Ini semalam punya kisah sebenarnya. Kisah ini bukan sebarang kisah. Kisah datang semasa perjalanan ke Selatan tanah air.
Ceittt... Mukadimah je yang ala klasik. Yang lain jangan harap. Semalam pagi, ketika as-syams masih malu-malu mengenalkan dirinya kerana awan menyelimuti langit, hamba dan keluarga hamba memulakan perjalanan ke negri di selatan tanah air-Johor atau nama lamanya Tanah Ujong [adakah betol yang hamba perkatakan ini?]. Semasa dalam perjalanan, hamba tertangkap kelibat sang suria yang masih malu melaksanakan tugasnya, memancharkan chahaya menerangi alam Tuhan yang Maha Esa ini. Setoppp!!!!
Penat den pikir nak bikin ayat macham kat atas. Den buat bukan sodappp dibacho. sambung, masa tu hujan agak lebat tapi tak lebat sangat, memang sejuk lah masa tu. Dia sekejap hujan, sekejap tak. Masa tak hujan tu, tengok gunung, [mak kata Gunung Ledang] gunung tu diselaputi kabus yang agak tebal kat puncak gunung tu la. Cantekkk je. Subhanallah... Sambung lagi hujan... Masa hujan, kan airnya dah boleh jadi macam kabus masa bawak kereta, kiranya hujan lintanglah. Mak pulak macam susah nak bawak kalau masa macam ni, jadi mak bawak kereta tengok line putus-putus ngan kereta. Sahaja.
Dan-dan [bukan Lin Dan] dah hujan, bukak air-cond, mestilah sejuk... Mata yang sudah berat bertambah lagi dengan sejuknya, pun melabuhkan kelopaknya. Serius! Tak perasan pun bila tidur. Dah bangun tidur baru nak capai selimut ke-chenta-an-ku. Dah capai, tak mahu pulak tidur. Haih...
Bila dah sampai R&R Pagoh, keluar kereta terus serbu destinasi untuk mengqada' hajat - TANDAS aka JUMP-BUN. Masuk je kubikel tu, qada hajat. Tang tu jugaklah cleaner tandas yang berjaya mencuci tandas sehingga bersih secara bergilir-gilir [syukran!] buat satu bunyi;
Senggol-senggolan,
cubit-cubitan
aku bernyanyi
kau petik gitar....
Agak kuatlah dia nyanyi... Aku pun masa tu macam,
"Apakah?"Dah tu, keluar tandas, pergilah makan... Kononnya, tak nak lah makan sebab dah makan makaroni kat dalam kereta. Tapi tengok bihun sup yang berasap nipis mak punya, teringinlah pulak... Hohoho!!! Genggada kau fir!
Dah habis makan tuh, pergilah satu kedai yang jual beg-barang-mainan ala kraftangan. Ternampak ada satu pensebok yang menarik hati [taklah setarik macam mamak buat teh tarik]. Tengok pensebok tu dekat-dekat, belek harga...
'Hohhh... Lagi bagus pensebok 5 ringgit kat kedai Hinode Shop tuh... Lagi chun! Punyalah mahal kat sini... LapanPerpuluhanKosongSembilanRinggit.'
BOOOOMMMMM!!!!!!!
Oraittt... Keluar dari kedai tuh, pergi kedai yang ada jual komik sementara mak beli buah jambu ayaq kat kedai sebelah. Cari komik sampai terduduk-duduk, jumpalah komik JIRANKU HIJIRI!!! Pelukisnya Yagami Chitose... Dia lukis memang Kawaiiii tahap best! Bayar komik tu. Tak silap komik macam tuh dulu 6.5o je. Sekarang 7.5o. (o.O)!!!
Pastu, sambung balik perjalanan. Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya. Then, pukul berapa entah pergi Super One nak beli barang-barang. Tapi tutup sebab semalam hari keputeraan sultan Johor atau senang nak paham- birthday sultan. Pergi lah satu kedai namanya pasar borong tapi dia bukan pasar borong kalau tengok suasananya. Boleh dikatakan kedai runcit tapi jenis besar lah. Beli-beli-beli-bayar. Dah bayar beli cendol. Santan untuk cendol tu diperbuat daripada kelapa sawit. Baru tahu kelapa sawit pon boleh dibuat santan. Then, pergi rumah ucu. Lalalala... Makan nasik... Minum cendolll banyak gilak... Sampai nak termuntah...Tapi tak termuntah la... Then, balik... Lepak jap kat umah mak ngah. Bergebang santai... Then, mak nak beli pucuk paku. Dah beli dari orang tu, lepak lagi... Masa tu aku tenung sama Irfan, kasi renungan ais sama dia... Pastu, ada ke patut dia cakap,
"akak ni garang lah~"
Then sorok belakang Arin si kecik yang comelll. Tengok, Arin yang kecik tu pun [taklah kecik mana] biasa je. Hapa lah kau ni Irfan, sososososo Mr.Bean lah dey!
Kepada sesiapa yang tengah baca ni [kalau ada yang baca], Cik Nur Firzanah Muhamad ni garang ke?
Wassalam,
Firzanah Muhamad.
Firzanah Muhamad.
No comments:
Post a Comment