Sunday, November 28, 2010

Itu hak aku! Kau jangan ambil!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Bangun pagi je, dah kena naik kereta nak beli sarapan pagi. Macam biasa, nasi lemak telur puyuh tu! Yum! Yum! Kat warung yang jual nasi lemak tuh ada jual suratkhabar. Jadi, abah beli je lah kat situ. Dah dapat suratkhabar, mesti lah belek-godek-belek-godek kan? Tengah baca tuh, ada satu artikel yang menarik perhatian aku. Tengok tajuk pun dah tertarik, apatah lagi isi artikel tuh.

Berita Minggu - Dunia - 28 November 2010

WANITA TUNTUT MATAHARI

MADRID:Selepas berbilion tahun menyinari bumi, matahari akhirnya akan mempunyai pemilik, apabila seorang wanita dari wilayah Galicia berkata beliau sudah mendaftar kepada pejabat notari awam tempatan, untuk menjadikan matahari sebagai kepunyaannya.

Angeles Duran, 49, memberitahu edisi online akhbar El Mundo, dia mengambil keputusan berbuat demikian September lalu selepas membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang mendaftarkan dirinya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet dalam sistem suria.

"Perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh menuntut hak milik ke atas planet atau bintang, tetapi tiada peraturan membabitkan pemilikan individu"

"Tiada masalah berlaku, saya membuat tuntutan mengikut undang-undang. Saya bukan bodoh Saya tahu undang-undang. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, tetapi sayalah orang yang pertama," katanya. - AFP

How?

Pelik kan?

Macam mana manusia nak memiliki matahari etc. kalau dia sendiri pun milik Tuhan.

Ayat akhirnya matahari akan mempunyai pemilik tu memang dah terbabas. Memang sejak sekian lama matahari dah ada pemilik. Siapa? Siapa? ALLAH la...

Apa? Macam mana kau nak 'memiliki' matahari tu? Kau ke cipta matahari tu? Bila kau cipta?

WAH, WAH, WAH!

Oooo... Kau lukis bentuk matahari masa kau dalam rahim mak kau, pastu kau campak ke luar, jadi matahari ek? Jadi, sebelum kau lahir kat dunia, dunia ni bergelap je lah ek? Oh... Macam tu rupanya ek... Baru tau...

Apa kau ingat 'memiliki' matahari tu macam jaga kucing ke hah? Alololo cayang cayang nak makan ek? Opocot! Kau gigit aku punya jari?! Kau ingat matahari tuh boleh dibelai? Heh. Malam sikit... Kalau kau nak milik matahari tu, kau kena lah jaga dia siang malam kan? Ha, masa ni kau kena terbit, masa ni kau kena terbenam. Macam tu?

"SAYA BUKAN BODOH. SAYA TAHU UNDANG-UNDANG. SESIAPA SAHAJA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN, TETAPI SAYALAH YANG PERTAMA" - Angeles Duran

Oh yeah?

Wassalam
Firzanah Muhamad

No comments: