12 Rabiul Awal 1432 bersamaan 15 Februari 2011 merupakan hari keputeraan rasul yang terakhir, siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad SAW.
Saya memang kagum dengan pengorbanan baginda untuk umatnya. Saya ni, sikit je mengeluh. Sikit je, mengomel. Beg sekolah berat macam batu je mulalah ALAAAAAHHHHAAAAAIIIIIII KENAPA LAH BEG NI BERAT MACAM BATU?
Pagi tadi kat sekolah ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Penceramah dia kewll gilewwwww <------- IDonchLoikeDisLanguajeYooKnoay. Namanya Ustaz Kamil also known as Ustaz KAY. Ceramah dia memang tak bosanlah. Time feeling sedeyh-sedeyh jugaklah secara refleksnya hati ni tergeli-geli. Ketaaaawaaaaa je.
Belajar pasal hidayah semasa majlis ilmu.
- Hidayah hadir
- Hidayah mendengar
- Hidayah kefahaman
- Hidayah amal
Konklusinya, saya bangga kerana dilahirkan sebagai seorang Islam, menjadi umat Nabi Muhammad SAW, di dalam keluarga Islam dan menetap di negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
Wasssalam,
Firzanah Muhamad
Firzanah Muhamad
No comments:
Post a Comment