, pergi DAISO Japan. wah! memang rambang mata tak hengat kat situ... banyak gila barang yang best-best kat situ. kiranya tip-top lengkap ah... aku beli lagi set untuk buat onigiri. satu pek ada 3 bijik. gambar teddy, gamba budak laki tembam n budak laki tomei. lagi satu set untuk izyan. bentuk LOVE n SAKURA. kasi kat sekolah, teros mengomen,

"kenapa kaler pink?"
"kenapa bentuk love?"
"pulut kuning?"

oraitt... sambung storyy. beli lampu selaid untuk abah sebab syahmi dah rosakkan. beli plastik yang boleh tutup mangkuk. pastu pergi MPH nak cari novel yang best. n then pegi POPular. ha, sebelum gi MPH, kitorang makan jagung n aiskrim mangga. sedappp sangat. n before makan-makan, masa jalan tuh, kat depan kitorang ada couple ni, agaknya melayu lah kowt, derang jalan sambil peluk macam pelik aku tengok. okay, beristighfar jap. lepas pegi POPular, pegi F.O.S. baru je masuk dah menguap banyak kali. masa kat kedai buku elok je. aku ada allergic dengan kedai baju kot... pastu balek rumah.

final exam is over. aku rasa... entahlah... fatimah, nasiha, qausar, izyan n lain-lain... haih... diorang pandai... aku? hmphhh... Fir, kau ingat, ni bukannya sk sri kelana lagi yang kau boleh relaks jea. ni SMK Kelana Jaya lah weyh. ingat tuh...