Wednesday, November 17, 2010

Isu serius!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini serius. [jangan ikut irama lagu wonderpets... wonderpets kami datang!]

Ini kes serius membabitkan kaum wanita dan juga remaja perempuan. Kita memang tau yang wanita Islam wajib menutup AURAT. Tapi, kat Malaysia ni, yang menutup aurat sepenuhnya ada berapa je? Cakap kat aku. Ada berapa?

"Weh... Aku dah pakai tudung tu kira tutup aurat lah weyh..."

Tapi kau tutup aurat ke tak? Ha? Okay, kita tengok diri kita dulu. Dah pakai tudung, Alhamdulillah. Baju long sleeve, tapi tengok kat kaki kita. Kaki pun aurat jugak kan? Tetapi, kenapa kita tak tutup kaki kita? Masa solat boleh kita tutup. Masa outing ke, apa ke, tak tutup pulak... HAIRAN...

Ada je orang yang pakai tudung tapi baju short sleeve.
Pakai tudung tak labuh ke dada dengan bangganya tayang double hill tang depan tu.

Tapi majoriti di kalangan kita dah tutup atas sampai bawah... tinggal kaki je yang terbuka. Adakah ini juga dikategorikan menutup aurat?

Aku tahu, aku pun ada banyak kekurangan. Tapi aku hendak memperbaiki diri aku sedikit demi sedikit.

Lagi satu, sekarang ni dah ada fesyen 'bonggol unta' kat kepala si pemakai tudung. Pi bikin sanggul tinggi-tinggi tuh pasai apa? Tahu tak itu pun berdosa? Ni ha->


Gambar ni aku ambik dari satu blog

Cuba tengok, tak ke kelakar fesyen ni?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Ni hadis sahih...

Lagi satu...


Keterangan:
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada
pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun
boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Ni gambar antara kesilapan yang sering kita lakukan...

Klik kalau tak jelas. Gambar ni diambil dari FB satu grup.


Bak kata Prof. Izzudin Hj Ali;

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Bak kata Nazrah Noor Rahmat;

BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.

TAMBAH ILMU, TAMBAH AMAL, WASSALAM.

No comments: