Sehari selepas 11022011, bersamaan hari ni, ada SHuFFLe kat sekolah. Maksudnya Shaping Human For Future Leaders Leadership Camp kot kalau tak silap lah.
Memang best gilax gilax gilax gilaaaaaaaxxxx..... Para alumni MPP UiTM yang buat program ni.
Saya dapat grup nombor 6 - merah. Then, untuk buat headband, kain tu kaler merah. Baju pun kaler merah, memang sesuai lah. Kitorang punya cheers song ada 2, satu WV yang buat tapi ekceli dia punya melodi sama ngan Tepuk Terima Kasih. Lagi satu, Tepuk NATAN. [Bukan Natrah okeyh] What is Natan? Hahaha, rahsia kerajaan.
Mula-mula macam biasa, pendaftaran, then masuk dewan, then taklimat program, then para fasilitator kenalkan diri. Pastu eksesais, buat tai chi yang sangat comel,
Saya ada bola,
Dibelah dua,
Satu untuk awak,
Satu untuk awak,
Saya tak ada.
Then, main angin amende tah,
Angin tolak angin,
Angin tolak apa?
Angin tolak orang yang kepala hitam.
So, orang yang kepala dia ada kaler hitam, kena exchange tempat. (^.^)V
Then, buat benda lagi tapi tak ingat. Hohoho...
Then, berbaris, cakap 123456. Dapat grup enam. Sesi ta'aruf. Kena cakap nama, kelas, jawatan and benda faveret kat ruang tamu ngan dapur. At first nak cakap suka langsir tau, tapi ada orang dah ambik so apakah pilihan saya?
Jawapannya:
PINTU.
Harharhar.
Fasilitator kitorang: Abang Syawal dan Kak Lynn. Kalau tengok muka Abang Syawal, muka dia macam.......
...... campuran muka Syed Aiman dengan Khairul Fahmi.
Muka Kak Lynn pulak, macam muka Yasmin yang form 1 tu. Ada iras lah.
Then, pilih ketua. Ketua kumpulan kitorang, Arif budak form 5. Then, sarap-sarapan. Makan nasi lemak plus air teh. Then, masa untuk EXPLORACE. Yeehoo!!!
Checkpoint 6 : Depan makmal komp.
Kena hafal perkataan, setiap orang dapat 3 perkataan. Tapi tengok balik, ada terlebih. So,tambah lagi 2. Saya dapat: TIBET, HAITI, ETHIOPIA, JEPUN, KOMUNIS. Ada seorang tu Chinese, dapat SYAWAL, Zulqaedah, Zulhijjah. Abang Syawal yang tengah guna Galaxy Tab dia tu pun tersengih-sengih dengar. Dapat je perkataan, semua stress menghafal. Tapi kitorang kena denda. Sebab tak sempat nak habiskan dalam masa yang diberikan. Denda yang kitorang decide, ketuk ketampi 5 kali.
Checkpoint 1 : Kantin
Kena susun aturcara untuk majlis rasmi. Ada yang salah.
Checkpoint 2: Bawah pokok, depan surau.
Kena selesaikan masalah Danish yang banyak problem dalam satu masa.
Checkpoint 3: Tapak perhimpunan.
Kena berkomunikasi dan lukis apa yang diorang cakap. Ala-ala telefon buruk. Yang saya faham, ORANG PAKAI BAJU PAKAI SELUAR TENGAH MELOMPAT. Tapi sebenarnya KATAK PAKAI BAJU PAKAI SELUAR PEGANG SEBALDI AIR PEGANG OBOR.
Checkpoint 4: Dataran dekat Kebun KH
Kena ambik syiling kat balang unknown. Lelaki, ambik cacing. Mula-mula, bincang nak pilih mana satu. Then, ketua kita tak tau lagi apa yang ada kat dalam balang yang kena balut ngan kain hitam tu, so apa kata kita just try. Jadi, balang unknown dipilih. Tapi kitorang kena cuba 2 balang. So, lelaki - balang cacing dan perempuan - balang unknown. Yang lelaki relaks je pegang cacing tu. Orang sebelum saya dia try, dia geli sebab ada lendir-lendir. Then, tiba masa saya.
At first, dengan muka geli-gelemannya, masukkan tangan dalam balang. Terpegang BENDA tu. Kuku pulak bijak, terkuis benda tuh. Mulalah TERSENGIH-SENGIH sebab dah tau apa dalam balang tuh. Carilah syiling dengan muka happy. Keluarkan tangan, serius berMINYAK. Hahahaha!!! Benda tu ialah......
MI KUNING!
Benda tu langsung tak bergerak. Plus, kitorang punya grup je yang try sekali balang unknown tu kalau tak silaplah. Haha, bangga sekejap.
Checkpoint 5: Dewan
Misi WONDERPETS. Kitorang diberi watak bisu, kusung, lumpuh, buta, patah tangan patah kaki. Then, kena jalan dari hujung dewan sampai ke pentas, pastu ke belakang dewan balik. Serius, lawak gilax masa ni. Masing-masing kena bantu yang kurang. Fyi, Haziq dia ambik watak lumpuh kaki tak silap, dia kena dukung ngan Izzi. Saya ambik watak kudung sebelah tangan, tolong Hafizah yang kudung sebelah kaki.
Then, kumpul kat dewan. Main game KL-KOZAN. Agak kelam kabut masa tu. Then, makan time. Makan nasi ayam ngan air sirap. Masuk dewan balik. Main Kampung Mafia. Walaweyh, best gilax game tuh. Grup 1 combine grup 2. 3 ngan 4. 5 ngan 6. Ada tiga kampung, A, B, C.
Semua tutup mata.
Kalau fasi tepuk 2 kali kat bahu someone, dia jadi MAFIA.
Kalau 1 kali, jadi PENYELAMAT.
Tade pape, ORANG KAMPUNG.
First, mafia buka mata, tunjuk kat someone yang nak dibunuh dan tidur balik.
Pastu, penyelamat buka mata, tunjuk kat someone yang nak diselamatkan dan tidur balik.
Pada suatu pagi yang hening...

Yang dibunuh, jadi zombi kampung banana. Kalau yang mati tu yang diselamatkan, dia tak mati. Then, orang kampung kena bermesyuarat, cari 3 suspek mafia. Undi, jadi zombi. Kalau yang diundi tu orang kampung, sedih lah jadinya. Kalau mafia yang diundi, YEEEEHAWWWW!!! Tepuk tangan semua!
Then, rumusan. Penyampaian hadiah, grup kitorang menang cabaran mi kuning tuh.
Semua grup menang ekceli, so adil.
Tangkap gambar for kenangan. Then balik. T_T
Lagu grup NaTan :
Tepuk terima kasih:
We are, we are, NaTan, hooo!!!
NaTan, hooo!!!
We are, we are, NaTan, hooo!!!
NaTan, hooo!!!
*tepuk2kali
Terima kasih
*tepuk
Thank you
*tepuk
xie xie
*tepuk
nandri
*tepuk
Syukran
*tepuk
Arigatou, hait!
Ekceli masa nak beratur untuk rumusan, ada seorang ni, aku ngan fiza suru di ke depan, tapi dia ngengada tamau. So, suara jantan lembut dilontarkan. N dia ke depan jugak. Even Arif pun cakap kat kitorang masa nak ke kantin in group, yang dia ni annoying. Yeah, same with me!
Wassalam,
Firzanah Muhamad
HeyThereKamu: Kenapa SHuFFLe ni 8 jam sahajaaaa??!!!!
No comments:
Post a Comment