Saturday, January 1, 2011

Hikayat 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum!

Detik 12 malam...
Dam-dum-dam!
Menandakan...

DAH MASUK TAHUN 2011!!!

Selamat tahun baru (M) 2011!

Hurm, tak ada apa-apa nak dikatakan, cuma nak ucapkan doomo arigatou gozaimasu kepada tomodachi ku sebab sudi berkawan denganku. Eh, cheesy semacam. Memang ZERO kalau tak ada kawan kan? Eh, ULTRA ZERO lagi kalau tak ada family kan?

Jom, kita ucap syukur sebab ada family dan juga kawan.

Alhamdulillah, syukran, Ya Allah!

Harap 2011/1432 akan menjadi tahun yang lebih baik, InsyaAllah.

Orait, lompat ke cerita tahun lepas pulak.

Hikayat Pertama

Tahun lepas @ semalam, lepas subuh, tidur balik. Masa pagi mod siang, mak kejutkan, beritahu nak pergi Mydin. Masa tu dahlah ngantuk kan, aku ada ngingau sesuatu. Mak kata macam ni:

Dia bukan kawan kita... ATAU Kita tak kawan dengan dia...

Lebih kurang macam tu lah. Aku pun teringat macam ada cakap sesuatu. Huhuhu.
Huish, jangan lah perkara itu berlaku sudah. Pukul 12 lebih baru bangun. Teruk sungguh budak ini. *geleng-geleng* Masa bangun tu, abah yang kejutkan, dah bangun, abah laung lah suruh bangun, aku cakap: tengah baring-baring ni.

Biasalah, baring-baring masa mamai-mamai, terus sambung jalankan kilang najis mata. Ekceli tak ada najis mata pun. Huhuhu~

Abah pun mungkin pelik kan senyap je. Jadi, dia nak kejutkan lagi, dia tanya tau.

Ni tidur ke baring-baring?!

Dah tu, aku terkejut. Abah kat depan mata tanya soalan mengejut macam tu. [Maaf tak dapat kasi feel yang mengejutkan. Ayatku sangat lah biasa.]

Dengan itu, secara rasminya, kilang najis mata tergendala sepenuhnya pada tengahari itu.

Hikayat Kedua

Semalam jugak, masa mak balik dari Mydin tu, aku tengah layan video Daa Daa Daa. Pastu panggil-panggil aku suruh makan sebab beli nasi baryanni. Ok, aku turun. Nampak diorang tengah kenduri Nasi Baryanni, maka, aku bersemangat untuk makan. Nak dijadikan hikayat, mak cik ku, aku panggil Cik Yati, dia rasa ada sesuatu dalam mulut dia. Dia keluarkan benda itu dan menyaspek [suspek] benda itu ialah:




Cebisan KUKU!



Ayoyoyo!!! Dengan itu, aku yang baru je makan beberapa suap, terberhenti seketika. Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. KUKU dalam nasi? Oh tidak! Aku terus tolak nasi tu. Sorang-sorang tengok benda tu. Aku tengok sipi-sipi, sebijik macam kuku. BPK [FYI versi BM] kalau makan kat kedai, then jumpa benda macam rambut atau kuku, menurut Ustaz Sharhan Shafie ,
benda-benda ni, dikhuatiri bahan santau.

Santau? Apa tuh?

Nak tahu, sila tanya Google-oji-san.

Kalau jumpa rambut misalnya, korang ada 2 pilihan. Ini yang aku ingatlah.

1. Jangan makan
2. Ambik rambut tu, baca ayat suci, [tak ingat ayat apa tapi aku baca ayat kursi], dan putuskan rambut tu, jangan simpan, tapi buang.

Jelas? Faham? Belum faham lagi? Nampaknya korang pergilah google atau pergi laman sesawang yang telah diberikan, wokeyh?

Err, perlu ke nama kedai? EHHH, TAK PERLU!!! Maunya aku kena saman. Minta dijauhkan! Na'uzubillahiminzalik!!!

Hikayat ketiga

Pergi Giant nak beli barang dapur. Gerhh, sesak warasss!!! [Ganti gilaaa!!!]
Lalu tempat yang ada arak-arak tu kan, ramai kot. Yelah, New Year Eve lah kata kan... Jajan yang aku beli adalah seperti berikut:

1. Seasons Ice Lemon Green Tea
Yan, betapa aku mengaku yang teh hijau memang sedap... apabila telah dicampur gula. Kuang kuang kuang... Tak terdaya nak minum yang asli.

2. Rocky Strawberry
Faveret ok~

3. Twiggies Chocolate
Kesukaanku!!!

Itu je yang kot... [Apa motif aku beritahu jajan yang dibeli, huh?]

Dah balik, dalam kereta, ternampak kedai Sushi King. Kakak aku tanyalah dekat aku. [Pinjam stail ek]

Kau pernah makan sushi tak?
Tak. Tak suka lah. [Sebab kakak aku pernah makan tapi dia buang]
Kau kan suka Jepun, kau kenalah makan sushi. Yang ada sotong tu. Apa nama dia?
Takoyaki? Ei, tak naklah. *Sambil buat muka yang boleh kasi penggemar/pencinta sushi/takoyaki naik marah dekat aku*
[Sebab aku pernah godek takoyaki tu, keluar sotong kurita yang mini tu. Terus tak jadi nak makan]

Lebih kurang lah apa yang kitorang bual. Tapi, semenjak aku tengok DaaDaaDaa, baca belog orang Malaysia tapi duduk/studi kat Jepun dan belajar bahasa Jepun secara kecil-kecilan, aku macam nak rasa sushi tu macam mana. Huhuhu...
Yang pernah makan sushi, apakah rasanya ye? Huhuhu...

Sesiapa, tolong ajar nihongo tak? Espesheli Yan~ Ajar aku yek? Takpun kalau cakap ngan aku, kau ada guna nihongo sikit-sikit. Kalau aku tak faham, aku tanya kau. Dah dapat makna, aku salin lah. Itu dah dikira mengajar... Huahuahua...

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

2 comments:

Anonymous said...

Hahahaa...
InsyaAllah aku selit2kn nihongo ble kte ckp2 mse stat skola naty yeahh..
huahuahua..
domo, ne tomodachi
sbb kau mcm mnggalakkan aku blaja bhse jepun ;)

ғιяʓαиαн мʋнαмα∂ said...

Huhu, gud-gud!
takkanlah aku nak larang kau belajar bahasa jepun...
heehee, doitashimashte~
;D