Monday, February 28, 2011

Tutorial tukar highlight

Assalamualaikum

Sekarang ni aku banyak buat entri pasal tutoriaaalll je. Hahaha, seronok kott. (^,^)
So, kali ni, chegu fir nak ajar macam mana nak tukar highlight. Tatau highlight yang macam mana? Tengok gambar-gambar kat bawah :

Selalunya kan highlight dia kaler biru


Nak tukar jadi macam ni atau kaler selain kaler biru?

Okay. Selalunya kalau dekat belog korang, bila korang nak copy something mesti kena highlight apa benda yang korang nak kan? Tapi asyik-asyik kaler biru. Bosan? Kalau nak tukar, sila baca tuto ni sampai habis eyh!

First,

From DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML

Then,

Ctrl+F untuk cari kod dibawah

a:link {

Dah jumpa? Bagus. Then, copy kod ni



::-moz-selection {
    background :#FFFFFF;
    color: #FFCCFF ;
    }

    ::selection {
    background: #FFFFFF;
    color: #FFCCFF ;
    }

Paste dekat ATAS a:link { .

*Yang tulisan warna merah tu ialah kod warna. Kalau nak tukar, boleh pergi sini atau sini.

*Background : kaler background ayat bila korang highlight ayat tu.

*Color : kaler perkataan tu bila korang highlight.

Then, PREVIEW. Kalau dah puas hati, tekan SAVE dengan sekuntum senyuman di bibir. ;)

__________________________________________________________________________________

Finally, dapat buat jugak menu bar yang macam ni


Me just edit kat PICNIK sebab tade PHOTOSHOP. Then, upload kat Photobucket, ambik HTML code, godek-godeklah atas bantuan tuto Cik Ainaa yang comel. Bila dah siap edit dua button kat atas ni, baru sedar yang HOMEY BLOG tu sama dengan Ainaa punya iaitu HOMEY. O.O" Sorryy... Serius tak perasan.

Wassalam
Firzanah Muhamad

Sunday, February 27, 2011

Tutorial title bar maker (title blog gerak-gerak)

Assalamualaikum

Untuk entri kali ni, saya nak ajar macam mana nak buat title blog tu bergerak-gerak. Kalau tengok blog saya, kan title tu bergerak-gerak, kan? So, kerja sangat senang. Let's start!

First, pergi ke sini.

Nanti ada kotak kaler biru yang besar.


Tulis mesej yang korang nak ada kat title bar tu. Sebagai contoh


Then, pilih style yang macam mana.


Kalau nak tukar speed  pun boleh. Just kurangkan nombor kat speed of effect.

Then, tekan preview. Nanti pop-up window ni akan muncul. Nanti dia ada tunjuklah macam mana yang korang pilih.


 Dah puas hati? Kelik OK, Generate Code!

 
Nanti kod akan keluar kat kotak putih tu. Copy code tu...

Pergi DASHBOARD > DESIGN > ADD A GADGET > HTML/JAVA SCRIPT


Paste kod tu dan SAVE. Dah siap ;D

Wassalam
FirzanahMuhamad

HeyThereKamu : Mesti korang rasa buat apa fir ni nak buat tuto ni padahal aku bukan nak buat pun. Tapi, for me , buat tuto ini adalah kepuasan. Seronok apa edit belog. ;)

When the other side of NFM wants to be a chef

Assalamualaikum

Pagi tadi, kat dalam bilik. Masa tu, perut tengah nyanyi Firework & Grenade MASHUP (Explosion Medley) by Sam Tsui tau. Hahaha, nasib tak meletup. Kayh tiputipu. Masa tu mak ngan abah kat pasar so, dengan perut yang lapar lagi berjamming kat studio perut, aku pun turun bawah. At first, makan kek pisang tau. Memandangkan perut lapar gila, terus capai kuali faveret, sudip lembek pergi goreng telur. Goreng sebijik je sebab tengok masa tu telur tinggal 4 bijik je. Taktaulah kalau mak sorok telur kat tempat lain ke. Sesiapa yang murah hati, sila sumbangkan telur 10 tray ye. Trimas~

Dah habis makan telur taruk kichap tuh, still rasa lapar. Ngahaha, biasa ah, perut sebesar tangki. Mana tak kenyang. Idea mereng timbul. Aku ambik telur rebus semalam, pecahkan, taruk minyak olip kat kualee, taruk telur kat situ then hancurkan. Mereng kan? Tak cukup dengan tu, aku taruk kichap. Tengok, EEEIIII ITAAMMM... Tambah air. Kacaukacau. Bau hangit timbul sedikitdemisedikit. Tutup api, terus makan.

Soalan: apakah perasaan anda ketika menikmati telur itam kichap anget tersebut?

Ehhemmm! Perasaan daku bagaikan berada di... Chettt, rasa dia memang chaccha marbba la. Makan sikit je yang tak tercemar rasanya.


Tak cukup dengan telur goreng ngan telur itam kichap anget, aku buat ayam goreng taruk sos cili ngan tomato. Ayam goreng semalam, tapi elok lagi okeh.

Misi ketiga pun bermula. Taruk olip oil kat kualee, taruk ayam, then, taruk sos cili sesedap sendiri, kacaukacaukacau, taruk sos tomato, kacauterbalikkankacauterbalikkan, taruk air sikit, kacau sampai kering, dah siap. Sedia untuk dibaham. NGAHAHAHA!!!

Rasa dia? First-first macam pelik tau. Then, makanmakanmakan, baru perasan lagi memang sedap. Try lah kat rumah ye. Simple sangat. ^_________________#__^ eh, lap mulut tu, ada sos.

Kesimpulannya, ni lah apa yang akan terjadi bila Cik Fir jadi chef. Idea gila pun terkeluar.

Wassalam
FirzanahMuhamad

Harga blog saya ialah...

Assalamualaikum.

Tadi, saya macam biasalah kan, tengah blogwalking dekat blog ni sebab nak tengok tutorial kat situ. Then, mata ni terfokus dekat satu entri ni. Dalam entri tu, dia cerita pasal ada tempat yang boleh cek harga blog. So, tekan website tu then taruk URL blog saya... dan blog sesetengah orang. Ngehehehe~

Mine ;D

Izyan punya~



Fatimah punya  O.O

HAHAHAHA!!! Tatau lah betul ke apa en. Tapi, untuk suka-suka, cek ah kat sini. (^^,)

Wassalam
Firzanah Muhamad

Saturday, February 26, 2011

Kenduri, birthday, uptown.

Assalamualaikum.

Dah sampai rumah, rehat sekejap, then pergi rumah nenek saudara sebab ada kenduri tahlil. Bila dah siap-siap tuh, ada orang tepon rumah. Maybe dia tanya tak datang ke, then abah cakap ya ya nak datang la ni. Orang tu cakap, tahlil ni lepas Maghrib dan bukannya lepas Isya'. =.= Mak kata lepas Isya'. So, abah just makan, tak join orang lelaki yang lain bertahlil.


Sampai rumah Nek Idah, bersalam-salaman. Duduk kejap kat ruang tamu. Woahhh, ada ekon. Tapi tak terasa sangatlah. Tapi beshhh! Then, makan! Makan nasi lauk masak lemak ikan masin bernanas [just ambik nanas], ayam-ayam goreng, sayur kobis + kacang panjang. Jap eh iklan ni

MAKANLAH KACANG PANJANG UNTUK TINGGIKAN DIRI. TAKPUN, MAKANLAH KUKU KERANA IA MEMPUNYAI PROTEIN.

Terima kasih ;) Air pulak air mangga kot. Makanmakanmakanmakan. Then, act sambut birthday Farisha/Farishya/Farisya. Serius comel gila budak tu. Dulu pernah jumpa, comelll gila! Biasalah bebudak kan, eksaited nampak kek 2 bijik berdiri gah kat atas meja. Satu kek cheese kot tapi ada ceri so I LIKE!


Lagi satu, kek yang menjadi kesukaan saya masa kekecik dedolu. Kek ada krim putih ada choc rice, ada patung kecik karakter kartun sebagai contoh, Hello Kitty, then, payung secepek kat situ, hiasan lain seperti pokok kelapa dan tidak dilupakan, bendera Malaysia versi mini yang diperbuat daripada kertas, yang digam pada lidi kecik. Fuhhh, semangat patriotik sungguh.


Maka, Farisya terpegun tengok lilin yang membara. Bila dia dah tiup habis lilin tu (opkos lah sebab dia birthday girl) tibatiba ada seorang budak kecik ni, melalak terus. Sebab apa? Sebab tak dapat nak tiup lilin tu. So, lilin dinyalakan and dia dapat tiup juga akhirnya.


Then, pergi Uptown@KelanaJaya. :D




Bila sampai destinasi itu dan round-round tempat tu, aku mengaku aku tak berminat okayh. Betullah Nat cakap. Muka terus jadi macam ni  >:(



Then, balik dengan muka kebosanan.

Wassalam,
Firzanah Muhamad


D R A M A D R A M A D R A M A

Assalamualaikum

Hari ni, kat sekolah memang gila-gila je aku rasa.
Ok, start!

Kat rumah mak cakap van dah sampai pastu nak pakai kasut nampak Danial sedang bercanda bersama Natrah dan Nasiha OKAY ITU TIPU actually Nat ngan Nas tengah selongkar dompet Pa' Che' Danial. [Hahaha kau baru ada noktah kat situ] Macam-macam ada dalam tu. Ada MyKad yang gambarnya jauh beza dengan keadaan sekarang. Ada voucher Pizza Hut yang dah nak capai expiry date [2 keping tu!] Ada kad Maybank, aku rasa kad debit kot. Ada duit syiling 1 Ringgit tapi kaler silver. Yang pernah nampak kaler emas camtu lah. Ada heart-shaped origami yang diperbuat daripada... wang kertas RM1. Macam mana dia buat, Wallahua'alam.

Sampai sekolah, pergi library. Then, Izyan muncul. Kitorang pergi surau, settlekan apa yang patut. Before solat, baru teringat karangan surat kiriman tidak rasmi tak siap lagi plus plus ringkasan. Memang terbaekk lah aku tahun ni. Masa tadika dedulu, balik dari tadika, terus buat kerja rumah + makan dekat dekat TV kot. Awwwww~ Rindu masa ni. Dah solat, bell rang, masuk kelas. Belajar Agama. Sambung pasal puasa. Then, cakaplah pasal kalau masa berenang then kentut then masuk air. Then, maths. Chegu terangkan sesetengah soalan yang kitorang tak paham. Rehat, macam biasa, KAYAkan koperasi. Ada air oren je. Itupun last stock. Seciput je ada. Aku dapat tade straw. Huhuhu.

Pergi melawat PSS buat kali kedua. Masa ni, Nas, Nat ngan Yan masuk lambat tau sebab nak isi perut. Pastu, Nas tulis nama kat buku daftar masuk library tu dengan nama Nasik Susu. Then, Nat gatal tangan tambah SEDAP! Jadilah NASIK SUSU SEDAP! Pastu, bergaduh kat dalam library tu. Alah, gaduh-gaduh manja je. Takde lah sampai nak BELASAH, kan Yan, Nat, Fatimah? <---- If korang baca blogg ni.
Aku pulak, siapkan karangan tuh.

OnDaWay ke kelas, revise balik nasyid sekolah agama ngan Nas. Hahha XD Sampai je kelas, diorang kata "Siapa yang tak dapat majalah pergi jumpa Dr Salina" Apa lagi, makmal sains terus dituju. Sampai je kat situ WOAHHH ramai orang. Bila chegu kata yang tahun lepas kelas Amanah dapat dulu, I was like, yeay! TA! Bila dah dapat, woahhhh cover yang cantek! Masuk kelas, BM punya masa. At first, muka chegu ketat je.
So, terus hantar karangan. Harini buat drama. So, sangat lawak masa ni. XD

Abah - Nizam (kesakitan tapi still ketawa)
Mama - Qausar (the best actress in this drama sebab nada suara dia memang terbaekk ah!)
Dr Afif - Raizzam (doktor kayu, nada suara maintain je walaupun tukar gear suara )
Dr Leong - Imran (try cakap slang chinese tapi cakap slang indian)
Nabilah - Fatin (memang sesuai sebab suara dia macam budak kecik)
Zarina - Fatimah (tatau nak komen apa sebab dialog dia sikit)
Fiqri - Ziqri (ni pun dialog sikit. nama pun dah nak dekat)
Fatin Atiqah - Nasiha (dialog pun sikit)
Saufi - Amrezaa (masih kesikitan dialognya)

Derr, dah macam pengkritiklah pulak. Serius cakap, drama Hemodialisis ni rojak gila. Just leave me alone lah, ok daddy, big daddy lah, good boy lah. Macam, GILA ROJAK OUH!!! Tapi lawak XD

Then, geo. Blajablajablaja, pergi solat! Larilarilari sampai surau. Ramai budak 2A keluar. Ngahaha, Asalkan chegu kasi. Then, masuk kelas, blaja english. tulis nota english - Heir Conditioning. Masa tu budak kelas sebelah kot, atau budak kelas atas buat bunyik macam WOOOOAAAHHHHH~~~~~~
Banyak kali. Tergelak kitorang. Qausar pun cakap macam roaller coaster dah. Bila diorang buat lagi. HAHHAHA XD Serius macam roaller coaster. Pn Ooi ada cakap something kot tapi aku tak dengar, then budak 2A pun jawab NOOOOOOOOOO~~~~~~~~~ disambungkan dengan perkataan AAAAAAAA~~~~~

Then, budak kelas tu smash WOOOOOAAAAAHHHHH~~~~~

2A tangkis dengan WOOOOOOAAAAAAA~~~~~~

Dapat lagi! WOOOOOAAAAAAHHHHH~~~~

2A dengan tangkasnya menyemash WOOOOOOOOAAAAHHHHHHHHH~~~~~~~~

Bulu tangkis terjatuh di kawasan pihak lawan. Makanya, menang! Kelas tu senyap. XDXDXD

Then, balik.

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Wednesday, February 23, 2011

Tutorial link rainbow ;D

Assalamualaikum.

Dalam entri kali ni, saya nak ajar macam mana nak buat link kat blog jadi rainbow kaler-karli. Kalau tak tau macam mana rupa dia, cuba halakan arrow dekat link-link yang ada kat dalam blog ni. JANGAN TEKAN! Tengok, dia macam rainbow kan? Sebagai contoh, gambar kat bawah ni.


Tuto yang ni saya belajar kat belog Kak Ynn. (nama manjewww dieww tawww)

First,

Dari DASHBOARD terbang ke DESIGN, mendarat di tempat yang dinamakan PAGE ELEMENTS. Pergi ke laluan ADD A GADGET, masuk ke lorong HTML/JAVA SCRIPT. Simpankan kod di bawah dekat tempat yang tersedia.

<script src="http://fwzynn.googlepages.com/rainbow.user.js" type="text/javascript">

/***********************************************

* Script edited by Ynn Ainul at http://fwzynn.blogspot.com/

* Please keep this notice intact

***********************************************/
</script>

 Then, SAVE.


Sangatlah mudah, senang lagi efektif. Ecececeyh. XD

Kepada NatrahMohdAnuar, hang kena buat benda ni eyh, sebab hang yang suruh buat entri, ajar macam mana nak lip-lap kan link.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh.

FirzanahMuhamad

Silakan tekan button kaler biru cap tangan kat bawah ni yewww.XD

Sunday, February 20, 2011

Hari Aerobikton :D

Assalamualaikum.

Semalam punya hari ada Hari Aerobikton SMKKJ. Sangatlah seronok. Boleh dikategorikan sebagai Family Day SMKKJ. ;D

Jadi, macam biasa, siap-siap, then, mak hantar, dalam kereta makan hot dog plain tanpa sos untuk dicicah so mood makan hotdog hilang begitu saja. Sampai sekolah, tengok sana-sini, awatt game punya tempat langsung takde benda? Masa tu dah jumpa dah Wee Vee ngan Hidayah. Beberapa minit kemudian, jumpa yang lain, so bergerak ke gerai makanan. Buat apa yang patut, then masa untuk mendengar ucapan dan AEROBIK!

Masa aerobik tu, kitorang yang berkaitan buat ala kadar je. Sebab, senaman tu, sangat lincah plus errr... MENGGELIKAN. Bagi aku okeyh. Pada mulanya, senam macam lalalallala, bila habis terus tepuk tangan padahal sengsara, matahari memancar. Diorang bahagia lah, belakangkan matahari. Siapa sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari bak kata pepatah Melayu. Dia cakap "ini baru warm up saja ya". Aku pun macam, INIKAH WARM UP??!! Kayh, sambung MENARI <---- The best word to describe the aerobic. Then, bila dia tegur "yang belakang tu tak buat ya?" then macam, oh tidak, itu bukan aku okey. Hahaha, denying the truth. Sampai ada satu lagu etnik kreatif je yang aku seronok sebab... dia pusing sana pusing sini. Macam ZAMAN DAHULU. Dah masuk lagu lain, terus ajak yang lain pergi masuk gerai. MENGELAT.

Jaga gerai. Then, Nasiha singgah gerai sekejap, tanyalah macam mana game 2A? Dia cakap ramai gila kat situ. And me, Alhamdulillah. So, jual beli jual beli jual beli. Kupon aku majoriti habis kat gerai 2A je. Bila NatrahFatimah then Izyan datang, diorang main tangkap 8 ikan dalam masa 30 saat kat game 5B, aku jadi photographer je. Betapa kesiannya aku di situ. :'(  Diorang main banyak kali. Sebelah game tangkap ikan , ada game Splash My Face, agak best kot aku tengok. Splash splash splash sampai kena kat kitorang yang sibuk ngan ikan ni. Nasib ikan tak nazak. ^___^

Ekceli ada kes tau ; Sindiket Penipuan Kupon. What the? Kupon pun kau nak tipu? Nasib baik ada orang sedar tau. Kalau tak... Haish... Kitorang kerugian dan BPK [FYI] gerai 2A rugi lebih kurang SEBELAS RINGGIT MALAYSIA. Suspek dikatakan telah ditangkap atas bantuan klu Inche Danial yang mengatakan suspek memakai baju hijau tudung hitam beg merah dan dikejar oleh Cik Nasiha dan Cik Natrah, dan mungkin kes ini telah dibicara di bawah Enakmen Kesalahan Penipuan Kupon, Seksyen SMKKJ, kanun.... eh eh eh, terlebih pulak aku ni. Sungguh korang annoying kan?

Then, pergi gerai game, diorang kata tutup gerai, so terus aku cabut mini banner yang aku buat sendiri sampai pukul 12 lebih. Hahaha XD Hasilnya, simple yet ugly. =.= Ada tin untuk game tu, kitorang pijak ramai-ramai. Sangat seronok okeyh! Then, terus pergi gerai makanan, tolong apa yang patut.

Akhirul kalam, gambar family besar 2Amanah

Like a single mother with some of her 35 children. It's quite a big number. O.O Some of them are studying in other countries and didn't come back on the family day. What a pity. :(
(Gambar diambil dari FB Qausar. TQ)

Hahahaha, berbajetan berbahasa inggeris sekejap. Grammar tunggang langgang weyh. Need to learn english better. Teeheeee.

Wassalam,
Firzanah Muhamad

HeyThereKamu : Siang tadi belajar sejarah, agama plus perdagangan (bisnes) versi luar silibus. Abah yang ajar. (^o^)b

Saturday, February 19, 2011

Tutorial Simple

Assalamualaikum.

Entri ni just nak ajar sikit kat manusia-manusia yang buat kupon palsu masa kitorang berbisnes ni weyh. Ceh, tipu sajja. Ni nak ajar macam mana nak tukar dari ni

kepada yang ni



Kalau yang dah memang macam yang gambar kedua tu, tak payah tukar la. Apa yang best pasal versi kedua tu?  Versi yang kedua tu, dia ada banyak fungsi tau. Boleh  highlight, main strike-strike, underline

Udah le tu bebel-bebel je dari tadi. Ngajarnye idak. =.="

Ok-ok. 

First.

Pergi dashboard


Tekan SETTINGS.

Pastu dah sampai satu tempat tu. Ada banyak pilihan, sama ada ni atau tu. Jangan pilih mana-mana, stay je kat BASIC. Scroll bawah, then jumpa ni


Kalau yang kat OLD EDITOR tu, tukar jadi UPDATED EDITOR, okayh.

Then, SAVE SETTINGS.

Kalau nak tengok perubahannya, pergi buat entri baru, say ARIGATOU NUR FIRZANAH MUHAMAD YANG BAIK GILA GABAN TAHAP BISKUT GEBENG SEBAB BUAT ENTRI NI. 

ngehngehngeh...
Wassalam,
FirzanahMuhamad

HeyThereKamu : Sedapp ouh makan biskut gebeng cicah teh. YUMMAY!

Tuesday, February 15, 2011

Memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum.

12 Rabiul Awal 1432 bersamaan 15 Februari 2011 merupakan hari keputeraan rasul yang terakhir, siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad SAW.

Saya memang kagum dengan pengorbanan baginda untuk umatnya. Saya ni, sikit je mengeluh. Sikit je, mengomel. Beg sekolah berat macam batu je mulalah ALAAAAAHHHHAAAAAIIIIIII KENAPA LAH BEG NI BERAT MACAM BATU?

Pagi tadi kat sekolah ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Penceramah dia kewll gilewwwww <------- IDonchLoikeDisLanguajeYooKnoay. Namanya Ustaz Kamil also known as Ustaz KAY. Ceramah dia memang tak bosanlah. Time feeling sedeyh-sedeyh jugaklah secara refleksnya hati ni tergeli-geli. Ketaaaawaaaaa je.

Belajar pasal hidayah semasa majlis ilmu.

  • Hidayah hadir
  • Hidayah mendengar
  • Hidayah kefahaman
  • Hidayah amal
Ekceli banyak lagi yang dicerita, tapi terlalu banyak untuk ku cerita. Memang tak kering gusilah tadi sebab sentiasa dibasahi SALIVA di dalam mulut. Sila geli sekarang.

Konklusinya, saya bangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam, menjadi umat Nabi Muhammad SAW, di dalam keluarga Islam dan menetap di negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Wasssalam,
Firzanah Muhamad

Saturday, February 12, 2011

KJ's Book of Record : 8 Hours Non-stop SHuFFLe-ing

Assalamualaikum.

Sehari selepas 11022011, bersamaan hari ni, ada SHuFFLe kat sekolah. Maksudnya Shaping Human For Future Leaders Leadership Camp kot kalau tak silap lah.

Memang best gilax gilax gilax gilaaaaaaaxxxx..... Para alumni MPP UiTM yang buat program ni.


Saya dapat grup nombor 6 - merah. Then, untuk buat headband, kain tu kaler merah. Baju pun kaler merah, memang sesuai lah. Kitorang punya cheers song ada 2, satu WV yang buat tapi ekceli dia punya melodi sama ngan Tepuk Terima Kasih. Lagi satu, Tepuk NATAN. [Bukan Natrah okeyh] What is Natan? Hahaha, rahsia kerajaan.

Mula-mula macam biasa, pendaftaran, then masuk dewan, then taklimat program, then para fasilitator kenalkan diri. Pastu eksesais, buat tai chi yang sangat comel,

Saya ada bola,
Dibelah dua,
Satu untuk awak,
Satu untuk awak,
Saya tak ada.


Then, main angin amende tah,

Angin tolak angin,
Angin tolak apa?
Angin tolak orang yang kepala hitam.


So, orang yang kepala dia ada kaler hitam, kena exchange tempat. (^.^)V

Then, buat benda lagi tapi tak ingat. Hohoho...

Then, berbaris, cakap 123456. Dapat grup enam. Sesi ta'aruf. Kena cakap nama, kelas, jawatan and benda faveret kat ruang tamu ngan dapur. At first nak cakap suka langsir tau, tapi ada orang dah ambik so apakah pilihan saya?

Jawapannya:

PINTU.

Harharhar.

Fasilitator kitorang: Abang Syawal dan Kak Lynn. Kalau tengok muka Abang Syawal, muka dia macam.......

Al-sumber al-gambar : al-fesbuk

...... campuran muka Syed Aiman dengan Khairul Fahmi.

Muka Kak Lynn pulak, macam muka Yasmin yang form 1 tu. Ada iras lah.

Then, pilih ketua. Ketua kumpulan kitorang, Arif budak form 5. Then, sarap-sarapan. Makan nasi lemak plus air teh. Then, masa untuk EXPLORACE. Yeehoo!!!

Checkpoint 6 : Depan makmal komp.

Kena hafal perkataan, setiap orang dapat 3 perkataan. Tapi tengok balik, ada terlebih. So,tambah lagi 2. Saya dapat: TIBET, HAITI, ETHIOPIA, JEPUN, KOMUNIS. Ada seorang tu Chinese, dapat SYAWAL, Zulqaedah, Zulhijjah. Abang Syawal yang tengah guna Galaxy Tab dia tu pun tersengih-sengih dengar. Dapat je perkataan, semua stress menghafal. Tapi kitorang kena denda. Sebab tak sempat nak habiskan dalam masa yang diberikan. Denda yang kitorang decide, ketuk ketampi 5 kali.

Checkpoint 1 : Kantin

Kena susun aturcara untuk majlis rasmi. Ada yang salah.

Checkpoint 2: Bawah pokok, depan surau.

Kena selesaikan masalah Danish yang banyak problem dalam satu masa.

Checkpoint 3: Tapak perhimpunan.

Kena berkomunikasi dan lukis apa yang diorang cakap. Ala-ala telefon buruk. Yang saya faham, ORANG PAKAI BAJU PAKAI SELUAR TENGAH MELOMPAT. Tapi sebenarnya KATAK PAKAI BAJU PAKAI SELUAR PEGANG SEBALDI AIR PEGANG OBOR.

Checkpoint 4: Dataran dekat Kebun KH

Kena ambik syiling kat balang unknown. Lelaki, ambik cacing. Mula-mula, bincang nak pilih mana satu. Then, ketua kita tak tau lagi apa yang ada kat dalam balang yang kena balut ngan kain hitam tu, so apa kata kita just try. Jadi, balang unknown dipilih. Tapi kitorang kena cuba 2 balang. So, lelaki - balang cacing dan perempuan - balang unknown. Yang lelaki relaks je pegang cacing tu. Orang sebelum saya dia try, dia geli sebab ada lendir-lendir. Then, tiba masa saya.
At first, dengan muka geli-gelemannya, masukkan tangan dalam balang. Terpegang BENDA tu. Kuku pulak bijak, terkuis benda tuh. Mulalah TERSENGIH-SENGIH sebab dah tau apa dalam balang tuh. Carilah syiling dengan muka happy. Keluarkan tangan, serius berMINYAK. Hahahaha!!! Benda tu ialah......


MI KUNING!

Benda tu langsung tak bergerak. Plus, kitorang punya grup je yang try sekali balang unknown tu kalau tak silaplah. Haha, bangga sekejap.

Checkpoint 5: Dewan

Misi WONDERPETS. Kitorang diberi watak bisu, kusung, lumpuh, buta, patah tangan patah kaki. Then, kena jalan dari hujung dewan sampai ke pentas, pastu ke belakang dewan balik. Serius, lawak gilax masa ni. Masing-masing kena bantu yang kurang. Fyi, Haziq dia ambik watak lumpuh kaki tak silap, dia kena dukung ngan Izzi. Saya ambik watak kudung sebelah tangan, tolong Hafizah yang kudung sebelah kaki.

Then, kumpul kat dewan. Main game KL-KOZAN. Agak kelam kabut masa tu. Then, makan time. Makan nasi ayam ngan air sirap. Masuk dewan balik. Main Kampung Mafia. Walaweyh, best gilax game tuh. Grup 1 combine grup 2. 3 ngan 4. 5 ngan 6. Ada tiga kampung, A, B, C.

Semua tutup mata.
Kalau fasi tepuk 2 kali kat bahu someone, dia jadi MAFIA.
Kalau 1 kali, jadi PENYELAMAT.
Tade pape, ORANG KAMPUNG.
First, mafia buka mata, tunjuk kat someone yang nak dibunuh dan tidur balik.
Pastu, penyelamat buka mata, tunjuk kat someone yang nak diselamatkan dan tidur balik.

Pada suatu pagi yang hening...



Yang dibunuh, jadi zombi kampung banana. Kalau yang mati tu yang diselamatkan, dia tak mati. Then, orang kampung kena bermesyuarat, cari 3 suspek mafia. Undi, jadi zombi. Kalau yang diundi tu orang kampung, sedih lah jadinya. Kalau mafia yang diundi, YEEEEHAWWWW!!! Tepuk tangan semua!

Then, rumusan. Penyampaian hadiah, grup kitorang menang cabaran mi kuning tuh.
Semua grup menang ekceli, so adil.

Tangkap gambar for kenangan. Then balik. T_T

Lagu grup NaTan :

We are, we are, NaTan, hooo!!!
NaTan, hooo!!!
We are, we are, NaTan, hooo!!!
NaTan, hooo!!!
Tepuk terima kasih:

*tepuk2kali
Terima kasih
*tepuk
Thank you
*tepuk
xie xie
*tepuk
nandri
*tepuk
Syukran
*tepuk
Arigatou, hait!

Ekceli masa nak beratur untuk rumusan, ada seorang ni, aku ngan fiza suru di ke depan, tapi dia ngengada tamau. So, suara jantan lembut dilontarkan. N dia ke depan jugak. Even Arif pun cakap kat kitorang masa nak ke kantin in group, yang dia ni annoying. Yeah, same with me!
Wassalam,
Firzanah Muhamad

HeyThereKamu: Kenapa SHuFFLe ni 8 jam sahajaaaa??!!!!

Sunday, February 6, 2011

Oh, Mulianya Hati Budak Kecil.

Assalamualaikum.

Ni just nak post pasal Syahmi dan Ibunya [kakak saya@oten]

AMARAN!!!
Dialog Syahmi sila baca dengan nada seorang budak berumur 6 tahun. /hihi

Scene 1 : Oten tengah sembur semut.


*Sedang berjuang demi keamanan rumah daripada serangan semut-semut cilik*
Ibu, kenapa ibu sembur semut tu?
Kenapa?
Kesianlah semut tu. Dia kan ada ibu bapak.

Saya yang dengar -----> :')

Scene 2 : Kat laman rumah



Syahmi nampak bunga yang tumbuh di atas tanah tetapi dijemur di bawah terik mentari.

*Kesiannya*
*Ambil seKAKI payung, dia payungkan bunga-bunga comel itu.*

Saya yang mendengar -------> :''D

Konklusinya; oh, mulianya hati si kecil.




















Eh, belum habis lagi ek entri ni?


Eh, belummmm!!!


Scene 3 : Anak cicak.

*Nampak anak cicak, pastu dia pijak*
Kenapa pijak cicak tu? Kesian dia, dia ada mak bapak.
*Berhenti pijak*
Sorry...

Saya pun macam -----> X'D

Okeyhlah, budak kecik, memanglah macam tu. Kita ni pun macam tu jugak, kan? Kalau setuju, sila imbau balik kenangan masa kekecik dedolu. ^^

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Thursday, February 3, 2011

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk



kkkkkkkkkkkkkkkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiddddddddddddddddddddddddddddddddddddhhhhhhhhhhhhhhhhh



ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt



khaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhaaaaaaa

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj /blur
jjjjjjjjjjjjjsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss






wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwtttttttttttttttttttttttttttttlllllllllllllllllllllllll aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaooq

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj /blush /XD


kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk /bye