Thursday, December 30, 2010

Jeda.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum!Tadaima, my blog!

Eh, sebelum tu:

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Kepada skuad Harimau Malaya yang telah menjulang Piala AFF Suzuki.
Syabas! Syabas! Syabas!
^___^
Serius, masa tengok perlawanan semalam, [sebab sekarang dah hari Khamis] rasa macam,

Go go, Malaysia! Jangan hiraukan mereka! Lantaklah laser semua! Biar kita jadi juara!

Setiap saat bagiku adalah sangat mendebarkan. Doki-doki terus-terusan.
Sepanjang perlawanan tuh, dok doa je : Ya Allah, menangkanlah Malaysia.

Dan akhirnya, ALHAMDULILLAH menang!

Kalau dah ditakdirkan Malaysia menang, Malaysia tetap menang. Buat apa pun, tetap menang.
Isu laser bagai tu, Malaysia tak kecoh pun. Gerh.

Okee lah. Malas ulas panjang-panjang. Baca je suratkhabar.

Pagi semalam, dalam pukul 0905 pergi rumah Fatin, sebab kitorang nak pergi NY [Nurul Yaqin bukan New York]. Fatin dah siap, pergi rumah Sarah. Then, sampai NY. T
hen, cari Ustazah Hasliza nak ambil kunci. Then, naik lebrari. Then, on komp. Then, tengok DAA! DAA! DAA!
Then... [berapa banyak THEN yang nak diletak?]

Dahtu, chat ngan Fatin ngan Sarah. Berbalas komeng ngan Sarah ngan Fatin. Perghh, serius tensen masa tuh. Komp jem lah pulak... Dah la bukak ni notifikasi, bukak tab tu lagi satu notifikasi. Huh, sabar je lah. Tapi yang bestnya, kat NY internet nya lajuuu.......

Layan video laju je. Naufal pulak masuk lebrari, pilih komp depanku. Bising nak main game. Banyak gila window yang dia bukak. Then, aku bukakanlah website Miniclip.com yang banyak game tu. Sebelum tu aku main game yang budak baik ngan budak jahat, game yan
g dah lama tak main. Pastu, Naufal menyebukkan diri, join aku main game. Tapi tengok je. Dah tu, disuruhnya bukak kat komp dia. Ok lah. Dah bukak, lambatlah pulak pengloadingannya. Tunggu macam tak ada harapan je, terus tutup tab.

Gahh, malas nak taip memanjang. Hapa entah. Seorang blogger tak elok macam ni.

Huhuhu.
Sekarang ni, tengah Google-ing gambar SaiKan, ternampak DetCon, terus hilang mood.

SaiKan: Buri buri bu bu buahahahaha!!!

Oh ya!



Muka ketiga-tiga ni nak dekat sama. Yang aku suka, Kanata ngan Syaoran. Dylan kureng sikitlah bagi aku. Tak suka sangat. Muka nak dekat sama, suara pun lebih kurang je. Yang Kanata ngan Syaoran. Aneh sungguh.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Monday, December 20, 2010

Skrip Drama Kecik Darjah Enam XD

Bismillahirrahmanirrahim...

Godek-godek lappy otaq, jumpa skrip ni. Heee~ Layan~

******************************************

SKRIP

(DIALOG)

UNTUK

B. MALAYSIA

AHLI KUMPULAN

IZYAN

FIRZANAH

AIMAL

NURUL SYAZWANI

SARAH -SF-

SARAH –SSZ-

**********

Aimal: Assalamualaikum, Firzanah!

Firzanah: Waalaikumussalam, masuklah.

Aimal: Bila kita nak mula belajar?

Firzanah: Sekaranglah. Mari kita ke bilik saya.

Izyan: Ala... Bosanlah.(sambil menguap) Tak ade minuman ke? Saya dah dahaga ni.

Nurul: Izyan ni tak tahu malu ke?

SarahF: Betul3x . Bukan awak dah minum ke Izyan?

Izyan: Tapi saya masih dahaga.

Firzanah: Saya pergi sediakan minuman untuk kamu semua ya.

SSZ: Firzanah, jangan ikut kata Izyan tu. Dia tu mengada-ngada.

Firzanah: Tak apa. Kasihan kamu semua. Dahaga .

Izyan: Yay! Terima kasih Firzanah.

Firzanah: Maaflah, air .......... je.

Nurul: Cepatlah, Izyan. Kita nak belajar, bukannya minum setiap masa.

Izyan: Yelah,yelah.

30 minit kemudian....

SarahF: Eh, mana Izyan?

Nurul: Yelah. Mana dia ya?

Aimal: Hai... kemana lah pulak Izyan ni pergi?

SSZ: Mmmm… hah! Itu dia.

SarahF: Izyan, awak pergi mana tadi? Eh, apa yang awak buat tu?

Izyan: Tadi saya pergi ke tandas. Saya malaslah nak belajar. Jadi, saya bacalah komik yang saya bawa dari rumah. Lagipun, UPSR kan lambat lagi.

Nurul: Apa yang awak merepek ni? UPSR lagi 2 bulan tahu!

Izyan: Hah?! Lagi 2 bulan? Ingatkan 3 bulan lagi.Hehehe.

Aimal: Itulah Izyan. Asyik lalai dengan komik saja. UPSR pun tak ingat. Nasib baik awak dah sedar.

Firzanah: Dahlah tu. Bazir air liur kamu semua je.

SSZ: Betul tu. Marilah kita sambung belajar semula.

5 orang: baiklah.

*****************


Serius guna bahasa baku 99%. Maklumlah, kerja untuk Bahasa Melayu darjah 6K.
Hukhukhuk~
Sebenarnya terlupa taip nama Izyan, tapi memandangkan dia watak utama kat dalam ni, aku taruk kat atas sekali.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Sunday, December 19, 2010

Saionji Hiranuma is Learning Super Basic Nippon Go!

*Basic tapi tetap banyak salah*

Bismillahirrahmanirrahim...


Cuti sekolah tahun 2010 ni, aku tak pergi mana-mana pun... Balik kampung BP dalam 8 hari, tapi seronok sebab ada internet keneksyen kat situ. Weehee! Selang seminggu, sambung perjalanan ke utara tanah air; Perak darul Ridzuan. Sebenarnya dah tau kat situ tak ada coverage untuk internet, tapi genggada sangat, bawak jugak. Bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar, tapi kalau tak dikejar takkan sampai jugak kat gunung tu. [ada kaitan tak?] Bukan apa, mana tahu lah kan, tetiba dengan kuasa Allah, terus ada internet punya kaverej kat situ. Alhamdulillah!


Tapi, jangan disangka setiap rumah akan bagi duit raya. Masa nak guna lappy tu, cari cajer, tak ada. Bateri pulak, memang dah OUT. Jadi, selama 3 hari 2 malam di situ, [eleh, sekejap je] tak bertemankan lappy. Hurmm... Nasib kamu lah lappy oi, dapat cuti tiba-tiba. Happy lah kamu ye? Takpe, masa ni kau rehat. Tenangkan fikiran, nanti dah sampai rumah, siya kerjakan kamu ye.

Memang, tiap hari tak berenggang dengan lappy. Kerjanya, manga online, yutiub. Manga online, yutiub, novel online. Haha. [Sinis] Dasar pemalas nak belajar. Cuba contohi para tomodachi kau, yang belajar, kau, dok mengadap aku je. Tengok, kau ada kemungkinan besar boleh isi borang kemasukan geng spec tau!

Serius, aku nak belajar, ulangkaji, tapi, malas, sangat. Bak kata mak, ada makhluk yang tanduk dua kat tepi tu. Haa, serius lagi sekali, aku seram dengar ayat tu.

A'UZUBILLAHIMINASY-SYAITANIRRAJIM!!!

Hurm, aku, masa baca manga Dengeki Daisy, dah suka KUROSAKI TASUKU. Tapi, sekarang ni, sejak baca manga dan tengok anime Daa! Daa! Daa! , aku dah jatuh tangga suka ngan Saionji Kanata.



Saionji Kanata @ Muhammad Kanata yang kawaii XD

Boleh pulak? Tapi, dalam cerita tu, memang ramai geeler yang minat dia! Harharhar!!! Hanakomachi Kristine, lupakan hasratmu untuk bersama dengan Kanata sebab Akuro Hiranuma, eh silap, Kouzuki Miyu yang jadi wife dia. Serius baca manga + tengok anime Daa! Daa! Daa! ni banyak tergelak sengsorang. Hee...

Sekarang ni tengah belajar Nippon go yang sangat basic, dan bukannya seperti Ayan-sensei dan Sarah yang belajar secara serius. Funabashi Ayano, hebatlah dah dapat gelaran -sensei kat belakang tu. Aku? Jadi gakusei je lah... XD Ayan-sensei pun gakusei jugak.

Tadi, asyik nyanyi lagu Ichi Ni San!
Macam ni:

Ichi ni san shi go roku shichi hachi kyuu juu...
juu-ichi juu-ni juu-san juu-shi juu-go juu-roku juu-shichi juu-kyuu...
Ni-juu!

dan sambungannya...

Dok nyanyi je. Tapi yang kasi konfius, 4 ngan 7. Kyahahahahaaa~

Domo arigatou,
Wassalam,
Saionji Hiranuma @ Firzanah Muhamad.

Thursday, December 16, 2010

Daa Daa Daa 76 part 3 = TToTT

Nama

Bismillahirrahmanirrahim...

Lorh, aku ingatkan nama aku ada satu je kat dunia ni. Tapi tanggapan aku salah. Sebab apa?

Klik sini untuk sebab nya.

Masa tengah godek google, type lah nama sendiri. Pastu keluar lah website tu. Pergi kat situ, tengok je, ada orang yang nama sama. Huuuiihh... Sadis sungguh, alahaii...

Wassalam,
Budak yang kuciwa

Organisasi kelas

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah macam mana boleh terfikir satu benda ni. Dia pasal rajah dalam kelas. macam kat bawah ni hah :


*Kalau nak gelak, silakan sebab rajah ni memang buruk.*
*Rajah kat atas ni contoh SAHAJA*

Macam yang korang nampak, kat atas tu ada Agong kan? Tapi set kan menjadi Sultan. Kira ni macam negeri lah.

Kat bawah ni ada senarai nya:

Sultan : Guru Tingkatan

Menteri Besar: Ketua Tingkatan

Timb. Men. Bes. : Pen. Ket. Ting. [Taktau lah jawatan timb men bes tu ada ke tak. Rasanya tak ada. Kalau tak ada, kita adakan je lah ye~]

Setiausaha Kerajaan : Setiausaha

Pegawai Kewangan : Bendahari

Pegawai Jabatan Landskap : AJK Keceriaan Kelas [Peg Jab Lands ni sebenarnya untuk Pihak Berkuasa Tempatan macam MBPJ. Tapi, ada kan jugak lah jawatan ni.]

Exco Kerajaan Negeri : Pelajar selebihnya.

Ermmm, kalau korang fikir, benda ni macam idea yang datangnya dari budak tadika kan? Huhu~
Dasar minda kanak-kanak Roselle yang umur 4-5-6 tahun. [Teringat susu Dutch Lady]

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Thursday, December 9, 2010

Kau dan aku, ubi kayu dan sos tomato

*sememangnya tajuk post ni takde kena mengena ngan isi post ni~

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sekali,

Salam Maal Hijrah bagi tahun 1432H/2010M dan juga bulan Muharram sekali lagi merupakan detik permulaan, bagi kita ---> manusia untuk berhijrah dari sifat yang sedia kini kepada yang lebih baik. Setiap orang mesti nak menuju ke arah yang lebih baik kan? Ada tak orang mintak - eyh, aku harap aku ni jadi cam ____sifat mazmumah___

Takde kan? Jadi, pasang azam yang berguna, berfaedah jangan pasang azam macam aku nak kahwin!!! Hoi, baru akil baligh ada hati nak nikah?! Hailahh... Then, harap masalah sosial remaja kat negara ni makin berkurangan... Ameen~

Okayh, catatan perjalan kat utara tanah air.

04122010

0825 bergerak. Kat highway, nampak kereta hias-hias tulis 'Just Married'. Tapi kat dalam kereta tu nampak ada seorang lelaki je. Mungkin malas nak buang kot atau nak publisiti. Hee.. Pastu, nampak satu papan tanda iklan, ada iklan BERAS REBUS. Nak tengok gamba beras tu tau, tapi alangkah malangnya, ada treler panjaaaaaang halang. Sabar je lah.
Kat Tanjong Karang, ada satu kedai perabot pulak, namanya agak pelik sikit. PUSAT PERABOT LAMA TAK JUMPA. Hooo... Pelik sungguh.. Mungkin bila nak masuk kena cakap, LONG TIME NO SEE MAA! WA DAH LAMA TALAK JUMPAA SAMA LUU!
Ekspres pergi malam. Masa tu tengok Majalah3, dia pasal Indah Water. Pastu, aku terlepas cakap kat mak;

"Betol lah air yang kita minum selama ni sebenarnya air taik!" [Maaf, penggunaan bahasa yang tak sopan]

Opah dengan lantangnya membantah

"Tak ada lah!! Mana ada air *taik!!! [maaf] Kat perak ni air bukit!"

Huish, bikin terkejut je opah ni. Yelah, cakap biasa-biasa je, tiba-tiba ada yang bantah ngan suara yang kuat... Adushh!!

Malam tu jugak ada india tu selang beberapa rumah, deme gendang-gendang tau... Bisingnya, memang tak tahan.Masa tuh, mulut dok terkumat-kamit baca ayat-ayat kononnya nak halau syaiton. Hee... Dah tu diselangi dengan anjing menyalak macam opera arf arf arf arf aaa!!!! Bisingnya! Dey, kalau kamu mau bela itu anjing banyak macham, handle itu anjing elok-elok aa... Kalau kamu ta bole handle itu macham, ta payah la kamu bela itu anjengg.. Hoiyoo...
bayangkan, gendang yang kuat amaat + anjing menyalak bak opera swasta = fikirkan sendiri.

05122010

Mandi pagi-pagi, air tempayan, punca air-->bukit = sejuk gggiggiiilll ggiigiiilll
Masak + makan nasi baryanni... Then, around pukul 3++, makan cakoi @ kuih kembar anak Cino cicah kaya resepi mokcek anne tepi tingkap [hentam saja nama diaa] Ada jugak terhidang keropok ikan, malas nak ambik pinggan baru taruk sos, makan je lah keropok ikan cicah kaya.
Kalau sesiapa yang tak pernah buat macam ni, try lah. Sedaaapppp!!! LABAMBA CHICAGO MILANO~ ceitt, tiru Master Chef Sabri pulak. Heee...

06122010

Sarapan pagi nasi baryanni~ (^.^) Sebelum tuh, masa tidur ada mimpi yanggg pelik. Macam mana entah boleh ada mimpi macam tuh... Pelek... Orait.. D.T.L.T. Keluar ambil angin udara segar nyaman. Pastu join abah lepak kat tangga depan. Tapi abah dok ceramah pasal EKONOMI. Heee.. Best jugak dengar. Ada perkataan baru yang tak pernah didengar sebelum ni. Ceritanya, dulu nelayan boleh simpan duit 2K, buat rumah, [Nilai dulu ngan sekarang tak sama] sekarang 80,000/- pun tak cukup nak buat rumah. Nak beli rumah ngan 80K tu apatah lagi. Sekarang sebijik rumah teres pun harga lebih 100K. Pastu pasal penyusutan nilai kereta.. Belajar struktur rumah tradisional - gelegar [tak ingat ejaan], rasuk, pasak.

Pastu beredar pergi pintu yang selalu keluar masuk. Pintu kat tangga JARANG digunakan. Masa abah berdiri, ada kucing [Anje] dok gesel-gesel badan dia kat kaki abah. Hui, lama jugak tuh, sampai seluar abah melekat bulu kucing dan seluar tu tak boleh dibawa solat sebab ada bulu kucing. Then, bergebang bagai. Masa lay-park kat atas sambil dengar lagu MZ, tetiba Chia, kezen ku layan karokz jiwang lah pulakkk. Adeiihhh... Lagu jiwang kalau tengok video dia mesti hampir sama tau. Elok lah tu.. Gabungan yang bagus. Aku = nasyeed Chia = geewang
Tension jek.

kat pasar malam. First, jalan-jalan nampak satu gerai jual laksa, bila tengok penjualnya ada iras-iras Nafiz. Orait lagik. Jalan lagi nampak seorang tuh, ada iras Haziq. Hoh, banyak kelon deme ni. Dah jalan tu, nampak lagi sorang muka macam Ziqmal Akri.
Siapakah itu? Hee... Orang tu mukanya campuran Ziqri + Akmal. Sampai kat satu gerai buah, mak nak beli nenas, dah beli, nak beli persimmon, [kalau tak tau klik atau tanya pakcik Google]
So, anak penjual buah tu, [cino] macam biasa mestilah promote kan. Sebiji tu 80 sen. Masa tu mak ambik 4 je, tapi budak tuh cakap

"Ambik lagi satu la jadi 2 ringgit"

Aku pun dok pikir, sebiji = 80 sen
5 Biji = 5 x 80 sen
= 4 ringgit

Nasiblah bapaknye selamatkan keadaan. Kalau tak, maunya deme tu rugi 2 linggit!

Lepas tu, pergi kedai nak belikan roti yang abah panggil hawaii-5-o --> cerita masa dedolu [high5 ]ngan kaya. Dah beli, ada pulak 2 mamat yang dengan bangganya ber-half-naked-tunggang-motor-sangkut-baju-kat-bahu-sengeh-bajet-bagoslah-sangat-macam-tuh.
Kalau kau eksiden ke, terseret ke, skkrrreeeoooottt!! Adoi! Aku yang bayangkan pon ngeri je... Maunya calar-balar luka-lakan darah-daran. huii...

Petang tuh, baru perasan Kundang [kucing] makin manja. Aku makan ayam goreng, tapi ada darah yang cair macam air sikit keluar tau. Buat pengetahuan korang [kalau dah tau, takpe] kalau kita makan ayam yang macam tuh, ada darah cair macam air keluar dari persembunyiannya, kita dah tak boleh makan ayam tu. Tapi, janganlah nampak seketul darah seekor tak makan. Bukan tau. Kalau darah yang kaler-kaler je tu, tak pe. Sebab, mak kata macam ni. Masa dia ada belajar kat masjid tu, ada ceramah. Jadi, ustaz tu cerita la. Then, baca doa awal n akhir tahun. Lepas tu makan kebab daging. Macam biasa, kalau makan kebab mesti makan roti dulu, baru isi dia. Bila nak makan isi dia, tengok tengok, bukan daging lembu yang real tu, tapi sintetik punya. Eh, bukan, ni daging punya burger daging untuk buat burger punya daging. Ada ke patut dia taruk burger daging punya burger. Tak patut betol. Lebih baik dengar cakap mak yang suruh beli kebab ayam spesel. Lagi sedap.

Then, tengok cerita Nur Kasih Di Jabal Rahmah. Baru perasan yang Fahrin Ahmad ni kacak [sila batuk sekarang] TAPI! Masa dia pakai jubah je... Baru terserlah... Heee...

07122010

Balik ke KJ, sampai rumah terus dikejutkan dengan haiwan peliharaan otaq iaitu...

KARAN dan KIRAN!!!

Sang Udang Karang!!!

Pelik sebab tak ramai yang bela udang karang kecuali untuk ternak n jual n makan. Heee... Seekor 4 ringgit. Then, pergi rumah oten.

Da End of Da Journey


Wassalam,
Firaz Muhamad

Monday, November 29, 2010

Dengeki Daisy; Love Story ♥

Sunday, November 28, 2010

Itu hak aku! Kau jangan ambil!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Bangun pagi je, dah kena naik kereta nak beli sarapan pagi. Macam biasa, nasi lemak telur puyuh tu! Yum! Yum! Kat warung yang jual nasi lemak tuh ada jual suratkhabar. Jadi, abah beli je lah kat situ. Dah dapat suratkhabar, mesti lah belek-godek-belek-godek kan? Tengah baca tuh, ada satu artikel yang menarik perhatian aku. Tengok tajuk pun dah tertarik, apatah lagi isi artikel tuh.

Berita Minggu - Dunia - 28 November 2010

WANITA TUNTUT MATAHARI

MADRID:Selepas berbilion tahun menyinari bumi, matahari akhirnya akan mempunyai pemilik, apabila seorang wanita dari wilayah Galicia berkata beliau sudah mendaftar kepada pejabat notari awam tempatan, untuk menjadikan matahari sebagai kepunyaannya.

Angeles Duran, 49, memberitahu edisi online akhbar El Mundo, dia mengambil keputusan berbuat demikian September lalu selepas membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang mendaftarkan dirinya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet dalam sistem suria.

"Perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh menuntut hak milik ke atas planet atau bintang, tetapi tiada peraturan membabitkan pemilikan individu"

"Tiada masalah berlaku, saya membuat tuntutan mengikut undang-undang. Saya bukan bodoh Saya tahu undang-undang. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, tetapi sayalah orang yang pertama," katanya. - AFP

How?

Pelik kan?

Macam mana manusia nak memiliki matahari etc. kalau dia sendiri pun milik Tuhan.

Ayat akhirnya matahari akan mempunyai pemilik tu memang dah terbabas. Memang sejak sekian lama matahari dah ada pemilik. Siapa? Siapa? ALLAH la...

Apa? Macam mana kau nak 'memiliki' matahari tu? Kau ke cipta matahari tu? Bila kau cipta?

WAH, WAH, WAH!

Oooo... Kau lukis bentuk matahari masa kau dalam rahim mak kau, pastu kau campak ke luar, jadi matahari ek? Jadi, sebelum kau lahir kat dunia, dunia ni bergelap je lah ek? Oh... Macam tu rupanya ek... Baru tau...

Apa kau ingat 'memiliki' matahari tu macam jaga kucing ke hah? Alololo cayang cayang nak makan ek? Opocot! Kau gigit aku punya jari?! Kau ingat matahari tuh boleh dibelai? Heh. Malam sikit... Kalau kau nak milik matahari tu, kau kena lah jaga dia siang malam kan? Ha, masa ni kau kena terbit, masa ni kau kena terbenam. Macam tu?

"SAYA BUKAN BODOH. SAYA TAHU UNDANG-UNDANG. SESIAPA SAHAJA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN, TETAPI SAYALAH YANG PERTAMA" - Angeles Duran

Oh yeah?

Wassalam
Firzanah Muhamad

Friday, November 26, 2010

Kanak-kanak Ribena di Sekelilingku

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenarnya tengah baca komik Dengeki Daisy ngan Seishun Survival [Youth Survival]. TAPI, ada budak-budak yang tetiba je datang sini sebab nenek diorang ada kat sini... =,=" Agaklah, nak surfing kat internet pun macham... Haih...

HAHAHAHA!

Sengggaaallll jek... Sebenarnya diaorang kat tepi aku sekarang ni... Muahahaha!!! The leader of the group is Irfan Ammar [tak tau betol ke tak ejaannya] ngan Miza Aqilah [ini pun short form... panjang gila kottt... :3]

Then, the leader asyik bising je tanya aku macham-macham... Hoiyoooo... Suruh aku bukak citer Cik Han... [bukan Hans Isaac tu]

Memang nak baca online comic pun agak terganggu... [sori weh, akak tau korang tengah baca!]
Ni tengah update blog kan? Mr. Bean kata ni something macham chat lah kott... Hohhooohhhooo!!!!

Horhorhor!!! [semangat nak ketawa!]

ada satu scene dalam Dengeki Daisy tu memang lawak super gila Gaban Ottomen Doraemon Cincan lalala~ Ketawa bagai nak rak kot... Haih... Bijak betol Inche Motomi Kyousuke ni buat chiter.

Okayh. Nak sambung baca komik.

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Thursday, November 25, 2010

Suka~ Betul-betul suka~

Bismillahirrahmanirrahim...

KUROSAKI TASUKU!!!

Fuh! Fuh! Fuh!

Tengah cuti sekolah, mestilah bosan. [Maybe sesetengah orang rasa cuti ialah seronok tahap Gaban+Ultraman+Doraemon!]
Jadi, hari tu ada lah godek-godek Mr Google pasal komik Motomi Kyousuke [encik pelukis yang melukis dengan cantik+teliti :3] jumpalah komik DENGEKI DAISY!!!

FUHHHHHHH!!!!

Then, baca kat onemanga tapi tak boleh... Search lagi DENGEKI DAISY, dapat n baca kat manga.animea.net.
Baca-baca-baca dan baca, terus jatuh-tangga-chenta ngan komik tuh! Wawawawawa!!!! Best gilak!!!!!!! Lagi-lagi the school janitor, KUROSAKI TASUKU!!!! Tak tahan!!! Gila caring-caring-caring ngan Teru [tak ingat nama dia] Dia sebenarnya Daisy, tapi Teru tak tahu sebab Teru tak pernah jumpa 'Daisy' secara muka ke muka [face2face]. Diorang berhubub=ng pun dengan sms je... Padahal Daisy ada di samping dia... Huawawawa!!! Rasanya komik tuh paling best dan manis [sweet] yang pernah dibaca.

KUROSAKI-SAN!!!!! Suka-suka-suka!!!!


Heylow! XD

Wassalam,
Firzanah Muhamad. :)

Tuesday, November 23, 2010

لغة العربية vs Nippon-go

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasanya nak belajar bahasa arab lah... Sebab bahasa arab pun macam best je... Tapi orang kata susah. Kalau tengok balik memang macam susah... Tapi BJ pun macam best... Tapi Ayan-sensei kata susah... Tapi bahasa arab lebih bagus sebab dia bahasa al-Quran... Nanti kalau masuk U nak pilih bahasa apa? Bahasa Arab mesti bebudak yang nak pergi Mesir... BJ mesti ramai bebudak engineering... Hailoh...

Lughatul Arabiyyah vs Nippon-go

Yang mana satu menang?

Wassalam,
Firzanah Muhamad

Perjalanan ke selatan tanah air.

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini semalam punya kisah sebenarnya. Kisah ini bukan sebarang kisah. Kisah datang semasa perjalanan ke Selatan tanah air.

Ceittt... Mukadimah je yang ala klasik. Yang lain jangan harap. Semalam pagi, ketika as-syams masih malu-malu mengenalkan dirinya kerana awan menyelimuti langit, hamba dan keluarga hamba memulakan perjalanan ke negri di selatan tanah air-Johor atau nama lamanya Tanah Ujong [adakah betol yang hamba perkatakan ini?]. Semasa dalam perjalanan, hamba tertangkap kelibat sang suria yang masih malu melaksanakan tugasnya, memancharkan chahaya menerangi alam Tuhan yang Maha Esa ini. Setoppp!!!!

Penat den pikir nak bikin ayat macham kat atas. Den buat bukan sodappp dibacho. sambung, masa tu hujan agak lebat tapi tak lebat sangat, memang sejuk lah masa tu. Dia sekejap hujan, sekejap tak. Masa tak hujan tu, tengok gunung, [mak kata Gunung Ledang] gunung tu diselaputi kabus yang agak tebal kat puncak gunung tu la. Cantekkk je. Subhanallah... Sambung lagi hujan... Masa hujan, kan airnya dah boleh jadi macam kabus masa bawak kereta, kiranya hujan lintanglah. Mak pulak macam susah nak bawak kalau masa macam ni, jadi mak bawak kereta tengok line putus-putus ngan kereta. Sahaja.

Dan-dan [bukan Lin Dan] dah hujan, bukak air-cond, mestilah sejuk... Mata yang sudah berat bertambah lagi dengan sejuknya, pun melabuhkan kelopaknya. Serius! Tak perasan pun bila tidur. Dah bangun tidur baru nak capai selimut ke-chenta-an-ku. Dah capai, tak mahu pulak tidur. Haih...

Bila dah sampai R&R Pagoh, keluar kereta terus serbu destinasi untuk mengqada' hajat - TANDAS aka JUMP-BUN. Masuk je kubikel tu, qada hajat. Tang tu jugaklah cleaner tandas yang berjaya mencuci tandas sehingga bersih secara bergilir-gilir [syukran!] buat satu bunyi;

Senggol-senggolan,
cubit-cubitan
aku bernyanyi
kau petik gitar....

Agak kuatlah dia nyanyi... Aku pun masa tu macam,

"Apakah?"

Dah tu, keluar tandas, pergilah makan... Kononnya, tak nak lah makan sebab dah makan makaroni kat dalam kereta. Tapi tengok bihun sup yang berasap nipis mak punya, teringinlah pulak... Hohoho!!! Genggada kau fir!

Dah habis makan tuh, pergilah satu kedai yang jual beg-barang-mainan ala kraftangan. Ternampak ada satu pensebok yang menarik hati [taklah setarik macam mamak buat teh tarik]. Tengok pensebok tu dekat-dekat, belek harga...


'Hohhh... Lagi bagus pensebok 5 ringgit kat kedai Hinode Shop tuh... Lagi chun! Punyalah mahal kat sini... LapanPerpuluhanKosongSembilanRinggit.'

BOOOOMMMMM!!!!!!!

Oraittt... Keluar dari kedai tuh, pergi kedai yang ada jual komik sementara mak beli buah jambu ayaq kat kedai sebelah. Cari komik sampai terduduk-duduk, jumpalah komik JIRANKU HIJIRI!!! Pelukisnya Yagami Chitose... Dia lukis memang Kawaiiii tahap best! Bayar komik tu. Tak silap komik macam tuh dulu 6.5o je. Sekarang 7.5o. (o.O)!!!

Pastu, sambung balik perjalanan. Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya. Then, pukul berapa entah pergi Super One nak beli barang-barang. Tapi tutup sebab semalam hari keputeraan sultan Johor atau senang nak paham- birthday sultan. Pergi lah satu kedai namanya pasar borong tapi dia bukan pasar borong kalau tengok suasananya. Boleh dikatakan kedai runcit tapi jenis besar lah. Beli-beli-beli-bayar. Dah bayar beli cendol. Santan untuk cendol tu diperbuat daripada kelapa sawit. Baru tahu kelapa sawit pon boleh dibuat santan. Then, pergi rumah ucu. Lalalala... Makan nasik... Minum cendolll banyak gilak... Sampai nak termuntah...Tapi tak termuntah la... Then, balik... Lepak jap kat umah mak ngah. Bergebang santai... Then, mak nak beli pucuk paku. Dah beli dari orang tu, lepak lagi... Masa tu aku tenung sama Irfan, kasi renungan ais sama dia... Pastu, ada ke patut dia cakap,

"akak ni garang lah~"

Then sorok belakang Arin si kecik yang comelll. Tengok, Arin yang kecik tu pun [taklah kecik mana] biasa je. Hapa lah kau ni Irfan, sososososo Mr.Bean lah dey!

Kepada sesiapa yang tengah baca ni [kalau ada yang baca], Cik Nur Firzanah Muhamad ni garang ke?

Wassalam,
Firzanah Muhamad.

Sunday, November 21, 2010

Be who you wanna be, B-A-R-B-I-E!

Bisillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa tiba-tiba je nak main game si ikon budak perempuan yang pinky-dinky-doo, Cik Barbara Millicent Roberts a.k.a Barbie. Alang-alang d
ah bukak internet pergi lah website dia untuk main game. Dah lama kot tak main game dia yang agak best [masa dulu]. Kalau masa enam-tujuh tahun asyik main paint ataupun game barbie ni. Dulu kalau ada patung barbie ni wajib jadi macam,

"yay, kita ada barbie doll, awak tak de... takpe kita ada lagi, main sesama ek?"

Tapi kalau sekarang, barbie doll yang dulu dibelai manja
ditukar baju dimandi-mandi di apa-lagi-entah dah tersorok kat bawah tangga dah.

Dulu masa zaman rambut nak bergaya tochang-air terjon kalau beli sticker kat pasar malam mesti beli barbie. Tak pun kartun yang popular masa tu.

Perempuan mestilah pasangannya lelaki. Jadi, kalau Barbie, mestilah dengan Ken Sean Carson [Ken]. Tang patung barbie versi lelaki tu ada tapi tak tau namanya apa. Tapi yang ing
at beli kat Giant tak silap. Siap dengan budak kecik [anak].

Hohoho... macham hensem je ken ni...



Smart je diorang ni... ;p

Ni lagi satu berita tergemparrr!!!

Cik Barbara Millicent Roberts dah convert!!!

"Ana sudah masuk Islam la~"

Hahaha!!! XD

Wassalam.
Firaz Muhamad

Saturday, November 20, 2010

Nak dengar burung bercakap takkk???

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi mak masak rendang ayam kerutuk ke kerutub namanya... tak ingat... dengan sup daging korban. cakap pasal daging korban, kalau nak suap daging ke dalam mulut, mesti teringat leher lembu yang membuak-buak darahnya keluar. kesimpulannya, macam tak lalu nak makan, tapi dah lapar, makan sajaa..

Lepas tu kata pukul 9.30 nak pergi keluar membeli dan membelah duit kat Kompleks PKNS, tapi bergerak lebih 9.30. Itu memang biasalah... Ingatkan pergi PKNS punya kompleks tapi pergi SACC mall. Orait je lah sebab ada MPH kesayangan. Masuk dalam tuh, nampak COKE AND SUNDAE melambak kat situ... Punyalah susah nak cari novel yang best tu kat tempat lain. Hiraukan pastu jumpa komik Aviasi Fantasi #2 dengan Dear Yayah the Comic #2. Pastu [banyaknya kau bubuh pastu!] nampak otaq main mainan cambest je. Kalau dia bebel suruh twist, kenalah twist dan yang seangkatan dengannya.

Sa-buah buku nota corak sakura pink-tanah kelabu dicapai. Bagi aku nampak comel cute-mute [hah kau bisu terus] bak kata orang yang duduk kat negara as-syams terbit - KAWAIII!!!
Pastu pergi Watsons, masuk kereta keluar dari sarang bawah tanah pergi ke PKNS nak pergi NAGOYA, Jepun. Masuk NAGOYA tak payah beli tiket tunjuk pasport langsung sebab ni nagoya jual beli kain bukan kat jepun nu. Beli kain untuk buat baju sekolah sebab baju siap-siap kat pasaran tu tak muat memandangkan badan yang gemok, gemok! bak kata gagak di atas pohon.

Dah turun tuh, otaq suruh beli buah yang segar mungkin. dah sampai situ, tak jadi pulak... beli pulak McFlurry milo yang enak milik McDonald rangkaian restoran segera milik yahudi, yeop oiii!!! hari ni pun dah meyumbangkan bantuan kepada mike... tapi aiskrim tu memang sedap.

Dah tu pergi Jusco. [Japan United Stores Company] nak beli samting. Dah keluar dari kereta tu adalah burung gagak kat atas pokok. Biasa lah kan, gagak buat bunyik bising... Time bunyik-bunyik tu, telinga aku tertangkap lah butir bicara sang gagak tuh...

"Gemok! Gemok!"

WOI! Aku taulah aku ni gemok kau kurus tapi tak payahlah nak ejek aku!!!

Sekian, Wassalam.
Firaz Muhamad.


Thursday, November 18, 2010

Onigiri satu lagi round!

Bismillahirrahmanirrahim... Ni gambar onigiri lagi selepas entry pasal onigiri lagi satu.


lagi satu....


Lagi onigiri...


Ni lagi satu makanan jepon yang pernah dibuat...


Orait, sesiapa yang tengah baca blog ni diharapkan baca entry pasal aurat ni ok?

Wassalam,
Firaz Muhamad





Wednesday, November 17, 2010

Isu serius!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini serius. [jangan ikut irama lagu wonderpets... wonderpets kami datang!]

Ini kes serius membabitkan kaum wanita dan juga remaja perempuan. Kita memang tau yang wanita Islam wajib menutup AURAT. Tapi, kat Malaysia ni, yang menutup aurat sepenuhnya ada berapa je? Cakap kat aku. Ada berapa?

"Weh... Aku dah pakai tudung tu kira tutup aurat lah weyh..."

Tapi kau tutup aurat ke tak? Ha? Okay, kita tengok diri kita dulu. Dah pakai tudung, Alhamdulillah. Baju long sleeve, tapi tengok kat kaki kita. Kaki pun aurat jugak kan? Tetapi, kenapa kita tak tutup kaki kita? Masa solat boleh kita tutup. Masa outing ke, apa ke, tak tutup pulak... HAIRAN...

Ada je orang yang pakai tudung tapi baju short sleeve.
Pakai tudung tak labuh ke dada dengan bangganya tayang double hill tang depan tu.

Tapi majoriti di kalangan kita dah tutup atas sampai bawah... tinggal kaki je yang terbuka. Adakah ini juga dikategorikan menutup aurat?

Aku tahu, aku pun ada banyak kekurangan. Tapi aku hendak memperbaiki diri aku sedikit demi sedikit.

Lagi satu, sekarang ni dah ada fesyen 'bonggol unta' kat kepala si pemakai tudung. Pi bikin sanggul tinggi-tinggi tuh pasai apa? Tahu tak itu pun berdosa? Ni ha->


Gambar ni aku ambik dari satu blog

Cuba tengok, tak ke kelakar fesyen ni?

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

Ni hadis sahih...

Lagi satu...


Keterangan:
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada
pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun
boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Ni gambar antara kesilapan yang sering kita lakukan...

Klik kalau tak jelas. Gambar ni diambil dari FB satu grup.


Bak kata Prof. Izzudin Hj Ali;

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Bak kata Nazrah Noor Rahmat;

BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.

TAMBAH ILMU, TAMBAH AMAL, WASSALAM.

Tuesday, November 16, 2010

Omusubi versi Melayu punya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ngappp...

Memandangkan esok Hari Raya Qurban, harini mak masak macam macam... Antaranya ketupat pulut. kan guna pulut, dah isi k
at dalam kelongsong ketupat; kalau taktau apa tu kelongsong ketupat, tanye inche google. dah isi tuh ada lebih. apa lagi... kukus untuk dibuat omusubi.
"weh, amendenya omusubi tu?

Omusubi ialah... Onigiri daaa~ Jadi, aku dengan penuh 'keeksaitedan' bentukkan onigiri tuh dengan pembentuk dia. kat Daiso Japan melambak... Masa buat tu, pulut dia melekat-lekat. Aku buat stail melayu lah. Taruk pulut kat basement dia. taruk seketul rendang daging kat tengah. Timbus balik dengan pulut. Jadilahhh~



Beberapa ketul nigiri-o-sushi yang enak+mengenyangkan.
Serius... Baru makan berapa ketul dah kenyang.

Burppp... Alhamdulillah... (^_^) V


Monday, November 1, 2010

Ke sana, ke sini....

Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai blog, [sebab aku tahu takde orang baca blog aku ni] semalam, ikut Otaq pegi jenjalan. aku pun orait lah. mula-mula pegi jualan gudang. ada jual barang-baju-beg-kasut yang ada kaitan ngan sukan. masa masuk tempat tuh, siapa yang begnya nampak besar n muat untuk masukkan @ curi barang kena masuk dalam beg plastik. pastu ikat. aku pun masa tu memang dah takde mood nak tengok segala bagai yang ada dalam tuh. then, pusing tengok barang. otaq macam berkenan jek ngan barang kat situ, especially kasut. aku tak masuk sangatlah bab kasut sukan perempuan ni, sebab kaki aku ni jenis lelaki punyer. lagi panjang daripada tapak kaki kakak aku. da abis pusing, terus keluar tanpa membawa keluar apa-apa beg plastik yang berisi barang xcept plastik yang dah kurung beg aku. masuk kereta, "membazir beg plastik betullah."

pegi sunway piramid, nak cari paku. pergi ace hardware, pusing punya cari, akhirnya dapat. then, pergi DAISO Japan. wah! memang rambang mata tak hengat kat situ... banyak gila barang yang best-best kat situ. kiranya tip-top lengkap ah... aku beli lagi set untuk buat onigiri. satu pek ada 3 bijik. gambar teddy, gamba budak laki tembam n budak laki tomei. lagi satu set untuk izyan. bentuk LOVE n SAKURA. kasi kat sekolah, teros mengomen,

"kenapa kaler pink?"
"kenapa bentuk love?"
"pulut kuning?"

oraitt... sambung storyy. beli lampu selaid untuk abah sebab syahmi dah rosakkan. beli plastik yang boleh tutup mangkuk. pastu pergi MPH nak cari novel yang best. n then pegi POPular. ha, sebelum gi MPH, kitorang makan jagung n aiskrim mangga. sedappp sangat. n before makan-makan, masa jalan tuh, kat depan kitorang ada couple ni, agaknya melayu lah kowt, derang jalan sambil peluk macam pelik aku tengok. okay, beristighfar jap. lepas pegi POPular, pegi F.O.S. baru je masuk dah menguap banyak kali. masa kat kedai buku elok je. aku ada allergic dengan kedai baju kot... pastu balek rumah.

final exam is over. aku rasa... entahlah... fatimah, nasiha, qausar, izyan n lain-lain... haih... diorang pandai... aku? hmphhh... Fir, kau ingat, ni bukannya sk sri kelana lagi yang kau boleh relaks jea. ni SMK Kelana Jaya lah weyh. ingat tuh...

Saturday, October 16, 2010

kenapa?

Kenapa aku takde kawan??? kenapa?
"sebab kau tak friendly"
mmm... memang itu sebabnya... aku tak friendly. tapi kenapa?
"sebab kau- orang tanya satu, kau jawab satu dan biarkan perbualan tu tergantung. dan suka tanya soalan bodoh untuk memulakan sesuatu perbualan"
YA. itu aku. FIRAZ MUHAMAD.







Thursday, October 14, 2010

Piknik Di Tepian...

"Weh,aku yang bawak chipster tu kau pulak yang melantak. kasi aku. aku pun nak makan!"

Qistina tetap mengunyah chipster milik meera yang berbaki separuh. meera yang tak dapat menahan lapar terus merampas chipsternya.

"Woi, kalau nak, cakap bebaik lah!"

arissa mencapai seketul anjing panas [?] lalu dicicah pada sos cili. "Eh, kau. dia dah mintak bebaik tu."


"yolah, yolah..."

********************

lana dan sofia keluar dari surau. mereka duduk di atas tangga kecil untuk memakai kasut. usai memakai, sofia anak mata sofia tetiba singgah pada sebuah kumpulan yang sedang menjamu selera.

"Lana, tengok tu. nampak best je kan dorang berpiknik kat situ."

Tawa Lana automatik terburai. "Sof, itu piknik eyh? aku tengok pon lawak kot..."

"Hahahaha! tak baik kau ketawa, Bersamamu tu weyh. hulurkan tangan, ringankan beban."
komen Sofia sambil menggeleng kepala.

********************

"weh, korang. best tak kali ni punya piknik?" tanya Qistina

meera dan arissa sekadar menjungkit bahu. "Boleh la."

"aku rasa sikit punya best lah. cuba kau tengok, ada bunga sakura berguguran, air terjun yang nyaman, sungai yang mengalir."

********************

"Weh, aku dengar qistina tu cakap sesuatu. bunga sakura gugur, air terjun, n sungai. apa maksud tu ha?" tanya Sofia.

"ala... itu pun tak paham ke? lihatlah lantai itu... kau nampak apa?"

"bunga kaler kuning gugur." jawab Sofia. "yang air sungai tu... longkang???"

thumb up. "kalau air terjun tu maksudnya..."

"Air hujan?!" serentak mereka menjawab.

"Kesian... tak dapat gi Jepun nikmati sakura, kat sini pon jadilah..."

Lana mengatur langkah ke luar surau. "tak dapat air sungai,air longkang pun jadilah..."


Monday, October 11, 2010

Pembersihan semula

A'uzubillahi-minasy-syaitanir-rajim...
Bismillahirrahmanirrahim...


Ayatul Kursi

Tiga qul